AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Adsense » Aktifkan Semula Iklan Google Adsense

Aktifkan Semula Iklan Google Adsense

04/04/2013 Anarm 51 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Dah lama jugak aku tinggalkan Google Adsense. Dulu seronok buat duit dengan iklan Google Adsense ni.

Tapi aku terpaksa dan dipaksa berhenti sebab dapat email notification dari encik Google yang mengatakan ada blog aku yang dah melanggar terma dan syarat serta polisi Google Adsense.

Iklan Google Adsense Disekat

Kesan daripada tu menyebabkan Google sekat semua iklan untuk akaun Google Adsense aku. Lepas dah disekat, iklan pun dah tak keluar dah, terus aku tak pakai Google Adsense sampai sekarang.

Buat apa pasang adsense kat blog kalau tak keluar iklan, kan?

buat duit dengan iklan google adsense

Buat Rayuan Google Adsense

Sekarang ni aku dalam proses nak aktifkan semula iklan Google Adsense. Minggu lepas aku ada hantar surat rayuan kepada Google untuk minta diorang re-enable ad serving bagi akaun Google Adsense aku.

Malam tadi baru aku terima email reply daripada Google berkenaan isu ni.

Tapi… rayuan aku TAK BERJAYA sebab blog yang menggunakan Google Adsense tu masih ada content yang tak dibenarkan. Adehh..

google adsense policy violation appeal

Email daripada team Google Adsense berkenaan rayuan pelanggaran polisi pengiklanan

Rasanya aku dah buang semua benda yang menjadi punca Google Adsense kena block. Tapi bila aku check balik tadi memang ada lagi content yang tak dibenarkan. Hehe.

Dah delete semua dah. Harap-harap surat rayuan yang akan dihantar sekali lagi lepas ni diterima oleh pihak Google dan diaktifkan semula iklan Google Adsense tu.

Ada sesetengah orang bagitau susah sikit berurusan dengan Google untuk kes berkaitan masalah Google Adsense ni. Ye kot.

Aku usaha dulu lah mana tahu masih ada rezeki, masalah iklan kena disable akan selesai dan dapat kembali buat duit dengan iklan Google Adsense.

Nak buat akaun baru untuk Google Adsense macam susah nak lepas je sekarang ni. Buat rayuan untuk akaun yang sedia ada mungkin senang sikit kot. Rindu nak merasa pendapatan daripada Google Adsense.

Ada tak rakan blogger yang punyai pengalaman berkaitan Google Adsense? Pernah tak iklan Adsense kena block? Macam mana korang buat untuk aktifkan balik iklan Google Adsense tu? Kongsi-kongsi la pengalaman tu kat ruangan komen ek..

Bagi sesiapa yang ada masalah berkaitan iklan Google Adsense kena block boleh rujuk info bantuan KAT SINI.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Adsense Keyword : buat duit dengan blog, buat duit dengan google adsense, cara buat google adsense, daftar adsense, google adsense, iklan google adsense kena block, langgar polisi google adsense, polisi google adsense, rahsia google adsense, rayuan iklan adsense, reenable google adsense ad serving, terma dan syarat google adsense

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Parlimen Malaysia Dibubarkan Berkuatkuasa Hari Ini
Next article:
Semak Status Daftar Pemilih Persiapan Mengundi PRU13

51 Comments

  1. saufi says

    22/01/2015 at 8:55 PM

    aduh ramai rupenya kena block.. sama la dengan sy.. ada tip tak nak selesaikan masalah ni.. kalau ada link blog lain yg kasi idea atau tip nak re-enablekan balik adsense lagi ok.. harap boleh share ..

    Reply
  2. mohd harizal says

    18/12/2014 at 10:20 PM

    Saya ada masalah pasal adsense daj kena block.
    Boleh tak di selamat kan

    Reply
  3. UpProfits says

    05/05/2014 at 7:24 PM

    Ada cara ker untuk aktifkan semula akaun Adsense nih? Nak tahu juga..

    Reply
  4. Pemikir says

    04/07/2013 at 3:28 PM

    Akaun saya yang jumlahnya agak banyak juga di block oleh adsense. pelik juga alansnanya… fraud click… dah banyak kali buat rayuan.. namun tetap gagal..

    Reply
    • Oh! Dakwah says

      15/04/2014 at 10:45 PM

      den ada maslh . adsense disable da .. xtau nk buat mcam mana da ..

      Reply
      • Anarm says

        16/04/2014 at 1:14 AM

        Dah try buat rayuan kat adsense? Kadang2 kita tak perasan terlanggar terma dan syarat dia.. sebab tu kena disable..

        Reply
  5. Rina says

    02/07/2013 at 3:01 PM

    saya pernah buat akun google adsense dengan flixya tahun 2011 lalu. tak beselanng lama flixya di banned oleh Google adsense jadinya akun saya terkena imbasnya, saya tak dapat berbuat apapun. Insya Allah nanti mau buat lagi tapi dengan domain dan alamat rumah yang sedikit dirubah, semoga bisa nie :biggrin:

    Reply
  6. syamsul says

    18/04/2013 at 9:09 PM

    Adsense dh kena Ban terus..rayuan tidak dilyn.. :cwy:

    Reply
  7. MindaKini says

    10/04/2013 at 11:50 AM

    memang sussh bermain dengan adesese nie, kena kena banyak bersabar dan jangan cepat putus asa,

    Reply
  8. Hanif Menhad says

    07/04/2013 at 9:10 AM

    wah, hangat berbincag kat cni, macam forum pulak, dulu ada jugak daftar google ads, tp xpenak install kat blog, la ni baru nak mula semula dgn nuffnang…

    nak tanye, apa beza google ads dengan nuffnang ni sampai mcm ni kerja keras nak enable kan tu? thanx :happy:

    Reply
  9. Hairul Azni says

    06/04/2013 at 10:03 AM

    Susah nak lepas kalau apply Google Adsense sekarang ni..rasa rugi dulu2 tak apply..

    Reply
  10. Wan Gerrard says

    06/04/2013 at 1:02 AM

    tak perasan macam mana dah boleh ada akaun adsense ni, mungkin dulu pernah apply kot..sekarang baru nak cuba kalau boleh buat duit :happy:

    Reply
  11. Mus says

    05/04/2013 at 11:38 PM

    saya dah patah hati dengan Google Adsense..

    Reply
  12. Bro Framestone says

    05/04/2013 at 9:41 PM

    2 blog bro kena block dari iklan adsense..

    Dah buat rayuan tetapi tiada balasan dari pihak mereka.

    Reply
  13. papa mifz says

    05/04/2013 at 7:08 PM

    den takde akaun adsense lagi…tak terfikir pula nak buka akaun…mungkin di masa hadapan…

    Reply
  14. AkmaOmar says

    05/04/2013 at 4:03 PM

    Sy belum ada lagi akaun Google adsense ni… senang tak kalau nak apply?

    Reply
    • Anarm says

      05/04/2013 at 4:32 PM

      Sekarang ni dengar cerita dah susah nak apply.. Kalau dulu2 senang je.. Tapi boleh je try apply.. Mana tahu ada rezeki, akaun di-approve oleh Google, dapat buat duit dengan adsense pulak..

      Reply
  15. galut says

    05/04/2013 at 3:20 PM

    Dulu pernah ada akaun tapi kena block,pernah mohon rayuan tapi tidak dilayan,tak tau skrang macamana,mgkin bole cuba lagi…!

    Reply
    • Anarm says

      05/04/2013 at 4:29 PM

      Kena cuba lagi tu.. Mana tahu kali ni diorang layan rayuan yang dibuat..

      Reply
  16. Ummi Hanie says

    05/04/2013 at 12:58 AM

    jom kita gasak Adsense…. :lol:

    rasa2nya sy pun pernah merasa iklan adsense tak mau keluar… entah mcmmana sy godek2, keluar semula… syukur….

    ada tips nk cepat cash out? ;)

    Reply
  17. wazy says

    04/04/2013 at 11:13 PM

    Kes aku plak,banyak kena disable je akaun google adsense ni,ada akaun terbaru tetapi masih dalam review pula

    Reply
  18. auc says

    04/04/2013 at 8:41 PM

    dah boring aply x pernahnye dapat, ade je yg x kena :cool:

    Reply
  19. Shahrul says

    04/04/2013 at 6:42 PM

    Adsense mmg leceh..mereka betul-betul teliti

    Reply
  20. ejam says

    04/04/2013 at 4:29 PM

    semoga berjaya rayuan kau bro, aku blom ada pengalaman pakai google ads lagi..

    Reply
  21. sukma says

    04/04/2013 at 4:11 PM

    masih lagi dgn Nuffnang…google adsense belum pernah try…

    Reply
  22. Ibu Mifzal Arsyad says

    04/04/2013 at 2:32 PM

    hope akan dpt re -enable balik..adsense kt blog bro.

    mmg sedih bila google blocked iklan kt blog..sy pun kena..3 kali rayuan baru berjaya..sebulan jugak la menunggu..

    sy punya sbb bubuh script adsense kt alternate ads komli. mujur Yanmie ada citer dlm blog dia..kalau x mmg dah nak putus asa jugak la..sbb 2 kali rayuan sblm itu google reject..

    pas dah buang alternate ads komli..baru la google re enable balik..huhu..kena berhati2 la pas ni…

    Reply
  23. hafizrahim says

    04/04/2013 at 1:47 PM

    Aku sampai sekarang tak appeal lagi..rasa macam x boleh dah kot unless aku buat blog baru..hahaha

    Reply
  24. titan says

    04/04/2013 at 12:18 PM

    hoho..adsense..oh adsense..

    Reply
  25. Bean Moreno says

    04/04/2013 at 12:10 PM

    Nam betul ke boleh activekan balik akaun google adsence?dia boleh ke approve bila tau content dalam BM

    Reply
    • Anarm says

      04/04/2013 at 1:10 PM

      Boleh je aktifkan balik akaun adsense.. Kalau content dalam BM tu aku tak pasti.. Rasanya setakat ni adsense hanya terima content dalam BI je.. Kalau yang BM tu mungkin blog tu special sikit..

      Reply
      • Ibu Mifzal Arsyad says

        04/04/2013 at 2:26 PM

        bro..websiter or satu akaun google yg kena ban?

        mcm sy kena jgk adsense di blog sy. pas dah buang alternate ads komli tu. okay..dapat re enable balik.. blog sy blog bm.

        rsnya yg x leh tu masa nak mohon adsense je kena blog BI..pastu kalau bubuh code dlm blog BM x de masalah..

        Reply
  26. Norfanil says

    04/04/2013 at 11:57 AM

    Apa content yg tak dibenarkan tu? Blog bi ea?

    Reply
    • Anarm says

      04/04/2013 at 1:09 PM

      Content yang tak dibenarkan tu yang ada copyright, berkongsi benda2 cetak rompak, dan lain2.. Google ada tulis dalam polisi Google Adsense..

      Setakat ni adsense memang guna untuk blog BI.. Blog BM ada sesetengah blogger je dapat keistimewaan untuk dapat iklan..

      Reply
  27. afif says

    04/04/2013 at 11:56 AM

    tula susah sekarang ni..kene buat blog bahasa inggeris baru boleh apply..saya cuba pakai platform ketiga untuk apply pun x boleh.

    Reply
    • Anarm says

      04/04/2013 at 1:04 PM

      Dulu buat blog bahasa inggeris guna blogspot je untuk approve akaun adsense.. Bila akaun dah approve, terus tak bukak2 dah blog tu..

      Reply
  28. azrijohan says

    04/04/2013 at 11:56 AM

    wah untungnya GOogle reply appeal tu dan terangkan masalah part mana, saya punya dia buat bodo je… mungkin sebab dah mrah sangat kot. Redha je lahh.. huhu

    Reply
    • Anarm says

      04/04/2013 at 12:12 PM

      Google memang akan bagitau part mana yang ada masalah.. Siap bagi tips apa yg perlu dibuat.. Lepas tu kita just setelkan je bahagian yang bermasalah tu..

      Rasa rugi pulak dah ada akaun adsense yg dah approve tapi kena block.. Sebab tu cuba appeal minta Google aktifkan balik.. Nak create akaun baru sekarang ni macam dah susah nak approve dari Google.. tak macam dulu senang je..

      Reply
  29. Datin Tyka says

    04/04/2013 at 11:55 AM

    masih tak ada pengalaman dari mana mana iklan.. setia dengan nuffnang.. he he

    Reply
    • Anarm says

      04/04/2013 at 12:04 PM

      Apa kata cuba daftar akaun Google Adsense.. Iklan adsense dibenarkan letak sekali dengan Nuffnang.. Nuffnang pun tak marah.. Boleh jugak gandakan earning dari blog..

      Reply
  30. zuls says

    04/04/2013 at 11:44 AM

    adsense belum kena ban lagi. Harap-harap tak kena la.

    Reply
    • Anarm says

      04/04/2013 at 11:51 AM

      Susah ooo bila adsense kena ban atau kena block..

      Reply
  31. akubiomed says

    04/04/2013 at 11:30 AM

    Kena ban juga dengan Google disebabkan teknikal isu yang tidak disengajakan kerana pemilihan tajuk menyebabkan pihak Google salah sangka berniat tidak baik. Sudah 2 kali buat rayuan tak lepas.

    Reply
    • Anarm says

      04/04/2013 at 11:44 AM

      Wahh.. Sebab tajuk pun sampai efek pada akaun Adsense.. Memang ketat betullah syarat Google ni.. Kena hati2..

      Dah try buat rayuan lagi ke? atau dah putus asa? :tongue:

      Reply
  32. yanmie says

    04/04/2013 at 11:18 AM

    Salam,

    Kalau dah buang sebab2 tu semua…jangan risaulah mesti blh dpt balik tu, percayalah..google tak kejam mana pun kekekeke, baru ni ada member minta re-enable kan semula ads pun dpt juga, bln lepas kot.

    so good luck, syiok dpt income adsense ni, tggu hujung bln ni plak nk amik duit adsense lg kekeke

    Reply
    • Anarm says

      04/04/2013 at 11:41 AM

      Waalaikumussalam..

      Nak merayu mintak Google enable kan balik iklan adsense sebab dengki tengok Kak Yan dapat duit adsense bulan2.. Haha..

      Harap2 rayuan seterusnya akan berjaya..

      Reply
  33. Orang Akaun says

    04/04/2013 at 10:49 AM

    Aku harituh Google disable account aku. Kata dia langgar polisi. Actually pasal gambar, bila klik akan pi ke attachment page, bukan ke image page. So, attachment page tuh la dia kata langgar polisi. Konon macam aku manipulate traffic la dengan blog post tak ada content padahal tuh attachment page ja.
    Blog aku pon ada gak post BM dulu2 ni. 100+ gak kot. Aku delete ja semua yang BM tuh, so tinggal english ja. Walaupon kebanyakkan post tuh dok bagi organic traffic, terpaksa la aku let go. Nak Adsense punya pasal.
    Then aku isi form rayuan tuh. So skang dah aktif balik dah. Iklan pon dah ada balik.

    #Adsense disable untuk domain kakuleter ja. Bukan akaun terus.

    Reply
    • Anarm says

      04/04/2013 at 11:27 AM

      Maknanya setiap image kat blog kita tak boleh linkkan ke attachment page?

      Aku tengah tunggu jawapan dari Google.. Harap2 berjaya enable balik iklan untuk adsense aku..

      Reply
  34. Neu says

    04/04/2013 at 10:45 AM

    Kadang kala kategori atau tags blog juga boleh bawa masalah dgn adsense ni. Sebolehnya cek bahagian tu jg baru appeal balik.

    Reply
    • Anarm says

      04/04/2013 at 11:36 AM

      Orait.. Ada juga terbaca pasal tu.. Yang lain dah setel, cuma tinggal nak check bahagian kategori dan tags je sekarang ni..

      Reply
  35. Oneblogsocial.com says

    04/04/2013 at 10:44 AM

    Saya baru daftar masih tahap review,jadi belum ada pengalaman seperti ini.

    Reply
    • Anarm says

      04/04/2013 at 11:24 AM

      Kalau baru daftar, kena follow betul2 terma dan syarat yang dah ditetapkan.. Kalau ada terlanggar mana2 polisi Google Adsense, Google akan block iklan di akaun adsense kita.. Ada sesetengah akaun tu boleh terus kena ban..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy