Aku Nak Pindah Rumah

Pindah rumah hosting

Sejak kebelakangan ni ramai yang buzz aku kat YM bagitau blog ni susah nak masuk. Kadang-kadang sampai setengah jam diorang tunggu blog ni habis loading tapi still tak habis-habis jugak. Sampai ada yang suruh ‘pindah rumah‘ lain.

Maknanya blog aku ni memang berat la ye? Aku sendiri pon rasa yang blog aku ni berat.

Berjuta-juta terima kasih aku berikan kepada semua pelawat yang sudi melawat blog ni, sanggup tunggu habis loading. Terharu betul.

Pindah Hosting

Ada beberapa blogger (aku tak ingat sape) yang bagitau aku supaya pindah rumah (tukar ke hosting lain). Diorang tolong check blog ni, dan diorang bagitau mungkin blog ni berat berpunca daripada server yang berada di US!

Diorang sarankan aku langgan hosting yang servernya di Malaysia. Aku pon rasa camtu lagi bagus sebab aku berblogging ni dalam Malaysia, untuk orang Malaysia. Apekejadahnya server di US?! Kan?

Tapi aku pelik. Aku langgan hosting sekarang ni memang dari Malaysia, tapi kenapa server di US pulak? Masa beli hosting ni memang aku tak tau apa-apa tentang hosting berbayar. Silap aku sendiri kot.

Mencari Hosting Baru

Aku dah beberapa hari dan mungkin dah beberapa minggu dok survey, cari hosting baru yang sesuai. Bila aku tanya orang, macam-macam jenis hosting yang diorang kasi. Aku dah pening.

Aku tak kisah harga hosting tu mahal sikit. Tapi jangan mahal sangat dah la. Aku bukan orang kaya.

Setakat ni ada yang recommend aku host blog ni di DataKL, NetKL, Fivio, banyak lagilah. Jenuh aku nak sebut semua.

So, aku nak mintak la pandangan korang, tolong recommendkan kat aku hosting yang korang rasa terbaik. Aku malas dah nak pindah-pindah rumah lepas ni. Jasamu dikenang!

Anarm mula merangkak dari Blogspot dan kini dah pandai melompat menggunakan WordPress.org (self-hosted). Bangga jugak la walaupun time mula-mula tu tak tau apa-apa pon tentang hosting berbayar dan jugak WordPress.

Hari-hari study, try and error kat hosting 000webhost.com dulu sebelum jahanamkan hosting yang aku beli. Haha..

Yang masih menggunakan Blogspot, bila lagi nak beralih ke WordPress? Berbaloi-baloi.. Tak reti? Aku boleh, takkan korang takleh kot..

Pindah Rumah

Di samping nak berpindah hosting, aku jugak nak pindah rumah. Rumah sekarang ni boleh dikatakan ok la. Tapi yang membebankan aku dia punya bil eletrik dengan bil air, still lagi mengikut tarif office.

Rumah aku sewa sekarang ni sebenarnya lot office. Sebab tu la bil dia ikut tarif office, cukup bulan memang banyak la kena bayar.

Kalau ikut tarif rumah kediaman, bil dah tentu lebih murah. Bil air pulak dah tentu tak kena bayar sebab Selangor kan bagi air percuma untuk beberapa liter yang dah ditentukan.

Aku guna air memang tak pernah lebih daripada limit tu. Elektrik pon sikit je guna memandangkan aku dok sorang je kat rumah ni.

Aku dah bagitau owner rumah mintak dia tukarkan tarif tu secepat mungkin, tapi dah lebih 6 bulan rasanya takde apa-apa tindakan yang dibuat. Ni la perangai kaum Melayu!

Terpaksa la aku cari rumah lain.

32 Comments

  1. salam ,
    aku dah sign up untuk laman web check uptime tu. aku nak tengok berapa lama pula sepaku down kali ni.
    aku geram sesangat dengan hosting sepaku ni, tak tahu nak meluah di mana lagi ni.

    sini aku nak share hosting percuma buat bloger kecil-kecilan. aku dah cuba semua hosting2 ni,.. dan yang bestnya.. service percuma ni lagi bagus dari services sepaku fukc.

    1. <– aku ada aff dengan laman web ni. tak tahu berapa commesion dorang bagi pula.
    ciri-ciri : ada cpanel, boleh guna domain sendiri, parked domain, addon domain. mysql services, php, dan ftp.
    ps/ yang pasti laman ni percuma. sesapa nak belajar buat web sebelum berpindah kepada hosting berbayar, boleh lepak kat sini dulu.

    2. http://byethost.com
    ciri-ciri: sama ja dengan malaysiahosting tu.

    3. http://www.pinghoster.com
    ciri-ciri : unlimited, tapi kena tunggu owner dia approve permohonan korang dulu.

    • @pain, webhosting free aku penah pakai 000webhost dgn byethost je.. tu pon time mula2 nak belajar tentang hosting.. tp hosting berbayar lagi banyak function drpd free hosting.. cuma katakan tidak pada sepaku.. sepaku tak sah kalo tak down lebih daripada sejam.. huhuu..

  2. salam ziarah..

    masa nak cari hosting, tersinggah tempat ni.
    aku sekarang guna sepaku, murah, diskspace dan bandwich besar.
    tapi bebaru ni, server asik down ja.. FUKCC…….!!
    lama ceta ni tak update, sesapa yang ada pengalaman tentang hosting murah, sila2 lah update blog ni ya.
    aku pun rasa nak pindah rumah juga.

    kind regard, me

    • @pain, hah.. tu dia.. sama la kita.. jadi mangsa server down.. huhu.. blog aku kt sepaku ade lagi yg blom pindah.. memang sakit hati asyik down je.. better cari hosting lain jela.. T___T

  3. Salam ziarah & salam kenalan,

    Tersinggah sini bile cari2 hosting provider. Tgh berkira2 nk pindah. Jemput datang ke blog ku yg tgh mati sbb tak pindah lagik. :whistle:

  4. hehe, aku sendiri pon da beralih ke WP. :whistle:
    aku suggest sepakuhosting :happy:
    murah dan berbaloi.
    .-= Post terbaru Ikhwan di blog beliau.. Percubaan pertama =-.

  5. saya tgk sepaku hosting murah gile..
    tapi best ke???server selalu down x???
    .-= Post terbaru hassaidi di blog beliau.. 101 senarai DoFollow Blog =-.

  6. ko dah pindah ke nam?
    aku pun rasa nak pindah laa..
    sbb ada mslh dgn hosting skrg..
    tp mcm mana nak pindah file kita ke server baru eh? :angel:
    .-= Post terbaru dhiyafaris.com di blog beliau.. Lorem Ipsum =-.

    • @dhiyafaris.com,
      td aku ym dengan nikuve, die ckp keje2 transfer tu boleh bg pihak hosting uruskan.. kite just bg diorang access akaun kite, then semua diorang akan uruskan..

  7. Service mantap beb.. Blog aku ilang db aritu.. Anta support ticket kul 2~3 pagi.. Ada lagi staff DataKL yg idop.. X smpai 20min db dah restore.. Btw x silap aku diorang buat backup hari2.. So agak selamat la klau site ada error apa2 ker.. Kna hijack ker.. :dizzy:
    Tp klau kudukut sangat buat PC sndiri jer jadi webserver.. On PC 24jam.. Tp klau stimix masuk air ko pun msti kuar asap pnya.. :biggrin: Bt PC sndiri jadi webserver mmg senang.. Tp klau x secure say babai la klau kena hijack.. Wataaaa.. :blink:
    .-= Post terbaru KertaZ di blog beliau.. Ramadhan datang lagi.. =-.

  8. @Anarm, Pkai pakej dataone dpt host 6 domain.. baru Rm145.. Ok la 2.. Aku pun nnti nk upgrade.. Tgok ah klau ada rejeki.. Amin.. :whistle:
    Aku recommend DataKL dengan ServerFreak.. Btw ko tengok pakej dua2 hoster ni.. Aku rasa DataKL lagi bgus.. Space ngan Bndwidth lagi byk dari serverfreak.. Feature lain sama jer..
    One more thing.. Slalunya hoster yg bagi harga murah ni byk con’s dari pro’s.. :wink:
    .-= Post terbaru KertaZ di blog beliau.. Phishing? Apa tu? =-.

    • @KertaZ,
      tu laa.. aku ingt nk pkai DataKL..
      pasal member aku ramai yg rekemen yg tu..
      diorang ckp terbaik..
      RM145 kira ok la tu.. lagipon bayar utk setahun..
      takkan tu pn kemut.. kan? kan?

  9. bil api n air utk selangor yg bawah rm20 takyah bayo.. dulu before ada stremayx mmg aku tak penah bayo lektik.. tapi lani ades, kene kaw2 nya.. haha.. air tetap free.. bestnya..

    aku pon nak pindah host bulan mac ni..
    .-= Post terbaru Kill-Vearn di blog beliau.. Ramadhan Kembali: Selamat Berpuasa =-.

    • @Kill-Vearn,
      tu la pasal.. bwh pada 20 memang xyah bayor..
      (RM20 ke 20m3 bro?)
      skang smpai je bil.. RM36..
      sampai bil lg.. RM36..
      what the fuck!! :angry:

  10. Aku rasa mcm kenal jer orang yg tlong check kt mana server blog ko ni..
    Biasa la.. Rmai org nk cari hoster yg murah tp lupa nk tengok detail2 hoster tu.. Contoh mcm aku dah 3 kali tuka hoster.. Nsib baik Suhz recommend DataKL.. Sblum aku nk pindah ke DataKL aku anta byk support ticket tnya macam2.. Dari A smpai Z.. Dah puas ati aku pusing2 google plak tengok review site yg guna DataKL.. 2 ari aku pusing2 google smua review aku jumpa positif feedback.. :w00t:
    Recommended = DataKL.. Support & Uptime = Excellent.. Datacenter = KL ker cyberjaya ntah..
    Fivio baik ko reject siap2.. Ko tgok TBD baper kali down? Lahai.. Tembak jer Ficio tu ngan M-16..
    NetKL aku x tau mcm mna.. Sepaku hosting mmg aku reject siap2.. Jgn tnya knapa.. :getlost:
    .-= Post terbaru KertaZ di blog beliau.. Phishing? Apa tu? =-.

    • @KertaZ,
      aku pn ingt nk pkai DataKL..
      member aku ramai yg rekemen DataKL..
      tp yg paling murah pn dpt host 1 domain je kn?
      aku nk bleh taruk 2 3 domain pn ok laa..

  11. ko wat jer server @ hosting sendiri..wakakakka..entah la..
    aku setakat ni msh berkeyakinan ngn sepaku..sbb die nye support customer best..aku YM x pon kol trs die watkan ape yg aku nak…dulu mase kene hack pun die tlg aku settlekan skang aku nak kosongkan blog aku pon just ckp YM trs die watkan…

    Terpulang la kpd ko mmlh…

  12. kalau aku dok tempat ko pon…pening kepala.. :cwy:
    .-= Post terbaru MyDailyBlog.Info di blog beliau.. Analisis dan Analisis ! =-.

  13. ngee…
    hehe.. :smile:
    mana ade berat org view blog dia..
    ok je..laju je dia loading.. :tongue:
    xtau nak suh dia guna hosting ape
    org pun br lg dlm dunia ni
    hehe..duk pun kat blogspot je
    dh maju ckit nnt br nak lompat2..
    .-= Post terbaru nzms_ein di blog beliau.. happy birthday =-.

  14. :biggrin: huh, guna Cubiex ke skrg ni? aku rasa tak yakin dengan cubiex ni, ntah la. Macam orang perseorangan ja urus Cubiex tu.

    Nak cadang suruh beli hosting yg mana pun tak tau, sebab ada kelebihan dan kelemahan.

    Jadi, aku cadangkan pilih syarikat yang dah lama menyediakan pakej webhost ni. Dan mempunyai kontek yg terperinci. Mudah untuk masa akan datang. Support yang bagus, cepat dan memahami kehendak pengguna.

    Itu saja.. kalo ada apa2 tambahan, lepas ni tambah. ok.
    .-= Post terbaru arynet di blog beliau.. Rukun Puasa =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *