AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Aku Seorang Jurujual Buat Direct Selling

Aku Seorang Jurujual Buat Direct Selling

21/02/2010 Anarm 71 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Aku tertarik dengan entri baru kat blog @Judinbo. Tajuk dia “Tak Meluat Ke Dengan Jurujual Jalanan?“. Tiba-tiba aku teringat kerja yang pernah aku buat dulu sebagai jurujual Direct Selling.

Dulu aku pernah jadi seorang jurujual. Hari-hari kena maki hamun sebab nak menjual.

Kerja sekarang ni pon memang ada jugak kena maki hamun dengan client. Dah jadi lali, dah kebal.

Berkat menimba pengalaman sebagai seorang jurujual, dapat aku gunakan pengalaman tu untuk masa sekarang ni. Huhu..

ISI KANDUNGAN hide
1 Meluat Dengan Jurujual Direct Selling
2 Jurujual Kena Maki Hamun
3 Berjaya Dengan Direct Selling
4 Bisnes Direct Selling

Meluat Dengan Jurujual Direct Selling

Sebelum aku kerja sebagai jurujual, memang aku rasa meluat giler dengan jurujual. Tapi lepas dah terjebak dalam bidang jurujual, terus fikiran aku sekarang ni jadi positif sikit bila berdepan dengan jurujual.

Jurujual yang buat orang rasa meluat ni biasanya jurujual yang bersikap suka memaksa orang untuk beli produk yang dia jual. Dah terdesak sangat ke nak menjual? Kadang-kadang nampak cara menjual tu dah macam pelacur!

Jurujual Direct Selling

Jurujual yang professional dia selamba je. Orang reject ke apa ke dia tetap bersemangat.

Sebagai seorang jurujual, apa yang diorang kena buat adalah “see more people“, jumpa lebih ramai orang di samping menggunakan skill-skill yang ada bagi membolehkan produk diorang terjual.

Lebih ramai yang jurujual tu jumpa, kebarangkalian produknya terjual adalah lebih besar.

So, kita semua la yang akan jadi tarikan kepada jurujual-jurujual kat luar sana tu sebab kita ni kan banyak duit, kaya, dan diorang nak duit kita. Hehe..

Jurujual Kena Maki Hamun

Aku pernah tengok seorang jurujual kena tengking, kena maki hamun dengan sorang ‘brader’. Aku rasa tak patut ‘brader’ tu marah-marah.

Kalau dah tak minat dengan jurujual tu atau produk dia, bagitau jela tak berminat. Dok marah-marah, maki hamun, apa pon tak dapat.

Dapat dosa ada la. Senangnya buat dosa kan?

Maki hamun jurujual

Jurujual bukannya buat kerja haram. Buat apa nak marah-marah. Diorang tak jual dadah, tak jual anak dara orang. Cuma produk diorang je kadang-kadang kurang menarik minat orang ramai. Takkan tu pon nak naik angin.

Tentang sikap jurujual yang suka memaksa tu pulak, korang boleh je halau dia dengan cara elok, cara yang professional. Jangan sebab tu pon nak naik angin lagi sekali.

Ada yang cakap jurujual ni nak kena professional, tapi diri sendiri pon tak professional, dok marah-marah sebab benda kecik. Sama-sama professional laa..

Jurujual pon satu, kena la pandai ‘baca’ respon orang. Kalau 2-3 kali dok pitch tapi tak ‘makan’ jugak, pandai-pandai la pergi cari orang lain.

Aku respek jurujual yang buat kerja dengan cara yang betul. Tak mustahil diorang boleh berjaya dan kaya satu hari nanti. Siapa cakap jurujual tak boleh berjaya dan kaya?

Jurujual yang berjaya dengan Direct Selling

Berjaya Dengan Direct Selling

Korang pernah tengok cerita ‘The Apprentice‘? Dalam cerita tu, direct selling ada jugak membantu diorang untuk berjaya. Member aku pon ada 2 orang yang dulu bersemangat giler jadi jurujual, dan sekarang hidup diorang pon dah berubah.

Diorang kena ‘tarik’ dengan company besar untuk jadi salesperson company tu sebab diorang punya communication skills. Dah la communication power, senang je dapat hasut orang, pastu dapat komisyen lagi. Mantap kan?

Aku boleh tanam sifat dengki je. Normal laa. Haha..

Cuma aku je yang takde rezeki dalam bidang tu. Sekurang-kurangnya, aku berani mencuba daripada pandai cakap je tapi tak pandai nak buat. Right?

    Statistik orang kaya:
  • 74% datangnya daripada pemilik perniagaan
  • 10% datangnya daripada golongan eksekutif senior
  • 10% datangnya daripada golongan profesional (doktor, peguam, dan lain-lain)
  • 5% datangnya daripada jurujual (berkomisyen) atau konsultan jualan
  • 1% datangnya daripada lain-lain sumber

Tengah selongkar folder-folder dalam laptop ni dok cari gambar, aku terjumpa video yang entah dari mana aku dapat aku pon tak tahu. Tiba-tiba je muncul dalam laptop aku.

Kasi upload kat YouTube. Video berkaitan Direct Selling Business. Sekadar berkongsi.

Bisnes Direct Selling

Robert Kiyosaki (orang yang rekemen Direct Selling Business) pernah berkata,

The perfect business adalah Direct Selling. Direct Selling akan mengajar anda tentang business skills yang akan membuat anda berjaya dan kaya. Bukan duit yang akan membuat anda kaya tetapi business skills yang akan membantu anda untuk buat duit dan menjadi kaya.

Entri ni sekadar untuk membantu kita ubah persepsi, pemikiran tentang sesuatu benda. Aku gunakan direct selling sebagai contoh sebab aku pernah lalui pengalaman seorang jurujual dan dapat banyak negatif daripada yang positif.

Kalau kena pada caranya, memang kita akan rasa suka berdepan dengan jurujual (yang professional). Nak guna MLM sebagai contoh nanti takut lain pulak jadinya. Maklum jela, isu MLM kan tengah panas sekarang ni. Huhu..

Apa respon korang bila berdepan dengan jurujual? Adakah korang lari? Maki hamun jurujual tu? atau layankan aje? Beri pendapat korang ye..

Tiba-tiba rasa rindu kat kawan-kawan yang jadi jurujual sama-sama dengan aku dulu. Entah camne la diorang sekarang. All The Best, friends! Kita takkan tau sesuatu benda kalau kita tak cuba buat sendiri benda tu.

Jangan tau mengutuk tanpa usul periksa. Think positive! Be positive!

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Santai Keyword : all the best, belajar daripada orang yang berjaya, berani bercakap dengan orang, buat duit banyak, communication skill, direct selling business, jurujual professional, jutawan MLM, keyakinan diri, meluat dengan jurujual, robert kiyosaki rekemen direct selling, salesman yang sibuk, statistik orang kaya

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Comodo Dragon – Internet Browser Terbaru
Next article:
Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex

71 Comments

  1. centraniaga says

    21/02/2013 at 7:11 AM

    tantangan dan resiko menjadi juru jual diantaranya adalah mendapat maki hamun dari calon pelanggan

    Reply
  2. ezlin says

    23/04/2011 at 4:09 PM

    Kepada encik Anarm, aku suke post blog kamu nie.. i like.. hehe..

    Reply
  3. lie says

    25/04/2010 at 6:41 PM

    aku pun ade pengalaman sebagai jurujual langsung, yang menjual buku2 dan cd agama . kita kena tahu caranya untuk melayan custumer bukan semua org suka dan bukan semua org tak suka , sebab kadang2 kehadiran kita memang di nanti2 dan di tunggu2 . sebab baru minggu ni syarikat ade keluarkan mp3 Al-Quran memang sambutan mengalakan kadang custumer sendiri bagitahu yang mereka tercari2 mp3 tersebut.

    Reply
    • ezlin says

      23/04/2011 at 4:08 PM

      @lie, yup setuju

      Reply
  4. titan says

    23/03/2010 at 11:03 AM

    em. tak semuanya yg memaksa. Ada gak yg ok..tapi yang memaksa tu, kekadang pun wat aku bengang gak. Haha..
    .-= Post terbaru titan di blog beliau.. Titan akan berhenti menulis blog.. =-.

    Reply
  5. zaid says

    15/03/2010 at 3:35 AM

    try business insurance,,semua lari,,antara yang paling susah la,,tp kena ada skill and technique yang betul baru boleh close..

    Reply
  6. sickchild72 says

    28/02/2010 at 6:00 PM

    aku rase an aku adebakat jadi jurujual ni sebab dulu aku ske jual privilege card mcd. selama 2 jam aku leh jual RM200 kad. power an aku?
    .-= Post terbaru sickchild72 di blog beliau.. kuah lemak. =-.

    Reply
    • Anarm says

      01/03/2010 at 4:02 AM

      @sickchild72: perghh.. power siot ko.. kalo maintain hari2 dapat RM200.. fuuhh.. dah bleh hidup senang.. 1 hari RM200.. seminggu dah RM1400.. sebulan…. giler kaya.. :w00t:

      Reply
  7. FaisalReza says

    28/02/2010 at 12:09 PM

    Salam, Anarm, sory aku lambat comment, jgn marah aaa… :biggrin:

    Anyway aku suka post ko kali ni, teringat aku zaman aku buat direct selling dulu ( haa… aku buat jugak tau, ingat tak buat ke? heheh)

    Semuanya bermula, bila aku lepas STPM, nak cari keje la konon, dalam paper offer executive marketing, wah dasat btl jawatan. x sangka lepas interview esoknya blh terus dtg kerja, senang giler rupanya dapat keje.

    Esoknya aku datang, rupa2nya E.M tu adalah direct selling, wakaka… tertipu pakcik, anyway aku mmg ada sikap nak mencuba yang tinggi. so biasanya hari 1st leader yg approach, kita tgk jer, tp aku hari pertama aku nk try approach gak. so dalam keadaan bengang (tertipu) n semngt nk mencuba yg tinggi, aku dpt 1 sales hari 1st. kemudian aku dh mula belajar skil2 approach, sales aku naik turun, anyway aku bertahan selama 2 mggu jer, mcm ko gak la xde rezeki kat sini.

    Anyway sejak hari tu persepsi aku thadap direct selling berubah kerana dah berjaya didik aku jadi peramah, sampai aku luar waktu kerja pun terikut peramah yg melampau, semua orang aku sapa dengan tak malunya… :biggrin:
    .-= Post terbaru FaisalReza di blog beliau.. Senarai Individu Terkaya di Malaysia tahun 2010 =-.

    Reply
    • Anarm says

      01/03/2010 at 4:00 AM

      @FaisalReza: haha.. sama mcm aku.. executive marketing konon.. kah3.. tapi takpe, dapat pengalaman berharga tuu.. bukan senang.. hari 1st aku takde buat sales.. just tgk je leader aku buat.. memang macam org gile aku tgk leader aku time tu.. abis sume org die serang.. hari kedua baru aku cuba test skill sendiri.. dpt 2 sales.. seronok giler.. pastu mcm ko jugak, ada turun naik.. last2, semangat ilang ntah ke mana.. haha.. takde rezki la tu namanye..

      Reply
  8. izzat aziz says

    28/02/2010 at 12:33 AM

    salesman kena lebih ilmu untuk menjadi salesman,
    salesman dia tak kan ganggu orang macam yang di buat sekarang ni..
    aku penah terbaca dulu.. walaupun dia seorang salesman tapi dia lebih banyak berborak berbanding menjual.. sebab tu dia antara salesman terbaik yang penah wujud.. so cara kena betol baru orang tak meluat. :)

    Reply
    • Anarm says

      28/02/2010 at 1:49 AM

      @izzat aziz: nk menjual ni dia takleh terus jual.. kena buat peramah skit, borak apa2 yang patut sambil2 menjual.. baru la org rasa selesa skit, tak meluat.. buat org tu mcm member..

      Reply
  9. aliffazli says

    27/02/2010 at 11:11 PM

    BAGUS ko punya post ni.harap ramai orang baca dan bukak minda.
    senang aku nak jual penapis lepas ni.thanks kiu veri mach.

    p/s: kenapa SyokNYAdownload.blogspot aku tak ada dalam cari google.kena hack ker.sapa2 tolong..kalau dapat masuk..coment sana bagitau.
    .-= Post terbaru aliffazli di blog beliau.. Best Photography/Seni foto cun(DONT COPY WITHOUT PERMISSION) =-.

    Reply
    • Anarm says

      28/02/2010 at 12:14 AM

      @aliffazli: terima kasih.. hehe..

      dah submit kt google ke blom blog tu?

      Reply
  10. zuls says

    27/02/2010 at 10:18 PM

    jurujual oh jurujuall.. aku kagum dengan ketahanan diorang dan aku tak suka dengan ketidakfahaman diorang yang suka memaksa.

    Reply
  11. Gen says

    27/02/2010 at 8:53 PM

    Nice post.. blogwalking fr. do follow blog indo

    Reply
  12. Wan Perlis says

    27/02/2010 at 10:26 AM

    yup jurujual jenis memaksa ni aku kurang skit.
    bagitau “saya pun xda duit lg”
    dapat la lepas..haha
    .-= Post terbaru Wan Perlis di blog beliau.. Artis Kita Semakin Bangang – suam-suam kuku =-.

    Reply
  13. haikal says

    26/02/2010 at 2:50 PM

    Sy mngucpkan salm maulidurrasul..sblm diangkt mnjadi nabi dn rasul..muhammad saw bkerja sndiri dn brniaga..dgn brniaga trserlah kpribadian bginda dgn kpmmpinan..brniaga mndktkn diri dgn ksabaran..skap sbar dpt dgunakan dlm khidupn kita..ngn kluarga,anak2,kawan2,suami,istri dn msyrkt.
    Kita dtnggalkan oleh bginda sunnah dan alQuran sbg pnduan dnia akhrt..kta dtngglkan bginda bniaga utk mngktkn ekonomi..9/10 rzki dr prniagaan..jgn prlekehkn mrka yg mncari rzki ngn brniaga ngn pndngn serong wlpun dtepi jln..mmprlekehkn org brniaga sama spt mmprlekehkn sunnah baginda…biasakn diri kita sntiasa brcakp atau brgaul ngn org yg brniaga..apa yg mrka ckap byak yg positif..smua bnda bleh dbuat dn tak mustahil klau brusaha..RASULULLAH CONTOH KPRIBADIAN MULIA.

    Reply
  14. haikal says

    25/02/2010 at 10:28 AM

    Alhamdulillah…13 thun dlu sy jual pen,pewangi,anak ptung,calculator dll.Inilh brang2 yg mncngkil skap ksbaran,brani ngn cbaran,apa itu mtlmat,skill kmnikasi dn apa yg pntng business skill.Dulu rmai rkan2 sy org cina yg buat ini..skrg mana pegi..dah buka bsness sndri.Jgn hina mreka krna mrka kerja kuat,Mlsia bruntung krna ada org yg besikp mcmni..brsmngat,brani,sbar dn sggup hdapi cbaran.Rmai remaja kta trlbat ngn msalh ssial tp tk ada yg pegi tgur atau nsiht mrka..tp ngn jurujual ni mcm2 skap bnci ditnjukkan,mreka masih muda dn ada plbagai mcm sikp,tgur mrka ngn cra baik spaya mrka blajr dari kita smua.Sy tau mrka krja kuat utk kmjuan sikp dlm diri..kmjuan kita adalh krana sikp kita(brani.sbar,cbaran dll lah)..krjaan kita mngalkkan anak muda keja kras dan tak brgntung ngn krjaan.brani ngn cabran..Skrg sy mngurskan caw.sndri ngn 6 caw.yg lain krna brmula sbai jurujual..brfikirn positiflh,jdikn pprniagaan sbg budaya dlm msykt bumiputera…

    Reply
    • Anarm says

      26/02/2010 at 9:04 AM

      @haikal: alhamdulillah.. rezeki anda ada dengan bekerja macam ni.. saya respek dengan anda.. bukan calang2 orang yang mampu buat pekerjaan macam ni.. bagi umat Islam, perniagaan (menjual) ni kan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. Nabi pon menjual barang jugak.. jual kain, wangian, herba, kismis, kurma dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada.. melakukan sunnah Nabi tu satu pahala.. alhamdulillah.. semoga anda terus maju dan berjaya.. insyaallah..

      Reply
  15. blogresipi says

    25/02/2010 at 6:25 AM

    Teringat seorang kawan lulusan Science Computer USM jadi jurujual Toyota. Alhamdulillah rezeki murah (maklumlah kereta toyota ramai peminat). Sebulan income at least 10K.
    .-= Post terbaru blogresipi di blog beliau.. Strawberries and Eggless Pound Cake =-.

    Reply
    • Anarm says

      26/02/2010 at 8:54 AM

      @blogresipi: time aku jual barang kat satu kedai jual kereta dulu, owner company tu pernah offer aku keje jadi salesman kereta kat situ.. jadi salesman kereta Honda.. dia offer gaji tinggi jugak la, plus komisyen pon bleh tahan.. tapi aku tak terima keje tu sebab takut.. amik business card dia je.. cakap nak call balik tapi sampai sekarang aku tak call2.. seram ooo.. dah la kena jual kereta yang mahal2.. :dizzy:

      Reply
  16. kertaz says

    24/02/2010 at 9:52 PM

    Aku penah tengok salesman kena kejar ngan anjing.. :pinch:
    .-= Post terbaru kertaz di blog beliau.. Kompilasi Catatan hitam artis Malaysia.. @[email protected] =-.

    Reply
    • Anarm says

      26/02/2010 at 8:50 AM

      @kertaz: aku keje salesman dulu pon penah kene kejar anjing.. siot je.. haha

      Reply
  17. Hanafi Abdullah says

    24/02/2010 at 1:15 AM

    Budak/bapak budak yang jual barang dari satu ke satu orang harus kita hormati mereka.Cari rezeki bukan perkara mudah dalam hidup ini kecuali keturunan kaya raya.

    Rezeki yang mereka cari halal kecuali jual barang tak halal.Saya jadi jurujual barang door to door.Itu pun cuma 3 hari saja bertahan.

    Kesian mereka berpanas dan berhujan semata-mata nak dapat komisyen.Kalau mereka tahu bagus jadi blogger sahaja.Tapi keja nie bersengkang mata tiap malam bagi yang kerja siang..

    Reply
    • Anarm says

      26/02/2010 at 8:49 AM

      @Hanafi Abdullah: pernah jual barang door to door? waaa.. mencabar tu.. bagus2.. dapat gak pengalaman kan.. bukan senang nak dapat pengalaman macam tu..

      Reply
  18. Luth Textile says

    23/02/2010 at 11:31 PM

    memang kesian aku tengok brader2 derekseling ni. muka tu kena maki dengan orang ramai. walaupun hang kata depa tak jual benda salah, tapi cara depa sekarang ni salah beb.

    orang tengah makan depa kacau dengan jual produk yang tah tepahapa tu. ada yang tak paham bahasa dan tak professional, maki balik pelanggan yang tak mau produk depa tu.

    aku dah besa kena, tapi aku buat tak tau je kat saleman tu. melayan karang teruk pulak, kalau tak layan kan senang. aku bila jumpa salesman, aku angkat tangan ala – ala tak mau tu ataupun mengangguk kat dia.
    paling hormat sekali aku kata “terima kasih”
    .-= Post terbaru Luth Textile di blog beliau.. Destinasi Bajet : Pulau Langkawi =-.

    Reply
    • Anarm says

      26/02/2010 at 8:41 AM

      @Luth Textile: aku pon penah kene maki time datang kat meja mkn, padahal org tu dah abis mkn.. pastu ckp aku takde adab kacau org tgh mkn.. ingat die tu ade adab sangat la terpekik terlolong dok maki aku kat kedai makan?

      bagi aku laa, kalau ade salesman dtg kt meja makan, aku tak penah rasa terganggu ke terkacau ke.. aku anggap je salesman mcm member.. kalau member korang tiba2 dtg time korang tgh makan.. mengganggu ke tu? taknak kene kacau, korang gi makan dalam gua laa.. tu pon ada gak kelawar datang kacau.. hak3..

      Reply
  19. Kak Long Mawar Merah says

    23/02/2010 at 11:25 PM

    Sungguh respect pada mereka yang berani menjadi jurujual jalanan tu.
    Kalau kita menolak pun, mereka tetap meneruskan kerja.
    Memang selalu jadi kasihan.
    Tapi itulah skill mereka.
    Betul kata saudara, mereka bukannya buat kerja haram, jadi nak buat apa marah2 atau maki hamun mereka.
    Patutnya kita hormati mereka sebab mereka berani, tabah dan sabar.
    Kalau saya kena buat kerja macam tu, tak mampu tasanya.
    .-= Post terbaru Kak Long Mawar Merah di blog beliau.. Yee Sang =-.

    Reply
    • Anarm says

      26/02/2010 at 8:47 AM

      @Kak Long Mawar Merah: yup.. bukan semua org ada keberanian macam tu.. sanggup berjalan gi sana sini untuk cari rezeki, jumpa orang yang tak kenal.. lagipon diorang bukan saja jual produk, malah cuba untuk kenal2 dengan kita, cuba eratkan silaturrahim dengan kita.. sepatutnya kita hargai usaha diorang tu..

      Reply
  20. zik says

    23/02/2010 at 5:53 PM

    Diaorang nak cari makan, demi sesuap nasi… kita kena kasi dia explain dulu, walaupun tak beli pun.. mana tau , rezeki dia ..tup2 kita terus beli..
    .-= Post terbaru zik di blog beliau.. Program Earth Hour. =-.

    Reply
    • Anarm says

      26/02/2010 at 8:44 AM

      @zik: betol tu.. layan je baik2..

      Reply
  21. syin says

    23/02/2010 at 7:55 AM

    ” Jurujual bukannya buat kerja haram. Buat apa nak marah-marah. Diorang tak jual dadah, tak kacau telur korang tak jual anak dara orang. Cuma produk diorang je kadang-kadang kurang menarik minat orang ramai. ” – setuju dengan kenyataan ni. daripada menjual perkara yang tak berfaedah..jual diri sendiri dan sewaktu dengannya baik jadi salesman mcm ni. xde la dari sumber yg haram.

    kadang2 aku mudah tersentuh skit dengan jurujual ni. rasa mcm terharu je. lebih lagi budak2 dan org tua…rasa cmm nk beli je produk dia..tapi duit xde… :biggrin: :biggrin:

    pandai kita elak bila kita tak berminat…jgn membabi buta dukhalau org.

    Reply
    • Anarm says

      26/02/2010 at 8:43 AM

      @syin: aku pon kadang2 kesian jugak kat salesman.. nak support, duit lak takde nak beli produk diorang.. kadang2 produk yang diorang jual tu memang bagus2..

      Reply
  22. eiyda says

    22/02/2010 at 5:10 PM

    wah3,.,,,hai juru jual.jual per?..hahhaha ;p
    kalo owang…owang layan jek..kalo dah dorang dtg…dorang pot pet2..dengar..pastu cakap…sorry lah..xmau bl lagii…huhu..kalo tak layan..cam kesian la plak kan..nak2 kalo org melayu yg jd jurujual tu..peh..cam xsampai hati la plak…nk maki hamun xder lah..kesian ..dorang cr rezeki pe kan…
    best gak jd jurujual ni..leh knl ramai org…keje brani mati untuk org yg pendiam n pemalu..heheh.. :wink:

    Reply
    • Anarm says

      22/02/2010 at 8:10 PM

      @eiyda: jual ape? tuuu kat atas tu, yang gambar kumbang merah tu.. tu namanya mesin urut mini.. atau dlm bahasa sanskrit die, mini massager.. ecehh.. teringat introduction time menjual plak.. hehe.. orang pendiam ke pemalu ke pon boleh je kalau nak buat direct selling.. yg penting berani, yakin.. skill takde takpe sbb memang mane2 company direct selling diorang memang akan sediakan training.. berlatih cara bercakap dengan org ramai.. :blush: *malulah*

      Reply
  23. safar says

    22/02/2010 at 2:57 PM

    Assalamualaikum, masa kerja dekat pasaraya dulu.ada ternampak
    seorang jualan eksekutif kad kredit.beliau memang mantap bab mencari
    pelanggan.pada suatu hari.ada pelanggan marah terus.tegur sikit je.
    bukan main jawab :devil: ”hutang aku dah keliling pinggang”.nak suruh aku
    pakai kad kredit”.kecut terus jualan eksekutif kad kredit. :sick: kesiankan.

    itu pun aku teringin nak kerja.sebab komisen satu pelanggan RM100.
    kalau 100 orang sehari.dah boleh buat kenduri kahwin besaran.hehehe……
    .-= Post terbaru safar di blog beliau.. Rumah Terbuka Mak Cik Ton p1 Wimax =-.

    Reply
    • Anarm says

      22/02/2010 at 8:01 PM

      @safar: komisen memang best.. tapi nak boleh cukup 100 orang sehari tu, semput jugak laa.. hehe

      Reply
  24. samanosuke_04 says

    22/02/2010 at 2:57 PM

    aku kalo jumpe direct seller ok jer, aku cakap jer laa tanak.. ngahaha.. tapi kalo jumpe pemintak sedekah yang tipu2 orang, aiseh… nak pelempang pun ader..
    .-= Post terbaru samanosuke_04 di blog beliau.. Eurotrip 2.0: Amsterdamned! (part 1) =-.

    Reply
    • Anarm says

      22/02/2010 at 7:59 PM

      @samanosuke_04: lebih baik sedekah kat masjid.. lebih afdal..

      Reply
  25. tin kosong says

    22/02/2010 at 10:16 AM

    direct selling..~
    uh.. aku pnh gak jadi salesman ni…
    best jugak.. macam2 jenis manusi kita bleh jumpa..
    ade yg tolak jualan kita cam sial.. ade gak yang terbeli..
    hehehe…
    .-= Post terbaru tin kosong di blog beliau.. Masjid Niujie Di Malaysia =-.

    Reply
    • Anarm says

      22/02/2010 at 7:58 PM

      @tin kosong: yang terbeli tu sbb kene pukau dengan kite.. haha..
      yang tolak tu yang tak best.. bleh jadi takde mood je.. keh keh..

      Reply
  26. Jaws says

    22/02/2010 at 7:54 AM

    aku penah gak join direct selling..
    tapi takde laa main jual kat sebarang orang..
    jumpa orang2 yang kita kenal jer..
    tapi statement ni betul:

    Direct Selling akan mengajar anda tentang business skills yang akan membuat anda berjaya dan kaya. Bukan duit yang akan membuat anda kaya tetapi business skills yang akan membantu anda untuk buat duit dan menjadi kaya.

    Dalam direct selling jer kita leh jumpa benda ni.

    Reply
    • Anarm says

      22/02/2010 at 7:55 PM

      @Jaws: yup.. sebab tu Robert Kiyosaki cakap direct selling ni the perfect business..
      aku pernah jugak jual kat org yg aku kenal.. tapi diorang byk reject.. pastu kutuk2 aku.. sial je..
      lebih selesa jual kt orang yang tak kenal.. tambah2 awek cun keje farmasi.. tak silap aku kat damansara.. haha
      :lol:

      Reply
  27. Dr House says

    22/02/2010 at 7:30 AM

    Cerita pasal jurujual ni teringat aku pasal AHHA pensil berbulu senyum. Memang kalau nak jadi salesman ni kena tahan maki kalau tak susah la nak berjaya.
    .-= Post terbaru Dr House di blog beliau.. Motorola backflip dikuasakan oleh Android =-.

    Reply
    • Anarm says

      22/02/2010 at 7:48 PM

      @Dr House: lepas kene maki hamun, harus ucap “Terima kasih”.. hehe..

      Reply
  28. ariff says

    22/02/2010 at 6:06 AM

    Susah kerja ni. Kena ada sifat ekstrovert yang tinggi. Kalau orang introvert macam aku ni, memang tak jalan la buat direct selling ni.
    .-= Post terbaru ariff di blog beliau.. Sila Uji Blog Anda Dulu Sebelum Menjemput Orang Untuk Baca =-.

    Reply
    • Anarm says

      22/02/2010 at 7:47 PM

      @ariff: cuba try jadi orang yg ambivert pulak.. :tongue:

      Reply
  29. Zul says

    22/02/2010 at 12:44 AM

    haha, zul paham…
    sebab dulu zul pun nyaris jadi direct selling…
    Erm… jangan mlm sudah… Xdak maknanya…
    .-= Post terbaru Zul di blog beliau.. Aimp2 Satu Revolusi Audio Player =-.

    Reply
    • Anarm says

      22/02/2010 at 1:13 AM

      @Zul: mlm pon ok ape.. tapi kene tgk gak la produk dan pelan pemasaran mlm tu..
      aku ade join 3 mlm.. huhu.. :whistle:

      Reply
  30. zaiMi says

    21/02/2010 at 11:43 PM

    aku penah beli barang dari salesman. pertama sebab barang die menarik. diari islam. kedua sebab penerangan die bagus. die terangkan barang yang die jual. bukan pakse aku beli. ketiga sebab kesian jugak tengok die berjalan sana sini jual produk. kalo salesman camni xpe. yang xtahan yang perangai buruk la. orang dah cakap taknak duk pakse gak beli. bikin panas je.
    .-= Post terbaru zaiMi di blog beliau.. Mari Menyokong Earth Hour 2010 =-.

    Reply
    • Anarm says

      21/02/2010 at 11:55 PM

      @zaiMi: direct selling ni bagus sebab kita pembeli ni dapat tengok terus demo tentang produk tu.. kalau kat supermarket, nak tanya cara guna produk pon kadang2 promoter tu tak reti nak tunjuk.. kadang2 promoter pon takde kat tempat barang tu, gi lepak ntah kat mane2.. haha..

      Reply
  31. bistari says

    21/02/2010 at 11:43 PM

    sentuh pasal brader tu blasah jurujual tu..
    agaknya jurujual tu x reti bahasa kot..
    dh kate xnk tp still dok terhegeh2 nak paksa..
    kot la..hehehe
    tp mmg jurujual ni kejenye halal..
    xsalah pun n mmg leh blajar cara bisnes dgn tepat skali..
    tp MLM ni yg aku musykil skt la..
    bkn aku nk kutuk tau..
    tp ada la benda yg buat aku terfikir2 ttg MLM ni.. :happy:
    .-= Post terbaru bistari di blog beliau.. 5 Web Pilihan Untuk Sumber Design =-.

    Reply
    • Anarm says

      21/02/2010 at 11:51 PM

      @bistari: bg aku MLM tu btol.. yg buat org kurang percaya dengan MLM ni sebab ade company2 yang dah gunakan nama MLM utk tipu org.. sebab tu nama MLM jadi buruk sekarang ni.. bile sebut MLM je, org jd pikir sistem piramid.. memang kalau tengok MLM nampak mcm piramid, tapi sistem dia berbeza drpd piramid..

      *terpulang nak percaya ke tak.. papehal pon, kena kaji dulu laa.. :whistle:

      Reply
  32. Fazreen says

    21/02/2010 at 11:28 PM

    aku penah jadi sekali lepas habis SPM..memang cabaran kaw2 punya…pengalaman adalah guru yang terbaik

    Reply
    • Anarm says

      21/02/2010 at 11:36 PM

      @Fazreen: ko pon penah menjual jugak? hehe.. memang cabaran giler2 kan? huhuu.. cabaran tu la yg banyak bagi aku pengalaman, banyak membantu aku perbaiki diri utk masa sekarang dan masa akan datang.. yg penting, berani sahut cabaran.. yeahh!!

      Reply
  33. azizan4444 says

    21/02/2010 at 10:40 PM

    aku rembat je peluang yg ada..mne x suke aku senyap..mane masyuk aku senyap2…hahaha..

    Reply
    • Anarm says

      21/02/2010 at 11:33 PM

      @azizan4444: btol tu.. peluang yg baik kadang2 datang time kite tgh terdesak sangat2.. kena pandai2 la rebut peluang yg ada.. lagipon peluang yg betol2 tu datang sekali je.. :wink:

      Reply
  34. yash says

    21/02/2010 at 8:36 PM

    kadang2 kalo jupe jurujual aku layan kadang2 tak..
    tgk pada barang apa dia nak promot kalo mampu aku layan kan la..
    kalo tak mampu aku usaha ngelak hak3 selalu nya lebih byk melayan jurujual tu potpet2 baru aku ckp x nak.. kui3
    .-= Post terbaru yash di blog beliau.. 4 Website Pilihan Uji Kelajuan Internet =-.

    Reply
    • Anarm says

      21/02/2010 at 8:40 PM

      @yash: aku kalau jumpe salesman, aku ckp dah beli produk tu dengan mamat/minah nama blablabla.. komfem die takkan cakap banyak, blah gi cari orang lain.. kenangan manis tu dapat pengalaman kerja salesman.. haha

      Reply
  35. x-po says

    21/02/2010 at 8:26 PM

    demo jual gapo dlu boh? hehe tp bg kawe, kalu sek dio jual bare hok lain dr yg lain, mesti org pun rs nk bli gok..
    .-= Post terbaru x-po di blog beliau.. AKU HAPPY, AKU BANGGA, AKU SYUKUR SAMPAI RASA TAK LAPAR-LAPAR =-.

    Reply
    • Anarm says

      21/02/2010 at 8:35 PM

      @x-po: kalu tengok pado gambar ladybug tu, tu produk mesin urut.. bleh bwk gi mano2.. produk lain pn ado jugok.. meme produk2 kawe jual dulu banyok hok takdok napok kat pasaran.. tp biaso la ore reject2, maki hamun ni.. kalis doh.. kijo loni pon keno maki hamun jugok.. keh3

      Reply
  36. joegrimjow says

    21/02/2010 at 8:22 PM

    hoho
    ini adalah jiwaku

    stuju dengan video
    mouth can sell anything
    ;)

    Reply
    • Anarm says

      21/02/2010 at 8:26 PM

      @joegrimjow: betol tu.. dengan mulut, ayat baek punye, batu pon bleh jual.. hahaha..
      buat direct selling ke? mesti power bercakap nih.. hehe..

      Reply
  37. paeh says

    21/02/2010 at 8:11 PM

    9/10 rezeki itu daripada PERNIAGAAN. Nanti aku buat review tentang industri MLM. InsyaAllah
    .-= Post terbaru paeh di blog beliau.. Politik Dalam Blogging =-.

    Reply
    • Anarm says

      21/02/2010 at 8:18 PM

      @paeh: buat laa.. aku suka MLM.. ade jugak buat MLM.. sambilan.. :w00t:

      Reply
  38. kentank91 says

    21/02/2010 at 8:09 PM

    aku memang takbleh blah nengok jurujual..
    dengar jew dia bukak mulut terus ak cabut lari..
    tapi skang aku dah brubah cikit mindset aku..
    gara2 posting ko ney..huhuhu
    .-= Post terbaru kentank91 di blog beliau.. Tips google adsense =-.

    Reply
    • Anarm says

      21/02/2010 at 8:17 PM

      @kentank91: dulu aku pon pikir negatif dgn salesman.. nampak macam ape ntah.. tapi lepas dah cuba sendiri baru aku tau kenapa diorang buat kerja tu.. bukan sebab terdesak (mungkin ada sesetengah), tapi sebab usaha nak perbaiki taraf hidup..

      dengan org kuat kerajaan pon aku pernah pitch jual barang tapi tak dapat.. supervisor aku try pulak, senang je dapat.. ampehh.. nampak sangat communication skill aku tak power.. hahaha

      Reply
  39. apiih says

    21/02/2010 at 8:06 PM

    kiyot jerk produk yg ko jual tuh…hahaha..aku x berani nk jd salesman..x pndai berbicara dengan org luar..hahahaha :silly:
    .-= Post terbaru apiih di blog beliau.. Perjalanan Hidup Sebuah Laman Bergelar FaceBook =-.

    Reply
    • Anarm says

      21/02/2010 at 8:11 PM

      @apiih: haha.. aku pon mula2 tak berani jugak.. tapi hidup berani untuk gagal.. hehe.. selamba je try.. banyak gak berlajar rahsia2 dalam bisnes, macam mana nak buat duit.. cuma keje jurujual tak berapa ngam dgn jiwa aku.. keh3.. sekurang2nya aku mencuba walaupun ramai member gelakkan aku.. chait~

      pengalaman tu penting.. dpt belajar communication skills :wub:

      Reply
    • Pisyek says

      23/02/2010 at 10:11 AM

      @apiih, aku pun.. aku rase bab2 bg penerangan pasal produk mmmg aku fail la… hahaha… :biggrin:
      .-= Post terbaru Pisyek di blog beliau.. Cyber Gen 2010 =-.

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy