AMARON Bateri Kereta Tahan Lama

Bulan Oktober lepas aku tukar bateri baru untuk kereta Perodua Alza aku. Bateri lama dah kong. Dah masuk bulan Disember baru nak tulis kat blog. Haha..

Last aku tukar bateri kereta masa guna servis Bateriku.com pada awal tahun 2017. Sampai Oktober 2020, maknanya bateri lama tu tahan selama 3 tahun 10 bulan! Mantap betul..

Bateri baru ni pun aku masih guna jenama bateri yang sama iaitu AMARON sebab puas hati dengan prestasi dan ketahanan dia.

Pertama kali guna bateri Amaron dulu rasa kurang yakin juga sebab jenama bateri yang aku tak pernah dengar. Tapi aku baca di group Facebook Alza Club Malaysia, ramai cakap bateri jenama Amaron ni terbaik dan tahan lama.

Bila dah cuba sendiri, memang betul tahan lama. Lebih 3 tahun! Patut la ramai yang recommend bateri Amaron.

Amaron bateri kereta tahan lama
Bateri kereta jenama Amaron (bateri lama)

Sangat puas hati guna bateri jenama Amaron. Bateri jenama lain yang aku pernah guna sebelum ni tak sampai 2 tahun dah kong. Bateri AMARON jugak yang terbaik!

Bateri Kereta Amaron Hi-Life

Bateri lama aku guna “Amaron Go”. Bateri baru ni aku ambil “Amaron Hi-Life” pulak. Mahal sikit je dari Amaron Go. Harga RM235 termasuk trade-in bateri lama.

Aku guna servis “hantar dan pasang bateri kereta”. Malas nak keluar pergi kedai bateri. Tapi bukan servis Bateriku. Dah cuba buat appointment dengan Bateriku, cuma waktu malam je dia boleh datang.

Disebabkan malas nak tunggu malam, aku pun contact kedai bateri dekat dengan rumah aku. Dapat nombor telefon dari group Facebook Alza Club Malaysia tu.

Contact melalui WhatsApp je. Dalam setengah jam lepas tu runner pun sampai dan terus pergi kat kereta tukarkan bateri baru.

Tukar bateri kereta jenama Amaron
Bateri Amaron Hi-Life sedang dipasang di kereta.

Setakat ni bateri Amaron Hi-Life berkhidmat dengan baik. Start enjin kereta waktu pagi pun mudah je. Sebab bateri baru lagi..

Harap-harap bateri Amaron yang baru tukar ni tahan lama juga lah..

Kereta korang guna bateri jenama apa? Ok tak? Kalau tak ok, boleh la cuba bateri Amaron.
 

4 Comments

  1. Dah dua kali tukar bateri Amaron. Setakat ini puas hati tahan lebih 2 tahun. Yang best sebab servis dari Bateriku.com. Diorang uruskan dari tempahan hingga siap pasang.

  2. salam. saya tak suka guna amaron, sebab dia cuma ada bateri sel kering, sel basah tak de. Saya guna bateri yokohama, 3 tahun lebih juga tahan berbanding bateri biasa 2 tahun dah kong!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *