AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Aku Suka Kucing

Aku Suka Kucing

29/05/2012 Anarm 15 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Lepas baca entri “Kucing siapa suka” di blog Denaihati, teringin nak bercerita tentang kucing, haiwan peliharaan yang aku paling suka (selain hamster).

Kucing comel kiut

Dulu masa aku dan semua adik-beradik aku kecik-kecik lagi kitorang ada juga bela kucing. Tapi mak aku tak suka kucing sebab kucing asyik main pusing-pusing, sondol-sondol kat kaki. Mak aku geli. Walaupun mak aku tak suka sangat dengan kucing, tapi bila tinggal sorang-sorang kat rumah, abah aku pergi kerja, anak-anak pergi sekolah, kucing jadi teman mak aku bersembang. Makanan kucing pun mak aku sediakan khas tiap-tiap hari.

Kebanyakan kucing yang kitorang bela tu datang entah dari mana. Kitorang pelihara, bagi makan minum, jaga elok-elok, bagi mandi sampai la kucing tu beranak-pinak jadi banyak ekor.

Aku ingat lagi satu hari ada ibu kucing yang kitorang bela nak beranak tapi berkelahi dengan kucing lain. Dah nak beranak pun boleh lagi kejar kucing lain. Abah aku pula kelam kabut kejar kucing kitorang yang nak beranak tu sebab seingat aku anak kucing dah nak terkeluar.

Abah aku jadi bidan kejap hari tu sambut kelahiran anak kucing yang comel.

Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

Oleh sebab dulu abah aku kerja sebagai polis, hidup berpindah randah tu dah jadi perkara biasa. Bila naik pangkat je kena pindah ke tempat lain. Setiap kali pindah mesti ada kucing baru yang datang ke rumah.

Mula-mula bagi makan je. Lama-lama terus jadi haiwan peliharaan. Kucing yang kat rumah lama pula biasanya umur tak panjang. Kadang-kadang bagi pada orang sebab banyak sangat. Ada juga yang kitorang terpaksa buang.


Geram aku tengok kucing ni. Comel giler.

Ada seekor kucing yang aku paling sayang antara banyak-banyak kucing yang pernah kitorang pelihara. Kucing tu berpenyakit apa aku pon tak tahu sampai hidung dia jadi buruk.

Mula-mula berkudis biasa je. Lama-lama hidung dia jadi makin teruk. Bahagian tengah hidung yang memisahkan dua lubang hidung tu macam dah hancur. Tiap kali dia tengah tidur, nafas dia kita boleh dengar disebabkan luka kat hidung dia tu. Macam tengah berdengkur. Dah bagi ubat tapi makin teruk pula penyakit dia.

Dia suka tidur celah ketiak aku. Haha..

Ingin Bela Kucing? Klik Sini!

Bila terpaksa berpindah ke tempat lain, semua kenangan bersama kucing peliharaan terkubur di rumah lama. Ada yang mati dan ditanam di belakang rumah, ada yang bagi pada orang lain, dan ada juga yang terpaksa dibuang. Yang mati kena langgar kereta pun ada.

Lepas beberapa kali bertukar ganti pelihara kucing, sekarang ni dah takde pelihara kucing dah. Sekadar belai-belai kucing yang terjumpa di kedai-kedai makan dan di tepi-tepi jalan je. Teringin juga nak bela kucing lagi tapi situasi tak mengizinkan. Mungkin satu hari nanti boleh kot.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Santai Keyword : aku suka kucing, kucing maru comel, kucing peliharaan, panduan jaga kucing, pelihara kucing, pencinta kucing, tips jaga kucing

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Sampai Bila Nak Jadi Perokok?
Next article:
Roti Pau Penyek – #WordlessWednesday

15 Comments

  1. Muhammaed says

    03/06/2012 at 10:40 AM

    Dulu time kecik2 rajin le bela kucing, sampai beranak pinak… kekadang tu smpai berak kat dalam.. cit.. :) sekarang dah x de la.. x de mase nak tengok… tapi first time nak pisahkan kucing tu dari kita memang susah cket, kene letak jauh2, sbb klu tak letak jauh2, nanti senang2 je kucing tu datang balik rumah…

    Reply
  2. Mohd Isa says

    03/06/2012 at 4:28 AM

    aku suka kucing gak, tapi masalahnya. aku tak suka kucing kacau time aku tgh makan. sia2, je kena sekeh ng aku. hehe

    Reply
  3. annisa says

    01/06/2012 at 6:21 PM

    salam…

    sy sgt suka kucing … dan kucing dlm gambar ni cuteeeeeee sgt.. :smile:

    Reply
  4. kulanz says

    01/06/2012 at 1:54 AM

    Kami sekeluarga memang bela kucing sekarang ni.. dah terbiasa agaknya sebab dulu mak ayah pun suka kucing.. dulu paling banyak kami pernah bela sekaligus 43 ekor.. rumah jadi sesak sebab kucing terlalu banyak.. :)

    Reply
  5. titan says

    31/05/2012 at 8:30 PM

    aku suka kucing. tapi bab nak jaga tu..memang fail sikit la.. :cwy:

    Reply
  6. auc dot com says

    31/05/2012 at 7:15 PM

    suka bela kucing masa dia kecik je, comei dah dia besar x minat dah

    Reply
  7. W.HabibuRahman says

    31/05/2012 at 12:17 PM

    Aku suka kucing sbb dia profesional dlm bab2 menangkap tikus….ekeke… :tongue:

    Reply
  8. sweetkurma says

    30/05/2012 at 5:22 PM

    suka tengok tapi tak brapa suka pelihara

    Reply
  9. syahrilhafiz says

    30/05/2012 at 1:14 PM

    huhu, sama la. aku suka jugak kucing, tapi tengok jenis dia jugak la :lol:
    siap mak nak buang kucing sebab suka kencing merata rata

    Reply
    • Anarm says

      30/05/2012 at 1:39 PM

      @syahrilhafiz, kencing merata tu biasanya kucing jantan..

      Reply
  10. sadiq says

    29/05/2012 at 9:11 PM

    kucing tersangat la comelnye =)

    Reply
  11. Jebeng Otai™ says

    29/05/2012 at 8:20 PM

    mmg minat kucing sejak dri kecil walaupun mak saya x berapa suka kucing..huhu

    p/s: kucing adalah satu2 nya haiwan didunia ini yg boleh hidup bersama2 manusia.. :)

    Reply
  12. anif says

    29/05/2012 at 7:51 PM

    Saya suka kucing tapi orang rumah tak suka. Jadi KIV lah hasrat untuk membela..

    Reply
  13. akubiomed says

    29/05/2012 at 11:33 AM

    Orang kata lelaki suka kucing adalah sifat penyayang. Untung bro. :-)

    Reply
    • Jebeng Otai™ says

      29/05/2012 at 8:23 PM

      @akubiomed,

      kalo beri pendedahan pada anak2 kecil..mereka akan ade belas kasihan pada haiwan.. :)

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy