AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Blogging » Apa Itu Firebug dan Fungsinya Bagi Blogger

Apa Itu Firebug dan Fungsinya Bagi Blogger

21/10/2010 Anarm 95 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Firebug

Firebug adalah salah satu addons yang wajib ada pada web browser kegemaran aku, Mozilla Firefox.

Firebug ni merupakan salah satu tool bagi web developer. Aku bukan web developer, tapi kenapa aku menggunakan Firebug? Dah tentu la untuk kerja-kerja blogging. Firebug dah banyak membantu aku dalam menguruskan blog terutamanya dalam aktiviti mengubahsuai theme.

Mungkin ramai lagi yang masih belum tau kehebatan Firebug ni, kan? Ada juga yang tak tau langsung tentang kewujudan ‘serangga’ ni.

So, silakanlah membaca hasil penulisan daripada apa yang aku faham tentang Firebug!

ISI KANDUNGAN hide
1 Apa Itu Firebug
2 Fungsi Firebug
3 Fungsi Panel Firebug
4 HTML DOM Inspector dan Modifikasi Elemen HTML
5 CSS Inspector dan Modifikasi CSS
6 Video Pengenalan Firebug
7 Blogger dan Firebug
8 PERHATIAN! Penipuan Menggunakan Firebug

Apa Itu Firebug

Firebug merupakan salah satu addons untuk Firefox yang perlu ada bagi seseorang web developer. Dengan firebug, kita dapat mengedit, mendebug dan memonitor CSS, HTML, dan JavaScript secara live tanpa perlu membuka file editor.

Firebug boleh didapatkan di https://getfirebug.com atau di laman khas addons Firefox.

Fungsi Firebug

  • Menampilkan HTML dalam bentuk yang mudah dibaca. Formatnya disusun dalam bentuk colapsible tree. Ini membantu kita dalam mendebug susunan tree HTML serta dapat mengubah gaya dan susun aturnya secara real-time.
  • Mempunyai ‘inspector’, di mana kita boleh melihat style dan komponen pada mana-mana web dengan mengklik komponen tersebut. Kita juga dapat mengedit style dan komponen tersebut.
  • Menggunakan JavaScript Debugger tercanggih yang tersedia pada mana-mana browser
  • Menganalisa penggunaan rangkaian dan prestasi dengan tepat
     

Lepas dah install, sila restart web browser (Firefox) dan korang akan nampak 1 ikon serangga berwarna kelabu di status bar Firefox, iaitu di bahagian bawah sebelah kanan.

Untuk mengaktifkannya, klik pada ikon tu dan Firebug akan terbuka pada bahagian bawah di laman web. Kemudian, pengalaman korang bersama Firebug akan bermula. Korang akan suka dengan Firebug ni jika korang faham dan mahir dengan fungsi-fungsinya.

Fungsi Panel Firebug

Pada panel Firebug terdapat beberapa tab dengan fungsi-fungsinya yang tersendiri.

NET Firebug

  • Console – melihat aktiviti-aktiviti debuging.
  • HTML – melihat code HTML pada sesebuah lawan web.
  • CSS – melihat code CSS pada laman web.
  • Script – melihat code javascript yang diload.
  • DOM – melihat fungsi-fungsi yang terdapat pada sesebuah laman web.
  • Net – melihat apa yang diload pada website, urutan loading, status dan kepantasannya.
     

HTML DOM Inspector dan Modifikasi Elemen HTML

Salah satu fungsi penting yang ada pada Firebug adalah HTML DOM Inspector, di mana dengan menggunakan Firebug korang dapat melihat elemen-elemen tertentu dalam web secara lengkap, baik dari segi code HTML mahupun CSS tanpa perlu mencarinya satu persatu.

Cukup dengan menekan butang ‘inspect’ (button kedua dengan simbol pointer biru) atau dengan hanya klik kanan pada object yang mahu di’inspect’.

Selain melihat, korang juga dapat membuat editing pada tree HTML yang ada. Hanya perlu klik kanan pada element tree di panel HTML Firebug, dan akan kelihatan pelbagai pilihan yang dapat dilakukan seperti Edit, Copy dan Delete elemen tersebut.

CSS Inspector dan Modifikasi CSS

CSS merupakan elemen penting pada sesebuah laman web yang akan menentukan bentuk dan susun atur pada laman web. Kadang-kadang ianya menyusahkan programmer.

Dengan bantuan Firebug, programmer dengan mudah dapat mengedit dan mengubah style yang ada pada laman web. Tengok gambar kat bawah ni:

Firebug CSS Tooltip
Tooltips untuk melihat Image background/logo di CSS
Mengedit CSS secara Live
Disable Style pada
element tertentu

Video Pengenalan Firebug

Blogger dan Firebug

Bagi blogger-blogger yang ingin mengedit theme dan sebagainya yang berkaitan dengan coding, Firebug akan memudahkan kerja korang.

Walau bagaimanapun, sedikit pengetahuan tentang code HTML diperlukan. Pengetahuan yang tahap basic pon dah kira OK asalkan korang tau apa yang korang buat.

Jangan risau sebab apa-apa perubahan pada theme blog yang korang buat dengan menggunakan Firebug ni takkan mengganggu blog korang. Ianya hanya mengubah paparan semasa korang mengedit je. Refresh dan paparan blog akan kembali seperti sediakala.

Kalau nak buat editing yang sebetul-betulnya kat blog, korang kena la edit di blog korang. Firebug hanya memudahkan korang faham dan tahu bahagian-bahagian yang perlu diubah, coding apa yang perlu digunakan, editing yang perlu dibuat, dan sebagainya.

PERHATIAN! Penipuan Menggunakan Firebug

Yes! Dengan Firebug juga pelbagai penipuan boleh dilakukan. Aku nak ingatkan, jangan mudah percaya dengan hasutan penggiat bisnes di internet (sesetengah bisnes sahaja) yang memaparkan screenshot berunsur pendapat lumayan, duit jutawan, wang besar, transaksi bank yang berjumlah ribu-ribu juta-juta Ringgit Malaysia, USD atau sebagainya. Itu semua boleh dibuat menggunakan Firebug.

‘Inspect’ bahagian yang nak diubah, buat editing mengikut jumlah pendapatan yang kita nak, lepas tu print screen, and then save ke format .jpg, .gif atau sebagainya, kemudian upload ke internet.

Contoh penipuan adalah seperti kat bawah ni.

Anarm Jutawan

Amacam? Kaya tak aku? Muahahaha.. Jumlah pendapatan yang terpapar dalam gambar tu boleh juga dibuat menggunakan Adobe Photoshop, tapi buat pakai Firebug akan nampak lebih terpelihara keasliannya tanpa sebarang kesan editing.

Kalau pakai Photoshop dah tentu nampak bahagian-bahagian yang dipotong, dipadam, ditampal dan sebagainya (walaupun sedikit tetap akan nampak). Edit dengan Firebug? “Superb” je yang aku boleh cakap.

OK.. Buat masa ni, tu je kot yang aku nak kongsikan dengan korang. Kalau nak lebih faham bagaimana Firebug ni berfungsi, korang kena la cuba sendiri. Belum cuba belum tau kan? Tak kenal maka tak cinta. Hehe..

Dapatkan Firebug di https://getfirebug.com sekarang atau di laman khas addons Firefox.

Bagi pengguna Google Chrome, korang boleh dapatkan versi Firebug Lite. Cara menggunakannya di Google Chrome aku tak pasti macam mana sebab aku lebih kerap pakai Mozilla Firefox. Pengguna Google Chrome pandai-pandai la explore sendiri ye..

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Blogging Keyword : adobe photoshop, firebug, firefox addons, getfirebug

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Renungan Sejenak: Jangan Merungut
Next article:
Pengalaman Guna Sistem Operasi Ubuntu

95 Comments

  1. Asyrof Asri says

    28/04/2013 at 6:30 AM

    Nak cubalah, terima kasih. ;)

    Reply
  2. sehat says

    05/08/2012 at 1:52 AM

    Makasih gan….
    infonya…

    sekalian mo nanya bagaimana menampilkan postingan artikel blog…
    Sesuai keinginan kita.
    Matur suwun jawabanya…

    Reply
  3. Infoe kita says

    06/07/2011 at 7:07 PM

    aku baru tau tentang firebug,, thxs

    Reply
  4. geekz36 says

    02/01/2011 at 10:19 AM

    google chrome memang laju tp kadang2 page dia x render betul. firefox tetap jadi pilihan

    Reply
  5. BolaMalaysiaDOTcom says

    15/11/2010 at 1:31 PM

    Anarm anda memang seorang yang berbakat dalam bidang blogging. Saya suka yang gambar nuffnag tu. Beribu-ribu. Wakakakaakaka :w00t: :w00t:

    Reply
  6. serol says

    08/11/2010 at 1:44 AM

    nak try jugak.. dapat belajar lagi godek2 html.. itu je kot yg reti nak guna. function lain tak berapa nak reti :D

    Reply
  7. pejol says

    06/11/2010 at 8:19 PM

    oh.. aku masih jauh ketinggalan, perlu segera mahir dlm paham firebug ni..

    Reply
  8. Jom Linux says

    05/11/2010 at 3:03 PM

    hehe…tak sgka lak leh guna wat tipu..aku pun x terpikir benda2 camtu…pndi betul depa ni :cheerful:

    Reply
  9. Ayie says

    04/11/2010 at 5:06 AM

    Oh… baru aku tahu apa itu firebug… hehehehe

    btw… terkejut jugak aku tgok earning nuffnang ko tu kalau aku tak baca betul2.. huhuhuhuh

    Reply
  10. Ayieblog says

    03/11/2010 at 7:30 AM

    Assalamualaikum,hehehe terbaik wok harus dicuba menggunakan firebug :).. thank q bro anarm :).

    Reply
  11. asma says

    02/11/2010 at 3:26 PM

    dah lama aku install benda alah ni dekat laptop tapi masalahnya tak pandai nak guna. Kena pergi kelas tutorial baru paham agaknye..hehe

    Reply
  12. amirulez says

    02/11/2010 at 2:44 AM

    terkejut jugak la mula2 tgok amaun nuffnang 2.. rupe2ny tipu yerk..

    Reply
  13. eHyprobulksms says

    01/11/2010 at 2:18 PM

    Satu penerangan mengenai firebug yang betul-betul mantap! Syabas dan terima kasih bro kerana sudi membuat artikel ini. :lol:

    Reply
  14. ProfHariz says

    31/10/2010 at 6:31 PM

    Aku dah pakai benda alah nie.. Tapi banyak yang aku tak tahu.. Kena banyak2 godek nie.. Tambah2 ko kongsikan pulak tentang penipuan itu.. 1st Time aku tahu.. Hahaha.. Kuno jugak aku nie.. Adeii

    Reply
    • Anarm says

      31/10/2010 at 8:52 PM

      @ProfHariz, nak tanye apa2 bleh mention aku kat twitter.. tapi ada jugak bende2 yang aku tak tau pasal firebug ni.. yg simple2 tu bleh la tunjuk ajar.. huhu

      Reply
  15. syahrilhafiz says

    30/10/2010 at 7:50 PM

    wah macam bro tahu je aku skank mencari tutor untuk edit themes..
    tq bro..
    tadi google usya jumpa entri bro pasal localhost tu..
    superb..nanti nak cuba..tq sekali gi…

    Reply
    • Anarm says

      30/10/2010 at 10:39 PM

      @syahrilhafiz, localhost memudahkan lagi kita edit theme tanpa alami sebarang kerosakan kat blog.. kalo edit direct kt blog, ade error ke ape2 ke, visitor yg tgh melawat akan nampak la kan kat blog kita.. tak bagus camtu.. huhu.

      Reply
      • syahrilhafiz says

        30/10/2010 at 10:48 PM

        @Anarm, :devil: :devil: betul3…nak install dalam ubuntu tak reti gi..hehe
        terpaksa guna windows gak nak mengedit nanti..

        Reply
  16. Azizwan says

    29/10/2010 at 6:37 PM

    terbaik dari ladang! lps ni makin ramai la yg jadi kaki kencing.. huhu..

    Reply
    • Anarm says

      29/10/2010 at 9:39 PM

      @Azizwan, sape2 yang jadi kaki kencing tu aku tak terlibat.. aku just tunjuk kegunaan.. tak tunjuk pon cara menggunakan utk mengkencing.. :tongue:

      Reply
  17. Mohd Isa says

    29/10/2010 at 12:00 AM

    pergh…link siap ada bar la plak…ada income ke tu bro? dah lama aku tak pakai firebug ni…maklumlah…takda mood lagi nak ubah2 theme ni…hehe

    Reply
    • Anarm says

      29/10/2010 at 9:38 PM

      @Mohd Isa, bar tu semestinya berincome.. huhu..

      Reply
      • Mohd Isa says

        01/11/2010 at 9:04 PM

        @Anarm, aku dah lupa daftar kat mana. ok tak setakat ni? byk tak income generate? dah cash out ke? aku nak wat gak.

        Reply
  18. slimdiet2 says

    28/10/2010 at 1:22 PM

    aku memang tak tau benda ni dan tak tau guna pun.InsyaAllah aku akan cuba meng ‘expert’ kan diri aku

    Reply
  19. Zala Wajik says

    27/10/2010 at 8:14 PM

    Dengan firebug lah aku buang code lagu2 yang autoplay tanpa butang stop di sesetengah blog, kalau aku rajin. miahahaha

    Reply
    • Anarm says

      28/10/2010 at 8:38 AM

      @Zala Wajik, aku pon sama jugak.. kalo time malas, memang tutup terus blog yang berlagu autoplay tu..

      Reply
  20. apiih says

    27/10/2010 at 6:23 PM

    blh tipu jgk erk kt firebug..kellaasss :whistle: :whistle: :w00t:

    Reply
    • Anarm says

      28/10/2010 at 8:37 AM

      @apiih, boleh je.. macam2 jenis penipuan boleh buat pakai firebug ni.. huhu..

      Reply
  21. Anak Perak says

    27/10/2010 at 4:56 PM

    Google chrome dah siap ada benda ni.x perlu add on :)

    Reply
    • Anarm says

      28/10/2010 at 8:36 AM

      @Anak Perak, aku pernah guna google chrome.. inspect element kat google chrome macam takleh wat editing secara live.. untuk tengok code, boleh.. tapi tak tau la sekarang camne sebab dah lama aku tinggalkan google chrome..

      Reply
  22. sumijelly says

    27/10/2010 at 4:53 PM

    perghh…….walaupun dah terangkan…..masih gak tak paham..
    kene baca banyak kali nie baru paham…..huhuhuhuhu

    Reply
  23. Nizam6281 says

    25/10/2010 at 11:42 PM

    Baru tau Firebug ni edit live
    Ingat sama macam Notepad++
    Aku guna tu dulu buat website punya HTML ..

    Apa2 masalah aku contact hang k?

    Entah2 ni yang dorang guna untuk edit ragam2 kat Facebook tu ( Yang sultan melaka, Perdana Menteri, Ayam )

    Reply
    • Anarm says

      26/10/2010 at 2:02 AM

      @Nizam6281, lebih kurang je dengan notepad++.. aku pon pakai notepad++ jugak.. firebug ni just untuk tengok/edit coding kat bahgian2 tertentu.. nak cari bahgian tu memang susah.. dengan firebug, pakai je function ‘inspect’, terus dapat edit bahgian mana yang kita nak..

      Reply
      • Nizam6281 says

        26/10/2010 at 2:08 AM

        @Anarm,
        Apa maksud ko nak cari bahagian tu jek?

        Apakah?

        Anyway new avatar :P

        Reply
  24. zik says

    25/10/2010 at 3:16 PM

    owh macam tuh… menarik2… aku nak try buat edit income nuffnang tuh…hehe kasi orang terbeliak mata…

    Reply
  25. samanosuke_04 says

    25/10/2010 at 6:02 AM

    Cool gile bleh hack screenshot nuffnang tue, haha!!

    aku guna web developer toolbar untuk bebenda camnie.. aku guna pon sekadar untok tahu teknik CSS bila tengok blog2 yang aku berkenan..

    Reply
    • Anarm says

      26/10/2010 at 1:59 AM

      @samanosuke_04, web developer tu pon aku pasang jugak.. tp jarang pkai.. ade time2 tertentu je baru aku aktifkan die..

      Reply
  26. Baloot says

    25/10/2010 at 5:01 AM

    Aku rasa kalau lah takde firebug nih, susah keje aku nak design blog / website ni. Kalau firebug suruh bayar baru boleh guna plugin pun aku sanggup buat. Hee..

    Yang point last sekali menarik minat aku. Akhirnya dah terbongkar rahsia screenshot tuuuu~!

    Reply
    • Anarm says

      26/10/2010 at 1:57 AM

      @Baloot, bende ni memang memudahkan kerja2 buat web.. tapi jgn salah guna mcm buat screenshot menipu tu.. haha

      Reply
  27. donnyien says

    24/10/2010 at 1:07 PM

    aik komen x masuk lagi

    Reply
    • Anarm says

      25/10/2010 at 12:38 AM

      @donnyien, sori sebab lambat approve komen.. baru login masuk dashboard..

      Reply
  28. donnyien says

    24/10/2010 at 1:05 PM

    menarik ni kalau ada masa boleh rujuk balik..salam kenal

    Reply
    • Anarm says

      25/10/2010 at 12:37 AM

      @donnyien, salam kenal.. :happy:

      Reply
  29. kulanz says

    23/10/2010 at 9:00 PM

    aku ada juga pasang firebug tu.. tapi sekadar guna untuk check page speed/css, lepas tu edit manual dari dashboard.. tak tau pula banyak lagi fungsi firebug ni. Lagi terkejut tengok fungsi firebug boleh tukar earning tu, hehe

    Reply
    • Anarm says

      23/10/2010 at 10:11 PM

      @kulanz, hahaha.. inspect element, pastu edit la kat bahagian HTML dalam firebug.. pastu print screen.. hehe..

      Reply
  30. Amirez says

    23/10/2010 at 6:28 PM

    entri ni dah kira lengkap dah untuk pengenalan firebug.
    firebug memang best, banyak membantu nak edit coding.
    pernah gak tukar earning dlm nuffnang guna firebug eheh.
    saja nak tengok dapat earning beribu-ribu…angan-angan sendiri jelah :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      23/10/2010 at 6:51 PM

      @Amirez, aku pon memang selalu sgt la tukar earning tu sume.. saje buat untuk pemberi semangat.. hehe

      Reply
  31. yoy says

    23/10/2010 at 5:34 PM

    terbaik penerangan bro..

    Reply
    • Anarm says

      23/10/2010 at 6:08 PM

      @yoy, terima kasih.. :happy:

      Reply
  32. etomyam says

    23/10/2010 at 5:33 PM

    wah banyak rupanya fungsi firebug ni, memang patut ada ni

    Reply
    • Anarm says

      23/10/2010 at 6:08 PM

      @etomyam, memang banyak fungsi dia.. dan ada lagi addons2 sampingan yang boleh ditambah pada firebug untuk perbanyakkan lagi fungsi dia.. tapi setakat ni, fungsi default pada firebug ni pon dah kira perfect dah..

      Reply
  33. GreenLava says

    23/10/2010 at 1:50 AM

    Firebug memang banyak guna terutama kalau buat tutorial.

    Reply
  34. GM says

    23/10/2010 at 1:20 AM

    Rasanya ada try pasang add on macam ni. Fungsi dia sama. tgk kat toolbar bertindih2 pulak. Tu yang remove tu. :D

    Apa2 pun plugin ni kira cam dreamweaver. Leh cek apa yg ada kat site kita tu. :D leh edit2. :D

    Reply
    • Anarm says

      23/10/2010 at 1:46 PM

      @GM, yup.. macam dreamweaver jugak la.. bleh edit2 code, tgk preview..

      Reply
  35. Syafrizal says

    22/10/2010 at 10:03 PM

    Memang menarik tapi dulu aku tak reti sangat bab nak godek2 coding ni.. :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      22/10/2010 at 10:15 PM

      @Syafrizal, kene study pasal coding dulu la kot.. pastu baru faham camne nak pakai addons ni..

      Reply
  36. khairil says

    22/10/2010 at 8:18 PM

    nice..tp aku pengguna tegar google chrome macam mana

    Reply
    • Anarm says

      22/10/2010 at 9:57 PM

      @khairil, pengguna tegar Google Chrome boleh pakai Firebug Lite

      Reply
  37. Affan says

    22/10/2010 at 3:47 AM

    Nice one ni bro.
    Aku pnh dgr gak mnde ni dulu, tapi malas nak cuba.
    Tapi sbb dah ada review ni, aku dah tau lah sket2 fungsi die. Nampak mmg memudahkan.

    *Tapi aku guna chrome. So bila nak guna add on ni, terpaksa lah guna FF masa nak edit2. hehee

    Reply
    • Anarm says

      22/10/2010 at 9:41 AM

      @Affan, untuk pengguna Chrome boleh pasang extension Firebug Lite.. KLIK KAT SINI untuk dapatkan extension Firebug Lite.. TQ.. :happy:

      Reply
  38. bubbles182 says

    21/10/2010 at 10:49 PM

    Wahhh macam menarik. Tapi x suke firefox >.<

    Reply
    • Anarm says

      22/10/2010 at 3:38 AM

      @bubbles182, kalau tak suke firefox, bleh cuba kt google chrome..

      Reply
  39. ST says

    21/10/2010 at 2:34 PM

    angka dlm nuffnang tu betul kan? kan? kan? wakaka

    Reply
    • Anarm says

      22/10/2010 at 3:38 AM

      @ST, angka nuffnang tu hanya rekaan semata-mata.. tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup ataupun yang sedang nazak.. :pinch:

      Reply
      • zik says

        25/10/2010 at 3:15 PM

        @Anarm, yeker.. ntah2 betul tak???

        Reply
  40. Faisal Reza says

    21/10/2010 at 1:06 PM

    salam… aku pun dok pakai Firebug… mmg best amat… tp bab penipuan tu baru 1st time terfikir… perrghhh x sangka geliga otak hang.. bab2 camni keh3x…

    Reply
    • Anarm says

      22/10/2010 at 3:37 AM

      @Faisal Reza, aku dah banyak hasilkan karya menipu.. hahaha.. yg penting ade basic HTML.. macam2 bleh buat.. :P

      Reply
  41. mohzam says

    21/10/2010 at 11:59 AM

    Rasa nak install addon ni untuk Goggle Chrome tapi kenta tunggu upgrade memory dan harddisk dulu :ninja:

    Reply
    • Anarm says

      22/10/2010 at 3:36 AM

      @mohzam, tak upgrade pon takpe kot..

      Reply
      • mohzam says

        22/10/2010 at 8:48 AM

        @Anarm, apa boleh buat Drive C tinggal >800mb :sad:
        Tak larat nak install apa2 lagi :ermm:

        Reply
        • Anarm says

          22/10/2010 at 9:36 AM

          @mohzam, yang ni just addons firefox je.. tak menjejaskan kesihatan Drive C tu kot..

          Reply
  42. Kujie says

    21/10/2010 at 11:06 AM

    dah ada kt add on Firefox
    tapi jarang guna..tak reti sebenarnya
    kena baca entri ni pelan² – satu² kot baru nak faham

    erk..sebenarnya kena praktis selalu , kan…hehehe

    Reply
    • Anarm says

      22/10/2010 at 3:36 AM

      @Kujie, buat latihan banyak2, nanti bleh la terer pakai benda ni..

      Reply
  43. wazy says

    21/10/2010 at 9:57 AM

    pernah gak dengar firebug ni dulu
    aku nak install terus la macam ni,best function dia

    Reply
    • Anarm says

      21/10/2010 at 10:27 AM

      @wazy, Firebug ni la yg bekerja kuat tolong aku time aku edit theme blog..

      Reply
  44. saya_aRief says

    21/10/2010 at 7:20 AM

    mau mencubaa..
    :D

    Reply
    • Anarm says

      21/10/2010 at 9:28 AM

      @saya_aRief, selamat mencuba.. anda mampu mengubahnya.. :tongue:

      Reply
  45. Anzur Anuar says

    21/10/2010 at 7:10 AM

    betul bro. firebug terbaek!! :w00t:

    Ping Website ; jom ping entry terbaru anda disini

    Reply
    • Anarm says

      21/10/2010 at 9:27 AM

      @Anzur Anuar, paling terbaik sangat2.. :lol:

      Reply
  46. Jaws says

    21/10/2010 at 3:28 AM

    entri ni bukan ko dah karang lama ker?
    apsal baru keluar?
    berbulan gak aku rasa ni..
    haha..
    btw, saya mmg pengguna Firebug..
    firebug mmg best..

    Reply
    • Anarm says

      21/10/2010 at 9:27 AM

      @Jaws, aku memang biasa camni.. aku mengarang separuh jalan je pastu aku simpan kat draft.. datang mood lepas2 tu baru aku sambung balik entri yg terkandas.. smlm mood firebug baru datang.. tu yg baru publish ni.. hahaha..

      Reply
      • JundullahOsman says

        28/11/2010 at 11:02 AM

        @Anarm, mesti penuh kat draf ko tu dengan artikel sekerat jalan, sejibik cam aku jugak, he

        Reply
  47. aizuddin says

    21/10/2010 at 3:08 AM

    aku pernah dengar je tak pernah try..thanks for info bro :biggrin:

    Reply
    • Anarm says

      21/10/2010 at 3:10 AM

      @aizuddin, selamat mencuba addons yang power ni.. :happy:

      Reply
  48. ariff says

    21/10/2010 at 3:04 AM

    hoho.. baru aku tau macam mana diorang buat. btw. nice entri. aku guna 1% je daripada feature yg ada kat firebug tu

    Reply
    • Anarm says

      21/10/2010 at 3:09 AM

      @ariff, aku pon guna lebih kurang 1% je kot.. takpon lebih sikit.. buat edit2 code CSS, HTML, curi script kat web2 lain, tu je.. hehe.. function yang lain2 tu ade lagi yang tak berapa nak faham..

      Reply
  49. Geothite says

    21/10/2010 at 3:04 AM

    Firebug mmg memudahkan kerja. Mmg best!
    Lg1, boleh tambah addon Page Speed, guna bersama Firebug utk dapatkan analisis speed blog.

    Reply
    • Anarm says

      21/10/2010 at 3:07 AM

      @Geothite, ha ah.. tapi aku tak tambah pon sebab aku tgk analisis loading time pakai third party punya program..

      Reply
  50. menteil says

    21/10/2010 at 2:15 AM

    hehe.. wajib guna bagi aku nie.. aku pun baru lagi guba addon nie.. belajar2 godek lagi..

    btw, plugin apa yang ko guna untuk popup bawah kanan nie? tanya jer..

    Reply
    • Anarm says

      21/10/2010 at 3:02 AM

      @menteil, mana bleh bagitau!! hahahaha.. aku pakai plugin “NYTimes Style”.. takde bende pon.. saje bagi nampak gempak.. kah3.. nak ke? ni link dia..

      KLIK LA KAT SINI :face:

      Reply
      • menteil says

        23/10/2010 at 5:57 AM

        @Anarm, heh! thanks.. aku tengok mende nie kat allfacebook.com
        tu yg macam tertarik tu,.. huhu..

        Reply
        • Anarm says

          23/10/2010 at 1:48 PM

          @menteil, aku pon tengok kat allfacebook jugak.. terus aku geledah cari kat site tu.. dan terjumpe laa plugin tersebut..

          Reply
  51. zuls says

    21/10/2010 at 2:04 AM

    thanks bro.. firebug memang best. Ah! tak tau lak ada orang boleh tipu2 dengan firebug..

    Reply
    • Anarm says

      21/10/2010 at 2:57 AM

      @zuls, yg tipu2 tu penyalahgunaan addons.. buat dosa je tipu2 org..

      Reply
      • jawatan kosong says

        24/10/2010 at 10:49 PM

        @Anarm, nampaknya best la firebug ni tuk pekerja web developer.

        Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy