Aku Suka Kucing

Lepas baca entri “Kucing siapa suka” di blog Denaihati, teringin nak bercerita tentang kucing, haiwan peliharaan yang aku paling suka (selain hamster).

Kucing comel kiut

Dulu masa aku dan semua adik-beradik aku kecik-kecik lagi kitorang ada juga bela kucing. Tapi mak aku tak suka kucing sebab kucing asyik main pusing-pusing, sondol-sondol kat kaki. Mak aku geli. Walaupun mak aku tak suka sangat dengan kucing, tapi bila tinggal sorang-sorang kat rumah, abah aku pergi kerja, anak-anak pergi sekolah, kucing jadi teman mak aku bersembang. Makanan kucing pun mak aku sediakan khas tiap-tiap hari.

Kebanyakan kucing yang kitorang bela tu datang entah dari mana. Kitorang pelihara, bagi makan minum, jaga elok-elok, bagi mandi sampai la kucing tu beranak-pinak jadi banyak ekor.

Aku ingat lagi satu hari ada ibu kucing yang kitorang bela nak beranak tapi berkelahi dengan kucing lain. Dah nak beranak pun boleh lagi kejar kucing lain. Abah aku pula kelam kabut kejar kucing kitorang yang nak beranak tu sebab seingat aku anak kucing dah nak terkeluar.

Abah aku jadi bidan kejap hari tu sambut kelahiran anak kucing yang comel.

Oleh sebab dulu abah aku kerja sebagai polis, hidup berpindah randah tu dah jadi perkara biasa. Bila naik pangkat je kena pindah ke tempat lain. Setiap kali pindah mesti ada kucing baru yang datang ke rumah.

Mula-mula bagi makan je. Lama-lama terus jadi haiwan peliharaan. Kucing yang kat rumah lama pula biasanya umur tak panjang. Kadang-kadang bagi pada orang sebab banyak sangat. Ada juga yang kitorang terpaksa buang.

Ada seekor kucing yang aku paling sayang antara banyak-banyak kucing yang pernah kitorang pelihara. Kucing tu berpenyakit apa aku pon tak tahu sampai hidung dia jadi buruk.

Mula-mula berkudis biasa je. Lama-lama hidung dia jadi makin teruk. Bahagian tengah hidung yang memisahkan dua lubang hidung tu macam dah hancur. Tiap kali dia tengah tidur, nafas dia kita boleh dengar disebabkan luka kat hidung dia tu. Macam tengah berdengkur. Dah bagi ubat tapi makin teruk pula penyakit dia.

Dia suka tidur celah ketiak aku. Haha..

Bila terpaksa berpindah ke tempat lain, semua kenangan bersama kucing peliharaan terkubur di rumah lama. Ada yang mati dan ditanam di belakang rumah, ada yang bagi pada orang lain, dan ada juga yang terpaksa dibuang. Yang mati kena langgar kereta pun ada.

Lepas beberapa kali bertukar ganti pelihara kucing, sekarang ni dah takde pelihara kucing dah. Sekadar belai-belai kucing yang terjumpa di kedai-kedai makan dan di tepi-tepi jalan je. Teringin juga nak bela kucing lagi tapi situasi tak mengizinkan. Mungkin satu hari nanti boleh kot.

15 Comments

  1. Dulu time kecik2 rajin le bela kucing, sampai beranak pinak… kekadang tu smpai berak kat dalam.. cit.. :) sekarang dah x de la.. x de mase nak tengok… tapi first time nak pisahkan kucing tu dari kita memang susah cket, kene letak jauh2, sbb klu tak letak jauh2, nanti senang2 je kucing tu datang balik rumah…

  2. Kami sekeluarga memang bela kucing sekarang ni.. dah terbiasa agaknya sebab dulu mak ayah pun suka kucing.. dulu paling banyak kami pernah bela sekaligus 43 ekor.. rumah jadi sesak sebab kucing terlalu banyak.. :)

  3. huhu, sama la. aku suka jugak kucing, tapi tengok jenis dia jugak la :lol:
    siap mak nak buang kucing sebab suka kencing merata rata

Leave a Reply