Aku Cinta Masalah

Aku Cinta Masalah.. Cuba kita berfikir sejenak dan tanya soalan ini pada diri kita.

Kenapa kita dilahirkan di bumi ini? Kenapa ada yang hidup bahagia sedangkan ramai yang kecundang dalam kehidupan mereka? Apakah sebenarnya rahsia mereka?

aku cinta masalah

Manusia diberikan akal dan fikirkan untuk kita berfikir dan mencari jawapan kepada setiap persoalan yang terlintas di hati kita.

Segala rahsianya terletak pada keupayaan “Persepsi Minda”.

Persepsi Minda merupakan suatu hala tuju dalam meniti kehidupan di mana jika persepsi minda ini sentiasa positif, maka positiflah hala tuju kehidupan kita.

Namun, jika ia sentiasa berada dalam keadaan negatif, maka negatiflah jadinya.

Hidup ini hanya sekali. Oleh itu, hargailah kehidupan ini sementara kita diberi kesempatan oleh Allah untuk menghirup udara di bumi ini.

Jadikanlah setiap langkah dalam kehidupan kita sebagai langkah perjalanan menuju syurga Allah S.W.T. Semuanya bergantung pada pilihan dan kehendak kita.

Oleh itu, pandulah ia dengan bijak.

Petikan Buku “Aku Cinta Masalah”

Ayat di atas tadi merupakan petikan dari buku “Aku Cinta Masalah” yang aku beli tengahari tadi. Harga buku RM12 je beli dengan orang buat direct selling yang selalu datang menjual time aku dan kawan-kawan sepejabat tengah lunch makan nasi.

Aku jarang melayan orang yang buat direct selling sebab biasanya produk yang diorang jual tak berapa menarik. Dah sebulan lebih rasanya aku berdepan dengan direct seller yang jual buku.

Kalau setakat buku-buku macam tu bila-bila masa je aku boleh google baca kat internet.

Bukan niat aku nak menghina buku. Buku tu bagus. Cuma tak berapa sesuai dengan aku.

Buku-buku yang aku dapat sebelum ni pun banyak lagi yang aku tak sempat nak baca. Kalau baca ebook memang aku pulun baca sampai habis terus.

Tapi tadi boleh pulak terbeli buku “Aku Cinta Masalah” ni. Salah satu sebab aku terbeli buku ni kerana ianya buku MOTIVASI. Aku suka buku berunsurkan motivasi.

Sebab yang lain pula buku ni nampak macam menarik dengan 99 mukasurat berwarna ditambah pula dengan grafiknya yang agak cantik dalam setiap mukasurat.

Entah bila agaknya baru boleh habiskan baca buku ni. Hermm…

4 Comments

  1. masalah ni ada dua..samada kita yang cari masalah atau masalah yang cari kita…walau apa-apa pun kita tetap kena hadapai dan atasi masalah tersebut…jangan sesekali kita lari dari masalah…sebab selepas kita lari…maslah lama mengejar kita…masalah baru sedang menanti kita…nanti kita tersepit diantara maslah yang bertimbun2 :biggrin:

  2. Manusia tdk dpt lari dari masalah,so pandai-pandailah mengatasinya,kalu dpt baca buku”Aku Cinta Masalah” ni mgkin senang sikit kita slesaikan masalah…ade dlm ebuku ke ni bro…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *