Dalam entri yang lepas aku ada ceritakan tentang percutian menarik di Cameron Highlands. Memang sangat best dan menarik sampai sekarang aku rasa nak pergi lagi ke Strawberry Park Resort di Cameron Highlands tu.
Asyik terbayang keindahan panorama kat situ dan juga makanan-makanan sedap dan lazat yang disediakan.
Tapi aku tak nak cerita tentang makanan sedap di Strawberry Park Resort sebab perut aku pun tengah kenyang lagi. Takut muak pulak tengok gambar makanan.
Kali ni aku nak berkongsi pengalaman menarik dengan korang tentang aktiviti menarik di Cameron Highlands yang aku dan beberapa orang rakan buat semasa bercuti di Cameron Highlands.
Terima kasih kepada Strawberry Park Resort dan uncle van persiaran kerana bawa kami jalan-jalan dan pusing-pusing sekitar Tanah Tinggi Cameron.
Strawberry Park Resort tempat penginapan bertaraf 4 bintang di Cameron Highlands. Layari laman web Strawberry Park Resort untuk maklumat lanjut.
Melawat Ladang Teh BOH Sungei Palas
Sejak dari kecik lagi sebenarnya aku teringin sangat pergi Cameron Highlands nak tengok ladang teh kat situ. Biasa tengok dalam TV je.
Akhirnya dapat juga aku jalan-jalan di Cameron Highlands dan menjejakkan kaki di Ladang Teh BOH. Pemandangan ladang teh seluas 8,000 ekar ni memang cantik!
Di Ladang Teh BOH atau BOH Tea Plantation ni korang perlu menaiki kenderaan ringan menyusuri jalannya yang kecil, sempit dan penuh dengan selekoh.
Ada beberapa selekoh yang bahaya sikit sebab terlindung dengan bukit. Bila tiba di selekoh tu perlulah membunyikan hon lebih kurang sebanyak 2 kali sebagai isyarat supaya tak bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.
Kilang Memproses Teh (BOH Tea Plantation Centre)
Di kilang memproses teh BOH ni kita boleh tengok bagaimana mesin dan pekerja-pekerjanya memproses teh BOH yang kita selalu minum tu.
Ada beberapa peringkat dan bahagian yang perlu dilakukan dalam memproses teh BOH ni sebelum boleh dibungkus dan dijual kepada orang ramai. Mesin yang digunakan pun nampak canggih.
Masuk melawat kilang teh BOH ni adalah PERCUMA.
Lebah Raksasa di Honey Bee Farm, Cameron Highlands
Haa.. Kan aku dah cakap ada lebah raksasa di Honey Bee Farm ni. Besar kan? Hehe..
Honey Bee Farm ni merupakan tempat ternakan lebah. Masa kami datang situ lebah-lebah semua tak banyak yang keluar. Tidur dalam kotak tu kot.
Di Honey Bee Farm juga terdapat kedai yang menjual produk-produk madu lebah asli. Ada banyak produk-produk berasaskan madu lebah dijual di sini. Boleh pilih dan beli produk mana yang berkenan.
Pembayaran boleh dibuat menggunakan wang tunai dan juga kad debit/kredit.
Butterfly Garden di Cameron Highlands
Lepas dah pergi tengok lebah di Honey Bee Farm, kami dibawa pula ke Butterfly Garden atau Taman Rama-Rama. Aku suka rama-rama!
Nak masuk dalam tengok rama-rama dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Strawberry Sedap di Raju’s Hill Strawberry Farm
Sedapnya buah strawberry di Raju’s Hill Strawberry Farm.
Pada mulanya kami nak beli bawa balik ke bilik di Strawberry Park Resort sebelum bawa pulang ke Bangi. Tapi atas saranan Raju sendiri, kami beli pada keesokan harinya sebelum balik ke Bangi supaya buah strawberry tu fresh lagi bila sampai Bangi.
Bunga ros cantik di Rose Centre, Cameron Highlands
Rose centre ni dibuka pada jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Bayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Cantik-cantik bunga ros kat Rose Centre ni.
Tak percaya, cuba tengok reaksi ‘orang’ dalam gambar kat bawah ni. “Cantiknye!”
Shopping di Kea Farm Market, Cameron Highlands
Market ni sama je macam market atau pasar yang biasa kita pergi. Cuma yang berbeza sebab banyak produk dan hasil tanaman yang hanya ada di Cameron Highlands.
Kat sini first time aku makan strawberry celup coklat. Sedap!
Habis jalan-jalan di Cameron Highlands, kami pun balik ke Strawberry Park Resorts untuk berehat. Best juga pergi bercuti di Cameron Highlands.
Bertambah best bila dapat menginap di Strawberry Park Resort yang bertaraf 4 bintang.
Di Strawberry Park Resort ni pun ada aktiviti boleh kita buat. Contohnya kalau badan rasa lenguh-lenguh, boleh manjakan diri dengan aktiviti urut-urut badan di Mandrayu Spa, jakuzi, berenang dan berendam dalam swimming pool, dan macam-macam aktiviti lain lagi.
Jemput ‘Like’ Facebook Page Strawberry Park Resort untuk dapatkan maklumat tentang Strawberry Park Resort dengan pantas dan berita-berita promosi yang terkini.
Nanti nak ronda puas2 kat sini, almaklumlah dapat pakej 3H2M :D
@Myra Jay, ok dah tu 3H2M.. banyak tempat best boleh ronda kat sana.. mesti rasa nak pergi lagi nanti..
wah best nye dpt jadi team DH..dpt gi cameron highland.
rasa mcm dh lama tak pergi sana…
dah lama dah tak pergi jalan-jalan ni. kena cari port baik.
@Fazreen, port memang baik.. set timing je pastu terus pergi.. serius best!
Terima kasih atas perkongsian. Mudahlah saya nak bawa keluarga bercuti nanti. Saya sudah pin gambar tuan untuk memudahkan saya rujuk semula lain kali. :wink:
@mykrk, sama-sama.. harap dapat berseronok bila bawa keluarga bercuti di sana nanti..
ingin pergi..tp kadar harga penginapan disana agak mahal juga ya..
@Jebeng Otai™, rasa macam agak mahal tapi berbaloi menginap kat situ.. hari tu ternampak kat facebook page dia ada buat promosi.. murah sikit..
wah bestnya
nanti cuti sekolah nak berlibur kat sini la pulak
@auc dot com, silakan.. memang best berlibur kat sana..
Banyak juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana ek.. :D
@anif, ada banyak aktiviti boleh buat.. tu pon ada lagi sikit2 yang aku tak masukkan..
Bro Jaws beli madu untuk stok yer bro? :-)