AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Aku Menang Hadiah Best

Aku Menang Hadiah Best

09/01/2009 Anarm 8 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Aku suka sangat hari ni. Rasa bertuah betul tadi (semalam) sebab aku menang hadiah best.

Cerita dia macam ni.

Aku keluar makan kat kedai mamak dengan member aku. Layan lepak, pekena ais kosong segelas dengan nasi sepinggan.

Lepas tu aku naik ofis semula. Buka je pintu ofis, aku terdengar bunyi lagu sumbang gila. Masa tu aku separa sedar sebab mengantuk. Ingat nak balik tidur je.

Teka Lagu Rosak

Sebelum balik, aku lepak dulu sekejap sambil dengar lagu yang sumbang kat Rilek.net (radio online). Web tu ada buat satu pertandingan “Teka Lagu Rosak” tadi.

Menang Hadiah Teka Lagu Rosak

Aku dah pernah join sebelum ni, tapi jadi malas dah sebab lagu yang nak kena teka tu semua susah-susah. Ada lagu yang dah jadi macam suara Chipmunks, macam suara katak. Macam-macam lah.

Lebih kurang pukul 10 malam tadi (semalam), DJ Ell yang putarkan lagu-lagu kat radio Rilek FM. Entah macam mana, semasa dia putarkan lagu yang dirosakkan tu, aku rasa macam tahu je lagu tu lagu apa. Macam pernah dengar.

Aku pun selamba jela contact melalui YM dia, bagitau jawapan teka lagu tu. Takda rasa apa-apa pun masa tu. Konfiden takda, yakin pun takde. Saja mengada-ngada nak meneka.

Lepas tu aku terkejut sebab DJ Ell bagitau aku dah jawab dengan betul. Aku jadi blur sekejap masa tu. Macam tak percaya jawapan aku betul.

DJ Ell bagitau, window YM aku dengan member aku, Bluefrog pop-up naik serentak. Tapi jawapan aku lagi tepat sebab Bluefrog tersalah jawab nama artis. Haha..

“Katak.. Ko nak tak hosting ni tak? Aku jual murah-murah je. Harga member-member”

Ok.. Kat sini aku nak taruk lagu bertuah aku. Lagu ni la yang aku dapat teka dengan betul tadi (semalam). Haha. Best betul menang hadiah. Dah la hadiah tu benda yang aku memang nak sekarang ni. Macam tau-tau je.

Jom layan.. Bunkface – Silly Lily


Download lagu ni kat SINI (.mp3)

Menang Hadiah Web Hosting

Ayaakk.. Lupa pulak nak bagitau korang pasal hadiah tu. Aku dapat hadiah WEB HOSTING LINUX yang berharga RM150. Hadiah ditaja oleh My E Tribes. Best siot.

Memang dah lama aku kumpul duit nak beli hosting. Rezeki aku la tadi (sebenarnye semalam) dapat hosting dengan tak perlu keluar duit 1 sen pun.

Tapi kena keluar duit jugak la sikit untuk beli nama domain. Ada hosting tapi takda domain, takda makna jugak kan?

Aku nak beli domain apa ek? .com? .com.my? .net? .my? Korang tau tak kat mana aku boleh beli domain? Nak domain yang harga dia agak murah sikit. Aku nak .com

Ok lah.. Nantikan kemunculan 1 lagi weblog aku yang bakal menggegarkan ruang legar internet dunia. Haha.

Rasa macam banyak ayat poyo pulak entri aku yang ni

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Aku Nak Pindah Rumah
  • Meredah Lautan Demi Sebuah Hosting

Kategori : Santai Keyword : hosting, linux, myetribes, rilek, web hosting

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Selamat Tinggal Dua Ribu Lapan (2008)
Next article:
Google Tampil dengan Favicon Baru

8 Comments

  1. chokilala says

    11/01/2009 at 8:01 PM

    seronoknya dia. best betul dapat hadiah hebat. cuma teka lagu je ye? macam mana nak dengar radio ni?

    chokilala’s last blog post..Lipas pun ada rumah ke? Erk!

    Reply
  2. anarm™ says

    09/01/2009 at 6:16 PM

    tak sangka lak ko boleh jerit bile dengar aku menang ek.. mesti ko jeles, geram, bengang sgt² kat aku kan? kan? hahaha.. sape nak hosting linux? angkat tangan!!

    huh! rasa macam best je kalo aku buat competition komen paling best dalam blog aku ni.. hadiahnya, WEB HOSTING LINUX.. errr.. aku pikir dulu lah nak wat ke tak.. hahaha..

    Reply
  3. army4war says

    09/01/2009 at 2:44 PM

    tahniah tahniah.. hahaha… memang kelakar semalam.. jerit sensorang aku semalam dalam bilik.. hahaha…

    army4war’s last blog post..bosan vs suka suki

    Reply
  4. DJ Ell says

    09/01/2009 at 10:10 AM

    Tahniah… tahniah…. Ramai lagi yang bengang gile teke salah… aku rase xerox lagi bengang sebab dier jawap salah satu lagu rosak tuh typo error.. takde “D'” untuk D’cinnamons

    Reply
  5. Silolo says

    09/01/2009 at 9:19 AM

    ahahahahha =)) mmg poyo gilerrr…

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy