AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » Aiskrim Milo Buatan Sendiri

Aiskrim Milo Buatan Sendiri

08/06/2011 Anarm 26 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Lepak di kedai sambil minum milo ais tadi buat aku teringat layan minum air milo masa dok kat rumah. Kat rumah, minum air milo mesti tak pernah habis sebab nak proses air milo tu jadi aiskrim milo buatan sendiri.

Korang mesti pernah buat jugak kan? Air milo letak dalam peti ais, kat tempat sejuk beku tu. Kalau letak pagi, tengahari atau petang air milo tu dah jadi aiskrim. Hehe..

aiskrim milo buatan sendiri

Masa dok kat kampung, aku biasa minum air milo panas sebelum tidur. Kadang-kadang makan dengan biskut kering yang ada gula tu. Jenama apa aku tak ingat.

Aiskrim Milo Dari Peti Ais

Sebelum masuk tidur, air milo yang minum tak habis aku letak la dalam peti ais. Bangun pagi esok dah ada aiskrim milo dalam peti. Hahaha.. Best giler bangun tidur terus makan aiskrim.

Kalau nak dibandingkan dengan aiskrim Nestle Drumstick yang jual kat kedai-kedai tu, aku rasa aiskrim milo buatan sendiri ni lagi sedap.

Bisnes Aiskrim

Dalam family aku, bukan aku sorang je yang suka buat aiskrim sendiri. Abang aku, adik aku, abah aku pon pernah buat jugak.

Kadang-kadang ada adik-beradik lain termakan aiskrim yang aku buat. Lepas tu bergaduh bertekak la. Sampai macam tu sekali. Hahaha..

Sejak hidup kat rumah bujang ni, dah lama takde peti ais. So, tak boleh la nak merasa aiskrim milo buatan sendiri. Kalau dah mengidam sangat nak makan aiskrim, pergi jugak la beli kat kedai.

Aiskrim yang dalam bekas besar tu je biasa aku beli. Aiskrim yang batang-batang, Drumstick apa jenis semua tu aku tak suka sangat.

Dah beli aiskrim dalam bekas tu, nak taknak kena makan sampai habis walaupun perut dah muak tak boleh nak telan sebab peti ais takde, tak boleh nak simpan. Simpan kat luar macam tu je nanti cair pulak.

Ni tengah mengidam nak makan aiskrim milo pulak dah. Melayang la duit kejap lagi ni buat beli aiskrim. Ishh…

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Santai Keyword : aiskrim, aiskrim buatan sendiri, bisnes aiskrim, milo

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Blog Ni Pun Nuffnang Bagi Buffered Earnings
Next article:
Jika Dunia Tanpa Blogger, Apa Akan Jadi?

26 Comments

  1. titan says

    15/06/2011 at 4:46 PM

    selalu kalau buat air milo lebih. aku letak dalam peti sejuk. kol 12 tengah malam..ok..mari melantakk.. :devil:

    Reply
  2. reezluv says

    15/06/2011 at 12:53 AM

    aiskrim asamboi paling sedap dulu masa aku kecik… :heart: :heart: :biggrin:

    Reply
  3. afzal laidin says

    10/06/2011 at 5:54 PM

    selalu buat macam ni masa kecik-kecik dulu. :D

    Reply
  4. Andy says

    10/06/2011 at 12:23 PM

    Selalu beli aiskrim conetto jer makan tepi pantai ,fuhh layan

    Reply
  5. Ezany-Kun says

    10/06/2011 at 11:04 AM

    dulu2 rajin gak buat.. kena tunggu sehari kot baru dpt mkn.. :cwy:

    Reply
  6. wazy says

    10/06/2011 at 10:44 AM

    Aiskrim milo memang sedap
    nak buat jugak la nanti
    heheeh :biggrin:

    Reply
  7. ahmad kamil says

    10/06/2011 at 7:35 AM

    Besttt….. :biggrin:

    Reply
  8. Ali ridha says

    09/06/2011 at 10:38 AM

    kekadang je makan ais krim.
    takut demam pula.

    Reply
  9. TheSharkox says

    09/06/2011 at 12:20 AM

    aiskrim malaysia ada asam tu lagi best dari drumstick..hehe

    Reply
    • Anarm says

      09/06/2011 at 1:02 AM

      @TheSharkox, dah lama tak makan aiskrim asam tu.. haha..

      Reply
  10. Jaws says

    09/06/2011 at 12:01 AM

    beli laa satu peti ais rumah baru nanti..
    haha.. :lol:

    Reply
    • Anarm says

      09/06/2011 at 12:48 AM

      @Jaws, beli peti ais kecik bleh la kot.. haha

      Reply
  11. safwan seth says

    08/06/2011 at 11:27 PM

    dulu mak aku jual aiskrim malaysia,,,paling special aiskrim durian belanda,,siap ade isi durian belanda lagi. :heart:

    Reply
    • Anarm says

      08/06/2011 at 11:34 PM

      @safwan seth, huh.. aku tak pernah makan lagi aiskrim durian belanda.. buah durian belanda tu pernah la makan.. bleh try buat nanti..

      Reply
  12. akubiomed says

    08/06/2011 at 11:25 PM

    Musim panas bagus juga ambil benda sejut tetapi tidak boleh selalu nanti sakit tekak dan batuk

    Reply
    • Anarm says

      08/06/2011 at 11:32 PM

      @akubiomed, kalau sakit tekak dan batuk, kita ambil MC pulak.. hehe..

      Reply
  13. Amirez says

    08/06/2011 at 11:25 PM

    teringat zaman budak2 dulu :)

    Reply
    • Anarm says

      08/06/2011 at 11:29 PM

      @Amirez, dah besar2 camni pon sedap gak kalau dapat buat.. huhu..

      Reply
      • Amirez says

        08/06/2011 at 11:57 PM

        @Anarm, haha..memang betul. kecik2 dulu selalu letak air kotak coklat dalam peti ais. dah keras, belah kotak air tu pastu makan air coklat yg dah jadi aiskrim :biggrin:

        Reply
        • Anarm says

          09/06/2011 at 12:58 AM

          @Amirez, aku pernah gak buat camtu.. memang sedap.. hahaha..

          Reply
  14. akuorgkmpng says

    08/06/2011 at 10:24 PM

    dlu kt kg duk buat bisnes ais..
    ais milo, ais asam, ais bandung, ais jagung.. mcm2 lgi la..
    tapi bisnes hancur, adik2 aku yg duk tibai.. x balik modal.. haha

    skrg ni, umah sewa x dak peti ais.. huhu

    Reply
    • Anarm says

      08/06/2011 at 10:58 PM

      @akuorgkmpng, aku penah gak plan nak buat bisnes aiskrim.. last2 tak jalan sebab semua aku makan sendiri.. hahaha..

      Reply
  15. Sabahan Bloggers Club says

    08/06/2011 at 8:27 PM

    Aha…. Dah lama tak makan aiskrim buat sendiri. Tapi sekarang ni dah kurangkan minuman berais. Tak boleh amalkan selalu. Baik minum teh o kurang manis bro. :)

    Reply
    • Anarm says

      08/06/2011 at 9:07 PM

      @Sabahan Bloggers Club, haha.. memang dah jarang minum milo sekarang ni.. minum teh o ais.. 1 hari tak minum ais memang rasa tak puas.. hehe..

      Reply
  16. Fazreen says

    08/06/2011 at 8:12 PM

    Aiskrim potong paling sedap..

    Reply
    • Anarm says

      08/06/2011 at 8:22 PM

      @Fazreen, aiskrim potong sedap jugak.. nak gi beli la kejap lagi..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy