Aktifkan Kad Debit Maybank Untuk Kegunaan PayPal

Dah beberapa hari akaun PayPal aku bermasalah tak boleh nak buat sebarang transaksi. Aku syak mesti sebab aku tukar kad debit Maybank yang baru hari tu. Kad debit lama cip dia dah rosak.

Nak guna untuk shopping online pun tak boleh, dan ada beberapa domain tak dapat nak renew (beli dari provider luar negara). Tarikh tamat tempoh dah dekat.

Aku cuba setting balik masukkan detail kad debit dalam akaun PayPal, tapi tak boleh. Keluar ayat:

The bank that issued your card didn’t approve this transaction.

Pelik betul. Sebelum ni pun aku pernah tukar kad debit baru tapi ok je. Takkan kad baru Maybank ni ada problem?

Ke sebab kad baru ni guna Maybank MasterCard Platinum Debit? Kad sebelum ni guna Maybank “Superman” Visa Debit Card.

Ada beza ke kad debit Visa dengan MasterCard?

Maybank MasterCard Platinum Debit

Untuk selesaikan masalah ni aku cuba tanya pihak Maybank melalui Facebook page mereka. Respon dari pihak Maybank:

Untuk kegunaan dalam talian kad debit anda, anda perlu menghubungi kami di nombor 1300 88 66 88 atau +603 7844 3696 (luar negara) untuk pengaktifan.

Aku pun call Maybank Customer Care. Lepas dengar arahan kena tekan 2, tekan 4, tekan 0, kemudian tekan nombor apa lagi aku dah tak ingat.

Lepas tu baru dapat bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan Maybank.

Susah betul.

Bila aku beritahu tentang masalah nak link-kan kad debit Maybank dengan akaun PayPal, rupanya kena aktifkan dulu kad debit untuk urusan transaksi online, luar negara.

Untuk aktifkan kad debit boleh buat melalui Maybank2U.

Rasa sakit hati pulak bila tahu boleh buat melalui Maybank2U. Apakejadahnya dia suruh call khidmat pelanggan? Baik bagitau terus je cara nak aktifkan masa aku PM kat Facebook.

Rugi credit aku RM3.90 kena caj sebab buat panggilan tu.

Cara Aktifkan Kad Debit Maybank

Berikut adalah cara untuk aktifkan kad debit Maybank. Dalam kes aku ni nak aktifkan untuk urusan PayPal dan kegunaan dalam talian.

  1. Login ke akaun Maybank2U.
  2. Klik pada bahagian “ATM / Debit Card Management“.
     
  3. Maybank ATM / Debit Card Management

  4. Pilih menu “Overseas ATM Facility“.
     
  5. Overseas ATM Facility Maybank

  6. Buat pilihan untuk “Activation“.
     
  7. Activation kad debit MasterCard Maybank

  8. Setkan tarikh mula dan tarikh akhir bagi kad debit yang nak digunakan untuk urusan transaksi online / luar negara (seperti PayPal). Tempoh maksima adalah 12 bulan.
     
  9. Aktifkan kad debit MasterCard Maybank

  10. Kad debit Maybank akan diaktifkan untuk urusan transaksi mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Lepas aku dah aktifkan kad debit dengan cara tu, baru boleh masukkan detail debit dalam akaun PayPal. Tak boleh buat sebelum ni rupanya sebab kad debit belum diaktifkan.

Kenapa Maybank tak aktifkan siap-siap?

Alhamdulillah, dah selesai masalah kad debit Maybank ni. Domain pun dah berjaya renew bayar online guna PayPal. Lepas ni dah boleh shopping macam biasa.

Tapi aku tetap rasa sakit hati. Suruh call customer service sampai RM3.90 credit prepaid aku kena potong apehal?! Susah sangat ke nak bagitau cara melalui PM kat Facebook?

Nak untung lebih kot sebab tu suruh para pelanggan call untuk kenakan caj.

81 Comments

  1. Salam…En..sy dh buat step like ur tutorial d atas…then try buat sekali lg but receive error message ni pulak

    “we were unable to process your credit card registration at this time. we apologize for the inconvenience. please try again at a later date.”

    boleh xplain x npe ade error ni? T.T
    buat byk kali mcm tu jgk jdnye…

  2. Maaf kalau saya nak bertanya..saya baru nk buka akaun paypal..saya follow ni still dpt notis “The bank that issued your card didn’t approve this transaction“. Walhal sy dh pergi bank sebelum lakukan proses ni semua..sy dah aktifkn melalui Maybank2u pon..apa yg saya lihat..dlm PayPal sy belum de any Bank Account..perlu letak dulu ke Bank Account sebelum verified account..?

  3. thanks for the guide, anarmnet. tp brp lama kena tunggu lpas da aktifkan kad debit bru blh masukkn detail debit kt akaun paypal? sbb sy da aktifkan spt cara diatas tp msih x dpt msukkn detail lg

  4. Assalammualaikm..
    Nk tnya.. kad debit mybank yg biasa punya blh activate utk guna paypal jg ke? Sya punya kad debit mybnk yg xde ceri.. yg biasa guna utk draw duit je

  5. Setkan tarikh mula dan tarikh akhir bagi kad debit yang nak digunakan untuk urusan transaksi online / luar negara (seperti PayPal). Apabila sudah tamat Tarikh tu mcm mne Bang.? kne stkan kembali kah.?

  6. andrew santo joseph
    andrew santo joseph

    fuhh nasib baik ada info macam ni…bingai aku dibuat nyer…masterkad ni…chehc..apa apa pun bro TQ banyak banyak….bagi info tersangat penting….

    Me From Sabah
    P/s masih tinggal atas pokok sebab line broadband guna sistem hacking digi unlimited heheheheh

  7. Aslm. Saya mmg dah lama ada akaun paypal ni. Penah buat transaksi jual dan withdraw duit dari paypal ke mbb. Tapi problemnya saya tak pernah bayar guna paypal lagi. Memandangkan saya lebih guna Western Union sblm ni gara2 tak pandai hendak top up (kena guna RHB Online (Wajib ke?). Baru2 ni kawan info bole byr guna paypal ke luar negara melalui Maybank Mastercard Platinum tu…saya da activekan transaction luar negara hari ni (Tq for you great post :) )..dan mmg da pre auth debit RM3.64 & dah dapat pre auth refund RM3.64 balik. Apakah saya sudah boleh send payment ke akaun luar negara? Ada cara2 tak camne nak buat? Tq in advance.

    • Waalaikumussalam.. Kalau mastercard tu dah link dengan akaun PayPal dan dah aktifkan untuk transaksi luar negara, dah boleh guna PayPal untuk buat payment.. Kalau takde duit dalam akaun PayPal, sistem PayPal akan deduct dari akaun Maybank yang kita dah link.. akan kira rate tukaran mata wang yang Paypal dah tetapkan..

      Untuk buat payment guna PayPal cuma perlukan alamat email je.. Alamat email yang orang tu guna masa register akaun PayPal..

      Payment akan transfer ke akaun PayPal orang yang kita bayar.. Lepas tu dia boleh transfer masuk ke akaun bank.. Cara yang sama juga bila kita terima payment dari orang lain..

  8. terima kasih tuan

  9. thank you so much for this!! rupanya kena aktif dulu untuk overseas transaction. i just waisted like an hour+ at the bank changing counters and they didn’t solve my problem and ended up asking me to call 1300 88 66 88 myself… so glad i stumbled upon this before calling the hotline.

    so start date i choose “today” (20/4/2015) and end date 20/4/2016??? so like 12 months later i have to renew this facility again?

    • activation ni kena charge ke? sebab i dh activate via m2u & dia kata pre-auth rm3.70 ditolak apa tu pre-auth? atau itu for paypal sebab lepas activate overseas transaction i terus connect to paypal.

      problemnya debit mastercard saya masih x boleh guna lepas activation (tried on asos.com and bookdepository.com)

      skrg nak call hotline. leceh betul…

      • Pre-auth RM3.70 tu mungkin caj yang dikenakan untuk PayPal.. Biasanya caj pre-auth ni dia akan dipulangkan semula.. Tapi saya pun tak pasti sangat..

        Kalau nak tahu detail kena call customer service Maybank.. atau cuba tanya di facebook rasmi Maybank..

  10. Hai En…sa dh cuba yg encik buat tp d paypal keluar begini .We’re sorry, but that credit card can’t be linked to additional PayPal accounts. Please link a different credit card. …saya guna maybank debit visa…please help…

    • “We’re sorry, but that credit card can’t be linked to additional PayPal accounts. Please link a different credit card.”

      Error tu bermaksud kad tersebut sudah ada link ke akaun PayPal. Satu kad tak boleh link ke lebih daripada satu akaun PayPal. Akan keluar error macam tu.

      Mungkin sebelum ni kad tu dah pernah link ke mana-mana akaun PayPal.

  11. dah try macam kat atas tu melalui maybank2u…masih lagi “The bank that issued your card didn’t approve this transaction“ stress stress…grrrrrrr

  12. Alhamdullilah belum sempat aku nak call maybank centre terus terjumpa artikel bro.,huhu..save rm3.90 aku

  13. kalo sy acc paypall activekan gune easy rhb nye debit acc,
    rhb mmg link paypal,
    cimb bank, pon kalo nk gune debit masterkard, pon kne activekn dimesin,

  14. Assalamualaikum. Encik, boleh tolong terangkan cara penggunaan paypal? Sy baru setup akaun paypal. Sy buat akaun untuk shop online sahaja. Persoalan sy, dalam paypal saya tu tiada duit, perlu ke sy transfer dari maybank ke akaun paypal? Kalau perlu, bagaimana caranya? Maaf banyaj bertanya.

    • Waalaikumussalam.. Kalau ada guna debit card, tak perlu transfer dari Maybank ke PayPal.. Link-kan je debit card tu dengan akaun PayPal.. Bila shop online, PayPal akan guna duit dari akaun debit card..

  15. Salam… Slps aktivkan di maybank2u trus bleh aktifkan di paypal atau kena tunggu.

    • Waalaikumussalam.. Lepas dah aktifkan di Maybank2U, tak perlu tunggu, boleh terus buat overseas transaction di PayPal..

      • ” the bank that issued your card didnt approve this transaction.pls contact the card issuer customer service department if u have any question or u can add a different card now to continue”

        jd mcm ni.. Kt maybank2u dh activation

        • Hari tu lepas saya activate debit card untuk overseas transaction terus boleh guna PayPal. Boleh try buat lagi. Kalau tak dapat jugak, jawabnya kena call customer service bank jugak..

  16. Kad ni memang tak bijak, tak sesuai dengan nama platinum. Lesap RM1500 gara-gara overseas transactions, tak pasal-pasal kena claim balik dan 17 hari baru dapat balik duit yg lesap tu. Kad bank lain sebelum ni tak de masalah langsung buat transaksi macam tu asalkan ada logo Mastercard/Visa. Tetiba bila guna kad ni, itu ini banyak songeh. Paling tak boleh terima, under maintenance sampai 6 jam tak boleh draw duit di luar negara. Tak ke menyusahkan pengguna tu? Dulu pakai kad cherry biasa tu takde banyak songeh macam kad ni.

    • Alhamdulillah saya takde apa2 masalah guna debit card ni.. Bahaya jugak kalau duit lesap tiba2 kan.. Tapi ada option untuk matikan fungsi transaction luar negara.. aktifkan bila nak guna je..

  17. Aku teringin nak aktif akun pay pal,nanti ada masa aku aktifkan..untuk beberapa transaksi

  18. tu ok lagi bro, masih boleh buat kat rumah lagi… kalau benda nak kena pergi mesin ATM atau ke kaunter gak tu yang sakit hati, ngan kos minyak lagi, nak cari parking lagi, bayar parking lagi… hadoi ai…

    • Nasib baik boleh buat online kat Maybank2U je.. Kalau nak kena pergi ATM ok lagi kot.. Pergi ke kaunter tu memang malas la.. Haha..

  19. agaknya cimb pun macam ni la kot..sbb bila nak guna no kad x lepas je..

  20. aku pun dah lupa macam mana dulu aku setting.. ehehehee

  21. melayang RM3.90..hihi.. staff yang reply pm kat fb tu maybe tak tahu, di luar bidang keje..tak pun memang semua soalan yg diajukan kat fb jawapannya sila hubungi talian dot dot dot..

  22. oh..banyak jugak step nye ye..huhuu..kalau tak buat kad debit susah la nk buat belian online..dah jadi keperluan..terima kasih info ^_^

  23. Sekarang dah tak perlu cari fund kalau beli produk pakai paypal.Senang link ke kad ceri jer.

    • Betul tu. Teringat dulu2 masa belum ada kad ceri. Bila nak guna PayPal sibuk dok cari fund. Ramai jugak yang kaut untung jual fund dengan rate tinggi.

  24. Dah penah guna untuk paypal lebih kurang 4 tahun lepas…agak2 kalau re apply blh approve semula tak?

  25. owh camtu ke….baru tau…..
    nak kol maybank tu mmg erm letih nak tunggu pick up phone….info baru penguna kad debit dari Maybank ^ ^

    • Kalau ada masalah, sebelum call service centre seeloknya cuba cari dulu di internet. Kalau tak jumpa baru call bank. Bukan apa, nak call tu kan ada caj. Kalau free takpe jugak.

      Tapi kalau akaun bank kena block sebab tersalah masuk password ke apa2 ke, yang tu nak taknak memang kena call bank untuk selesaikan.

  26. tak pernah lagi bukak akaun paypal..mungkin lepas ni boleh cuba yg ni plak..

    • Silakan. Semua orang boleh buka akaun PayPal. Free je. Tapi tengok pada keperluan lah. Kalau rasa nak cuba guna PayPal untuk shopping online ke, untuk terima payment ke, boleh create satu akaun..

  27. sakit pula hati kita wak bila caranya mudah tapi saja jer nak suruh buat panggilan juga.
    buang masa betul.

    • Tahu takpe. Step mudah macam tu, bila orang tanya kat Facebook tu bagitau jela, suruh buat panggilan pulak. Buang masa dan buang credit prepaid. Dah la yang jawab call tu lelaki. Kalau pompuan takpe jugak kot2 dapat #muahciked ke kan.. Haha..

  28. Oh la ni kena aktif sendiri ke debit maybank kalau nak guna Paypal, bukan dah aktif sesiap..rules baru kot, tak mau disalah guna oleh pihak tak bertanggungjawab mungkin..Thanks bagitau, mana taw nanti rujuk semula pos ni kalau kena kat batang hidung sendiri :)

    • Aku pun tak tau rules baru ke apa.. Sebelum ni memang boleh terus guna dengan PayPal.. Lepas aku tukar kad baru hari tu kena buat macam ni dulu baru boleh add card dalam akaun PayPal..

      Mungkin jugak Maybank nak jaga keselamatan akaun2 pengguna takut ada pihak bertanggungjawab salah guna.. Kira ok la dia buat macam tu.. Cuma ramai tak tahu boleh setting sendiri dalam Maybank2U..

      Kalau call customer service pun dia akan suruh setting sendiri kat Maybank2U.. Buang duit je call..

  29. terima kasih ya share info nie. teringat dulu, terpaksa berabes duit call dari singapore semata2 nak aktifkan debit card. rupanya boleh buat online je ek. aduhai…

    • Takpe, tu semua pengalaman.. Ramai jugak yang tak tahu lagi boleh buat online.. Saya pun baru tahu lepas habis duit call bank.. Padahal bila kita tanya dalam Facebook diorang boleh je bagitau terus cara-cara nak buat tu.. Tapi suruh call jugak.. Nak untung la tu..

  30. macam best pulak ada kad debit.. aku nak gi buat satu petang ni..

    • Buat jangan tak buat.. Best ada kad debit.. Nak shopping pun senang tak payah bawa duit banyak-banyak.. Bayar guna kad debit je..

      Tapi dia bukan kad hutang macam kad kredit tu.. Kena ada duit dalam bank baru boleh guna.. Tak sesuai guna time hujung bulan.. Sah-sah time tu duit dalam bank pun dah tinggal sikit.. Haha..

  31. aku bese kol je.mls sgt nak amek tau bape rm aku kena caj sebab kol..ngan mastercard plak eh?ohoo..mmg kena aktifkan dlu..mgkin sebab sekuriti kot jd kes mesin atm aritu..merchant godaddy ni dulu aku kol die tanya nk benarkan utk merchant ni je ke atau no limit?aku set no limit je..xde nyusahkan aku dikemudian hari.hee..

    • Seingat aku masa guna debit card maybank yang Visa dulu takde pulak kena aktifkan kad.. MasterCard lain sikit kot.. atau mungkin jugak sebab sekuriti, tu yang dia buat macam tu..

  32. dah laam aku buat nie..yang bahaya nya buat kita jadi senang nak berbelanja..sebab dia boleh link terus ke debit card..walaupun akaun paypal tak ada duit

  33. saya tak berani guna paypal dengan maybank..
    saya guna debit card tune big

  34. Saya guna debat kad rhb utk link ngan paypal

  35. sangat bagus..benda ni wajib belajar..

  36. Terima kasih berkongsi maklumat berguna ini. Saya pun guna kad debit Maybank.

  37. Panduan bagus nih. Saya biasanya aktifkan guna ATM jer, tak perasan pula kat M2U pun boleh buat.

    • Aktifkan guna ATM tu macam mana ye?saya pernah try tapi tak boleh jugak guna untuk Paypall..Masa daftar buat kad MYbank tu dia kata dah aktif .Pelik bila nak guna tak boleh.sudahnya sampai sekarang akaun paypall saya cuma berdaftar je tapi tak pernah buat apa2 transaksi

  38. Sakit hati ja kan bila tau oleh buat kat M2U ja. lagi nak suruh orang pi tepon CS..Tapi baguhnya info ni boleh share dengan semua orang. Banyak pahala dapat. Berbaloi kot dengan duit RM3.90 tu :)

    • Harap2 entri ni dapat bantu siapa2 yang alami masalah yang sama.. RM3.90 tu kira halal jelah.. Bukan boleh dapat balik pun kan..

      Siapa jumpa entri ni selamatlah duit dia tak payah call CS.. Hehe..

      • Takpa bang. Rugi RM3.90 je, tapi dapat pahala banyak sebab orang baca entri abang ni. Ilmu yang bermanfaat ni pahalanya selama-lamanya. Rahmat in disguise kata orang kampung saya. Hahaha

  39. Ada panduan ini boleh dijadikan rujukan jika nak guna kad debit dari Maybank nanti.

    • Kalau belum ada kad debit bolehlah pergi buat satu.. Kad debit ni banyak jugak kegunaan dia, bukan setakat untuk keluarkan duit kat mesin ATM je..

      • Salam…nk tny kalau akaun paypal kita dah verified maknanya nk lakukan pembelian luar negara dah boleh ke?sy pgguna dbt kad maybank.tapi duit dlm paypal ad rm10 je yg dia ptg masa nk verified akaun hari tu.mcm mana nk guna akaum ni bt pembelian ye

        • Waalaikumussalam.. PayPal yang dah verified dengan debit card Maybank boleh guna untuk pembelian luar negara.. Sebelum tu kena aktifkan dulu debit card melalui Maybank2U (untuk kegunaan luar negara) lepas tu dah boleh guna untuk shopping..

          Walaupun duit dalam PayPal takde atau ada sikit je, takpe, takde masalah.. Bila kita buat pembelian dan bayar guna PayPal, PayPal akan ambil duit dari akaun bank yang kita dah link-kan dengan debit card tu..

          Kadar tukaran matawang boleh tengok masa nak buat pembayaran.. Setiap rekod pembelian boleh tengok dalam akaun

          • maaf, saya nak tanya..
            saya dah buat seperti cara yg en. tunjukkan tapi kenapa still caption pelik tu keluar lagi. saya tak faham lah

Leave a Reply