AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Media Sosial » Apa itu #FollowFriday (Twitter)

Apa itu #FollowFriday (Twitter)

11/11/2010 Anarm 65 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

FollowFriday

Bagaimana jika korang tak tahu siapa yang korang perlu ‘follow’ di Twitter? Adakah korang akan ‘follow’ sesiapa sahaja secara rawak? Adakah korang akan ‘follow’ orang yang diberitahu oleh rakan-rakan di Twitter?

Kemungkinan besar korang akan minta rakan-rakan korang untuk cadangkan rakan-rakan mereka kerana korang percaya bahawa rakan-rakan tu boleh sarankan orang-orang yang layak untuk di-‘follow’.

Kebanyakan ‘tweeps’ yang baru berjinak dengan Twitter aku tengok gemar menggunakan khidmat ‘auto-follower‘ (Robot) yang seperti kita sedia maklum membolehkan kita mengumpul follower yang banyak secara rawak.

Aku rasa ianya merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Khidmat ‘robot follower’ secara tidak langsung akan mendedahkan diri korang dengan para ‘spammer’ yang sentiasa mencari peluang macam ni.

Oleh itu, aku sarankan korang turut serta dalam permainan #FollowFriday di Twitter yang berlangsung pada setiap hari Jumaat.

Ini bagi membolehkan korang tahu siapa yang korang follow; orang yang mempunyai minat yang sama dengan korang, hobi yang sama, gaya pemikiran yang sama, atau sebagainya.

Pendek kata, rakan-rakan yang korang follow akan mempunyai kualitinya yang tersendiri. Kualiti adalah lebih penting daripada kuantiti. Kuantiti rakan Twitter yang ramai tidak memberi apa-apa manfaat jika ianya hanya terdiri daripada individu-individu yang hanya tahu menyepam di timeline.

Akaun Twitter aku yang pertama (@anarm) — suspended selepas aku menggunakan khidmat mencari auto-follower!

Sejarah #FollowFriday

Sejarah bermulanya #FollowFriday ni adalah pada 16 Januari 2009, bermula dengan satu tweet daripada Micah Baldwin (@micah).

followmicah

Beberapa minit kemudian, Mykl Roventine (@myklroventine) menyarankan Micah menggunakan hashtag #followfridays.

hashtag friday
 

Fenomena #FollowFriday

Kini #FollowFriday menjadi satu fenomena yang tidak asing lagi bagi para pengguna Twitter. #FollowFriday juga merupakan salah satu hashtag yang popular di Twitter.

Setiap hari Jumaat, kita dapat lihat pengguna-pengguna Twitter akan tweet menggunakan hashtag #FollowFriday atau #FF beserta beberapa nama yang mereka sarankan untuk di-follow oleh pengguna Twitter yang lain.

Korang boleh gunakan Twitter Search untuk lihat ‘twitterer’ yang disarankan oleh ‘twitterer’ yang lain.

Harap korang dapat faham penerangan aku tentang “Apa itu #FollowFriday“.

anarm12ff

Saje nak tayang screenshot ni. Hehe.. #FollowFriday juga sediakan statistik bagi twitterer yang bergiat aktif (by country). Ini link untuk penggiat #FollowFriday di Malaysia — http://www.followfriday.com.

Ada banyak lagi laman web yang dibina khas sempena #FollowFriday ni. Nanti ada masa aku share kat Twitter. Jangan lupa follow @anarmnet di Twitter ye..

Selamat bertweet!

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Integrasikan Twitter dan Yahoo Meme
  • Kongsi Link Dengan Tweet Button Bookmarklet

Kategori : Media Sosial Keyword : follow friday, followfriday, twitter

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Pengalaman Guna Sistem Operasi Ubuntu
Next article:
Pengalaman ‘Buat Projek’ Dalam Jamban

65 Comments

  1. syahrilhafiz says

    13/05/2011 at 4:51 PM

    ooo macam tu
    thanks bro untuk info ni, aku aktif balik :biggrin:

    Reply
  2. afifah says

    06/04/2011 at 12:33 PM

    :heart:
    follow friday..

    nak aktif2 la dlm twitter cmni..hehe..

    Reply
  3. eiman says

    06/04/2011 at 12:04 PM

    patut la sibuk je selalu hari jumaat duk #FF ngan #followfridays tapi selalu tak amik kisah sebab tak tau.. sekarang dah tau nak join aa jumaat nih..

    Reply
    • Anarm says

      07/04/2011 at 8:02 PM

      @eiman, malam ni malam jumaat.. tepat kul 12 tgh malam dah boleh start main #FollowFriday ni.. selamat menambah follower..

      Reply
  4. IftiLarina says

    05/04/2011 at 10:22 PM

    ouh cmtuu. baru guna twitter nie

    Reply
    • Anarm says

      05/04/2011 at 10:33 PM

      @IftiLarina, selamat menggunakan Twitter.. jgn lupa follow @anarmnet ye.. hehe..

      Reply
  5. Faizal Fredley says

    04/04/2011 at 3:40 PM

    #FF aku ingat kan faizal fredley..hehe…

    Reply
  6. Joe Hoyy says

    28/01/2011 at 2:19 AM

    oo.. rupanya follow friday ni tujuan dia nak berkongsi rakan twitter masing-masing? kongsi dengan follower2 yang lain? makin lama network makin membesar la kan? :pouty:

    Reply
  7. zuarxpdc says

    17/12/2010 at 4:40 PM

    wah!!!menarik ni…tq tuan tanah..dapat informasi baru harini^_^

    Reply
  8. Affan says

    29/11/2010 at 10:20 AM

    aku org baru gak dalam twitter ni. patut lah ada follow friday, menarik gak info ni.
    takde follow monday, tuesday bla2 ke?

    Reply
  9. Mohd Isa says

    25/11/2010 at 1:57 AM

    baru aku mengerti apa itu #followfriday ni…aku jrg ambik port benda ni…thanks bro.

    Reply
  10. PojiePooh says

    20/11/2010 at 1:00 PM

    Hari Sabtu, baru ku tahu!
    Terlepas sudah..
    Okla next week Friday beta buat ;p

    Reply
  11. bistari says

    18/11/2010 at 10:39 AM

    ooooo..itu macam ka…leh usya ni..dapat gak kenalan2 baru.. :biggrin:

    Reply
  12. zik says

    18/11/2010 at 9:02 AM

    follow saturday takda ker…. hehe

    Reply
  13. eiyda says

    14/11/2010 at 12:46 PM

    heee followFroday….. :wink:

    Reply
  14. Azizwan says

    14/11/2010 at 1:12 AM

    lepas baca n3 ni baru aku tahu apa tujuan hashtag followfriday tu.. selama ni ingat utk suka2 je sbb hari jumaat.. rupanya bersebab.. kui3.. anyway, nice sharing bro..

    Reply
  15. Bro Framestone says

    13/11/2010 at 8:29 PM

    tue la.. semalam bro tengok kamu rank atas sekali… just hari jumaat je ke.. hari lain xleh ke

    Reply
  16. Syafrizal says

    13/11/2010 at 2:06 PM

    mula-mula nak cuba tapi masa tu takut kena ban..
    banyak yang spam..
    kalau camtu aku cuba la nanti

    Reply
    • Anarm says

      13/11/2010 at 7:50 PM

      @Syafrizal, aku pon sama jugak dulu.. takut kene spam.. tapi bila dah try #FF ni, banyak plak dapat follower.. yg bestnye, kita dapat control org yg kita nk follow balik.. kebanyakannya diorang yg akan follow kita dulu, dan kita pon tengok2 la sama ada diorang tu berbaloi ke tak utk difollow balik.. kalo rasa tak berbaloi, timeline pon penuh dgn link ntah ape2, promote bende yg bukan2, so kita abaikan je orang tu.. takyah follow balik.. kena pandai bezakan akaun ‘manusia’ dengan akaun ‘robot’..

      fokus pada kualiti followers, bukan kuantiti followers.. semoga memberi manfaat.. :wink:

      Reply
      • Syafrizal says

        13/11/2010 at 7:54 PM

        @Anarm, aku dah masuk dah website tu.. aku cari bahagian Malaysia dan ada jugak aku cari untuk Shah Alam. Aku perlu follow diorg je ke?

        Reply
        • Anarm says

          13/11/2010 at 8:03 PM

          @Syafrizal, web followfriday.com tu ke? terpulang ko nak follow ke tak.. kalau nak follow, lepas tekan follow, jgn lupa mention org tu yg ko dah follow die..

          Reply
          • Syafrizal says

            13/11/2010 at 8:05 PM

            @Anarm, ooo alamak.. lupa plak hehe..

            Reply
            • Anarm says

              13/11/2010 at 8:31 PM

              @Syafrizal, huhu.. kuasa follow memfollow semuanya terserah pada kita.. nak follow, tekan follow.. taknak follow, tutup twitter, masuk blog aku ni.. hahaha..

              nape komen ko asyik kene approve je ek? pelik btol.. aku salah setting ke ape.. :ermm:

              Reply
              • Syafrizal says

                13/11/2010 at 11:54 PM

                @Anarm, aku tak tau.. kadang2 jadi gak kat blog aku.. bila aku dah approve pun jadi balik

                Reply
  17. Kujie says

    13/11/2010 at 7:24 AM

    dulu guna auto follower dan akhirnya kena spam – password kena cuti….email kena hacked

    nasih baik cepat bertindak…. sejak tu stg hati2 nak integrater apa2 apps

    skrg ni nak follower back pun pilih..jgn salah faham – pilih yg betul2 add kita sebab nak jadi kawan..nak berkomunikasi bukan add utk ‘tujuan tersembunyi’

    kalau akaun tu diam 3-4 bulan – akan diunfollow
    bkn angka bilangan followers yg di cari

    tapi #FF ni tak sempat nak join, jarang ada byk masa dgn twitter – on off
    kejap ada tinggal…keluar—buat keje lain …kemudian on balik

    Reply
    • Anarm says

      13/11/2010 at 7:46 PM

      @Kujie, akaun saya kene spam.. pastu kene suspend ngan twitter sebab die ckp akaun tu akaun spammer.. dah submit ticket mintak balik id @anarm tu tapi smpai sekarang tak dapat2 respon dr twitter.. sedih sgt.. T___T

      saya pon sama jugak bila nak follow balik, check dulu akaun org tu, buat kaji selidik sikit.. kalo nampak twitterer tu takde ‘tujuan tersembunyi’, baru la teruskan follow balik.. bagi yang akaun private, yang tu memang takkan follow.. dia nak privacy, so kita bagi die privacy..

      angka bilangan follower tak penting, kan? kan? :happy:

      Reply
  18. Bro Framestone says

    12/11/2010 at 6:04 PM

    menarik.. kenapa bro xtau pasal nie ek

    Reply
    • Anarm says

      13/11/2010 at 7:39 PM

      @Bro Framestone, sebab takde org terangkan.. hehe.. :tongue:

      Reply
  19. mummy nana says

    12/11/2010 at 3:51 PM

    ooh that what #FF means.. haihs.. ingat apa la.. pas ni bole la suggest mber2 ;)

    Reply
    • Anarm says

      12/11/2010 at 4:32 PM

      @mummy nana, yea.. bleh la suggestkan mber2 kpd mber2 yg lain.. sama2 dapat cari n kumpul follower.. :wink:

      Reply
  20. azizan4444 says

    12/11/2010 at 11:49 AM

    anarm follower ramai..suggest aku kt follower ko..anarm kan hensem..kacak bergaya..haha…awal2 aku pon x taw apa benda #FF ni..rupanya suggest je..

    Reply
  21. shaharil says

    12/11/2010 at 8:36 AM

    Baru ku tau pasal FollowFriday. Thanx.

    Reply
  22. catzer says

    12/11/2010 at 1:42 AM

    hahahah..dah lama aku tak meng follow twitter ni :)

    Reply
    • Anarm says

      12/11/2010 at 3:21 PM

      @catzer, jom la meng follow setiap hari jumaat.. :happy:

      Reply
  23. rina says

    11/11/2010 at 10:44 PM

    ooooo ok..macam tu pulak..twitter ni macam2 lah..pening jugak kadang2

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 10:57 PM

      @rina, twitter ni kena ada skill sikit kalo nak bersosial kat situ.. kene luangkan masa lebih sikit la lepak kat twitter.. kat situ ada macam2 tips yang akan dikongsi oleh pengguna2 twitter.. semuanya berkait dengan dunia twitter, blogging, facebooking, SEO, traffik blog, google tips, info2 semasa, macam2 lagilah.. twitter users tak kedekut ilmu.. :happy:

      Reply
  24. Amirez says

    11/11/2010 at 10:17 PM

    cara macam ni baru betul :)
    aku punya follower pun rasanya ramai gak spammer.
    naik rimas gak kadang2.
    kul 12 nanti bolehlah try. thanks boh!

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 10:35 PM

      @Amirez, yup.. sekali sekala kene check follower2 kita.. ado yg spamming, unfollow terus..

      Reply
  25. wazy says

    11/11/2010 at 9:59 PM

    Aku pun dah mula minat dengan follow friday ni
    best …hehe

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 10:13 PM

      @wazy, berapa banyak dah tambah follower sejak main followfriday? :w00t:

      Reply
  26. serol says

    11/11/2010 at 9:59 PM

    aku tak pernah follow org bila tgk follow friday ni. lepas ni boleh la rajin sikit follow lepas nmpak hashtag tu..

    tak sangka ada sejarah. :D

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 10:12 PM

      @serol, followfriday baru nak naik kat malaysia.. orang tak berape nampak lagi faedah dia.. konsep yg die guna tu menarik..

      Reply
  27. x-po says

    11/11/2010 at 9:57 PM

    ptt la demo kayo churp2..tgk follower pn tahu doh..hehe

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 10:10 PM

      @x-po, guna hashtag ni la senang skit cari follower.. semua jenis manusia, bkn jenis baka robot.. follow robot dio tak bg gapo2 faedoh ko kito.. :biggrin:

      Reply
  28. luth textile says

    11/11/2010 at 9:32 PM

    wah not bad la entry ni. amat ringkas tapi padat. aku tak layan sangat #FF nih. tapi ok la kalau nak suggest kawan2

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 9:40 PM

      @luth textile, itulah tujuan dia.. suggest kawan2 kita kpd kawan2 yg lain.. sambil2 tu boleh la pilih kawan2 yg disuggest kpd kita.. tambah follower.. bagus utk sape2 yg buat duit dengan twitter.. tambah2 lagi churp2.. kan? huhu

      Reply
  29. suffer8zine says

    11/11/2010 at 9:27 PM

    yeahhh dah follow

    Terkini : Kura-kura comel

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 9:39 PM

      @suffer8zine, terima kasih sbb follow.. aku dh follow ko ke blom? tak ingat.. nanti aku check balik..

      Reply
  30. Nizam6281 says

    11/11/2010 at 9:20 PM

    Nati suruh follow aku taw anarm
    Taw2 hehe

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 9:25 PM

      @Nizam6281, tanak.. sbb aku dh lama tak nampak ko kat twitter.. LOL :lol:
      ada masa nanti aku petik la nama2 follower aku satu2.. huhu

      Reply
      • Nizam6281 says

        12/11/2010 at 2:43 AM

        @Anarm,
        Alaa aku ada kot
        Aku jadi burung hantu kat twitter tu
        Pagi2 bese golongan pompuan huhu

        Reply
  31. Piston Pecah says

    11/11/2010 at 9:00 PM

    itu rupanya followfriday tu ek?aku baru taw..terasa lambat taw plak

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 9:24 PM

      @Piston Pecah, masih belum terlambat.. stiap jumaat, rekemen la follower2 kita kepada users yg lain..

      Reply
  32. zuls says

    11/11/2010 at 8:51 PM

    lagi satu aku akan ambik point dalam post ni kedalam post aku pasal follower nanti, dah cakap pasal followfriday dalam draft tapi belum mantap lagi. Kena link ke sini baru cukup rasa.

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 8:53 PM

      @zuls, okey.. link yg penuh ke sana sini memang lagi sedap rasa die.. huhu..
      akan daku #FF dikau di timeline ku.. :lol:

      Reply
  33. zuls says

    11/11/2010 at 8:47 PM

    terbaik bro! kaedah follow friday ni kaedah yang paling banyak aku dapat follower, sebab memang aku tak main sistem.

    Jangan lupa masukkan daku dalam followfridaymu jua.

    Reply
  34. MuJE says

    11/11/2010 at 8:34 PM

    owhhhh… ni ke hashtag #FF tu.. aku ingat dok main ape la…haihhh….

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 8:39 PM

      @MuJE, yup.. #FF kt twitter = #FollowFriday.. bukan FireFox.. jgn tersilap plak.. hehe

      Reply
  35. Dauspozi says

    11/11/2010 at 8:31 PM

    Assalamualaikum Anarm yg hensem… LOL!

    Dah lama aku tunggu blogger terangkan secara terperinci Follow Friday ni… Dah setahun setengah aku guna twitter, tak tau pun menatang apa Follow Friday tu… huhu… Btw, Terima kasih banyak²!

    Ingat Hijau Ingat Daus

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 8:37 PM

      @Dauspozi, followfriday simple je.. follower ko yg ko rasa best follow die, ko rekemen la kat follower2 yg lain.. mungkin ada yg diorang dh follow, mungkin ada yg diorang blom follower.. so, ko dah jadi mcm ejen pencari jodoh la kot.. LOL

      aku memang hensem pon.. LOL lagi sekali.. :lol:

      Reply
  36. sumijelly says

    11/11/2010 at 8:30 PM

    Second!! hehehe

    ooo………….k… nanti nak try la ..
    eh..esok la jumaat kan?? hehehe

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 8:35 PM

      @sumijelly, dah bleh mula kot.. mlm ni kan mlm jumaat (bisik2).. hehe.. tepat kul 12 mlm dah masuk hari jumaat dah.. selamat bermain followfriday di twitter :happy:

      Reply
  37. aizuddin says

    11/11/2010 at 8:27 PM

    patut r sibuk kat tweet pasal folow friday ni..siap ada sejarah lagi tu :devil:

    Reply
    • Anarm says

      11/11/2010 at 8:34 PM

      @aizuddin, bagus followfriday ni.. ade byk skit pilihan kita nk follow sape2.. kalo main follow je org kt twitter, ntah2 tersilap follow spammer, abis laa timeline penuh dengan link yg bukan2..

      Reply
      • aizuddin says

        12/11/2010 at 10:18 AM

        @Anarm, agak2 ada twit tak best je..aku terus unfollow org tu..hhee :cwy:

        Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy