AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Automotif » AMARON Bateri Kereta Tahan Lama

AMARON Bateri Kereta Tahan Lama

01/12/2020 Anarm 2 Comments

Facebook Twitter WhatsApp

Bulan Oktober lepas aku tukar bateri baru untuk kereta Perodua Alza aku. Bateri lama dah kong. Dah masuk bulan Disember baru nak tulis kat blog. Haha..

Last aku tukar bateri kereta masa guna servis Bateriku.com pada awal tahun 2017. Sampai Oktober 2020, maknanya bateri lama tu tahan selama 3 tahun 10 bulan! Mantap betul..

Bateri baru ni pun aku masih guna jenama bateri yang sama iaitu AMARON sebab puas hati dengan prestasi dan ketahanan dia.

Pertama kali guna bateri Amaron dulu rasa kurang yakin juga sebab jenama bateri yang aku tak pernah dengar. Tapi aku baca di group Facebook Alza Club Malaysia, ramai cakap bateri jenama Amaron ni terbaik dan tahan lama.

Bila dah cuba sendiri, memang betul tahan lama. Lebih 3 tahun! Patut la ramai yang recommend bateri Amaron.

Amaron bateri kereta tahan lama

Bateri kereta jenama Amaron (bateri lama)

Sangat puas hati guna bateri jenama Amaron. Bateri jenama lain yang aku pernah guna sebelum ni tak sampai 2 tahun dah kong. Bateri AMARON jugak yang terbaik!

Bateri Kereta Amaron Hi-Life

Bateri lama aku guna “Amaron Go”. Bateri baru ni aku ambil “Amaron Hi-Life” pulak. Mahal sikit je dari Amaron Go. Harga RM235 termasuk trade-in bateri lama.

Aku guna servis “hantar dan pasang bateri kereta”. Malas nak keluar pergi kedai bateri. Tapi bukan servis Bateriku. Dah cuba buat appointment dengan Bateriku, cuma waktu malam je dia boleh datang.

Disebabkan malas nak tunggu malam, aku pun contact kedai bateri dekat dengan rumah aku. Dapat nombor telefon dari group Facebook Alza Club Malaysia tu.

Contact melalui WhatsApp je. Dalam setengah jam lepas tu runner pun sampai dan terus pergi kat kereta tukarkan bateri baru.

Tukar bateri kereta jenama Amaron

Bateri Amaron Hi-Life sedang dipasang di kereta.

Setakat ni bateri Amaron Hi-Life berkhidmat dengan baik. Start enjin kereta waktu pagi pun mudah je. Sebab bateri baru lagi..

Harap-harap bateri Amaron yang baru tukar ni tahan lama juga lah..

Kereta korang guna bateri jenama apa? Ok tak? Kalau tak ok, boleh la cuba bateri Amaron.
 

Facebook Twitter WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Servis Kereta di Perodua Service Centre Bangi
  • Servis Kereta Kali Kedua Lebih Murah
  • Servis Kereta Alza 40,000 km di Perodua Bangi
  • Bateriku.com Bantu Masalah Bateri Kereta Kong
  • Servis Perodua Alza 170,000KM di Bengkel Kereta Magnetise

Kategori : Automotif Keyword : amaron, bateri kereta, perodua alza

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
Next article:
Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang

2 Comments

  1. Mohd. Noor says

    05/12/2020 at 5:09 PM

    …kebetulan juga nak tukar yang baru,
    jenis AMARON

    ketika ini pakai jenis DAIHATSU

    Reply
  2. zarilan says

    04/12/2020 at 8:59 PM

    salam. saya tak suka guna amaron, sebab dia cuma ada bateri sel kering, sel basah tak de. Saya guna bateri yokohama, 3 tahun lebih juga tahan berbanding bateri biasa 2 tahun dah kong!

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy