AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Informasi » Hati-Hati Upload Gambar di Internet

Hati-Hati Upload Gambar di Internet

08/02/2012 Anarm 16 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Malam tadi sebelum tidur macam biasa aku layan tengok Facebook sekejap. Kemudian ada ternampak satu gambar tak senonoh. Ada seseorang yang upload gambar tu.

Nampak sangat penyalahgunaan ilmu Photoshop (atau perisian image editor lain) yang dikurniakan kepadanya dengan meng’edit’ gambar yang boleh menimbulkan fitnah!

Astaghfirullahal’azim..

Upload gambar superimpose di Facebook disalahguna

Gambar 'superimpose' yang boleh menimbulkan fitnah

Aku nak ingatkan kepada kawan-kawan sekalian, hati-hati bila upload gambar di internet. Aku tengok ramai rakan internet yang upload berpuluh-puluh, malah beratus-ratus gambar peribadi dalam akaun Facebook mereka.

Bukan tak boleh, tapi pandai-pandai la fikir apa akibatnya kalau ada yang buat khianat pada gambar kita tu.

Zaman sekarang ni maklum saja lah, ramai dah pandai guna Adobe Photoshop. Tak mustahil ada salah seorang daripada rakan internet kita tu jenis yang suka ‘tikam belakang’ atau dengki pada kita.

Sepanjang aku habiskan masa dalam dunia internet ni, banyak aku tengok gambar yang dah diubahsuai oleh insan-insan tak bertanggungjawab.

Daripada gambar awek bertudung, di’edit’ jadi tak pakai tudung. Yang sempurna berbaju pula di’edit’ sampai tertanggal semua baju, telanjang bulat. Macam-macam lagilah.

Kalau jadi macam tu kat gambar kita, apa agaknya tindakan yang boleh kita buat? Aku rasa tak boleh nak salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri sebab semuanya berlaku atas ‘kepandaian’ kita sendiri yang upload gambar tu di internet.

Isu upload gambar di internet ni rasanya daripada dulu lagi hangat diperkatakan, ditulis di blog-blog dan sebagainya. Tapi macam biasa la, keinsafan dalam diri tu ada musimnya.

Bila musim orang share info tentang isu atau perkara ni, kita pun mula rasa insaf, baru sedar kesilapan kita. Bila isu ni dah lama sangat terdiam, rasa insaf tu entah ke mana menghilang.

Lepas tu kita pun mula balik upload gambar masuk internet, kononnya taknak orang kata yang kita ni berfikiran kolot sebab tak ikut trend upload gambar di Facebook.

Hukum Wanita Upload Gambar di Facebook

Bila tengok video ceramah Ustaz Azhar ni aku teringat kisah yang tunang aku pernah cerita kat aku.

Masa study dulu ada seorang member aku marah dia sebab tak tutup aurat (rambut). Padahal tunang aku dah tutup kepala dengan tuala kecil masa keluar sekejap dari asrama perempuan nak pergi ambil makanan yang dia order (delivery) kat depan asrama. Masa tu kitorang study kolej yang sama.

Sekarang ni, awek member aku tu pulak (dah jadi isteri dia) yang dulunya pakai tudung, sekarang dah tak pakai tudung. Dulu bukan main lagi marah tunang aku. Sekarang isteri sendiri tak pakai tudung takda pulak dia nak marah.

Dalam Facebook bersepah gambar isteri dia dok tayang aurat kat orang ramai. (Aku tertengok)

Aku harap semoga timbul kesedaran dalam diri member aku tu dan juga rakan-rakan di internet semua.

Jangan hanya fikir apa yang boleh berlaku pada gambar tu saja, fikir juga dosa yang kita dapat bila ada berlaku perkara yang berkait dengan isu-isu macam ni.

Kalau kita Islam, buat cara sebagai orang Islam. Jangan terlalu ikut sangat dengan trend masa kini yang sesetengahnya terang-terang boleh nampak kesan buruknya.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Informasi Keyword : cara hidup Islam, gambar tak senonoh di Facebook, haram tengok aurat rambut, hati-hati upload gambar di internet, super impose gambar bogel, teknik photoshop, trend upload gambar Facebook, wajib tutup aurat

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Bila Islam Hanya Pada Nama
Next article:
Lelaki Tak Solat Jumaat sebab Uzur

16 Comments

  1. yusri says

    02/12/2013 at 11:12 PM

    Macam2 orang boleh buat dengan gambar kita. So hati2.

    Reply
  2. kartikel.com says

    23/02/2012 at 11:48 AM

    sekarang ni bahaya gak upload gambar elok, orang dok potosop jadik tak elok

    Reply
  3. Lawrence Vision says

    17/02/2012 at 9:55 PM

    Tutup tak tutup rasanya bergantung pada seseorang…apa yang penting kena jaga penampilan la

    Reply
  4. sjiehan says

    15/02/2012 at 10:55 PM

    org muda remaja buat x kisah je benda ni berlaku…

    isk3… habis gambar org…

    Reply
  5. Empayarutama says

    14/02/2012 at 9:20 AM

    Terima kasih, nanti saya nak pinjam gambar tu untuk entri saya, boleh yea

    Reply
  6. zaki says

    12/02/2012 at 10:06 PM

    Dahsyat photoshop nie.. kalau salah guna.. jadi ilmu yang tak bemanfaat! terima kasih peringatan yang sangat sangat berguna ni anarm.net

    Reply
  7. Fahmi Raazali says

    11/02/2012 at 2:06 AM

    Orang dengki yang negatif dia rajin buat dajal dengan orang. hehe…

    Ilmu photoshop aku beginner saja, tak boleh lagi buat teknik2 power ni…

    Sekarang ni banyak orang tak ambil kisah pasal aurat. Lepas tu share pula dekat facebook. Tak tahulah nak kasi orang tengok aurat dia agaknya.

    Reply
  8. wazy says

    10/02/2012 at 4:03 PM

    Hmm memang betul,kena sentiasa berhati-hati,maklumla sekarang semua dah advance skit

    Reply
  9. ohcikgu says

    09/02/2012 at 7:30 PM

    haa..bahaya tu. bahaya..
    jangan letak gambar sebarangan..

    Reply
  10. Sobri Mansor says

    08/02/2012 at 4:19 PM

    Salah menuntut nih. Bukan salah guru yang mengajar. Tapi silap gunakan ilmu yang ada ke arah kemungkaran sehingga mengaibkan orang lain

    Reply
  11. azman says

    08/02/2012 at 11:45 AM

    Hmm kalau org yg tak tahu pasal edit photoshop mmg akan percaya. :)

    Reply
    • Anarm says

      08/02/2012 at 12:16 PM

      @azman, betul tu.. kemudian diorang pun sebar gambar tu kat blog2 diorang pulak.. dan fitnah jadi semakin meluas.. ish ish ish…

      Reply
  12. JAI says

    08/02/2012 at 11:22 AM

    Ingat nak edit gambo anarm duduk atas pangkuan Rozita Che Wan amacam buleh..miahahaha..Serius bakat yang ada disia-siakan..Kan elok kalo digunakan secara berhemah..

    Reply
    • Anarm says

      08/02/2012 at 12:14 PM

      @JAI, salah posisi tu.. sepatutnya Rozita Che Wan yang duduk atas pangkuan.. baru best.. hahaha.. :lol:

      Reply
  13. akubiomed says

    08/02/2012 at 11:11 AM

    Busuknya hati manusia buat fitnah mengunakan taktik busuk. :-(

    Reply
  14. yanmie says

    08/02/2012 at 10:04 AM

    Salam,

    Makasih sharing, sangat berguna entry ni, nanti nak bagi adik baca hahahaa :lol:

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy