Hari Ahad lepas aku dan isteri tercinta luangkan sedikit masa bersama tengok movie After Earth lakonan aktor kegemaran aku – Will Smith.
Dalam After Earth ni Will Smith berlakon dengan anak dia, Jaden Smith.
Kitorang layan di GSC Mid Valley guna tiket Gold Class. First time kitorang layan movie kat hall Gold Class. Best giler seat dia siap ada selimut. Baru tak rasa sejuk sangat masa layan movie.
1 Tiket Gold Class berharga RM60. Patut la best je layan movie kat Gold Class. Sepadan dengan harga dia. Nasib baik dapat ticket voucher, kalau nak beli guna duit sendiri memang TAK la. Sayang duit. Heheh..
Review Movie After Earth
Movie After Earth mengisahkan tentang Bumi mengalami bencana alam yang menyebabkan penduduk bumi terpaksa keluar dari bumi. Diorang jumpa satu planet baru yang sesuai untuk didiami dipanggil Nova Prime.
Kitai Raige (Jaden Smith) berusaha untuk menjadi seorang Ranger (tentera). Result setiap ujian dia semua bagus tapi permohonan dia untuk jadi seorang Ranger ditolak kerana sikap dia yang suka bertindak melulu. Ayah dia, General Cypher Raige (Will Smith) rasa frust giler dengan dia.
Faia (Sophie Okonedo), iaitu mak Kitai memujuk suaminya General Cypher untuk bawa Kitai bersama-sama dalam misi terakhir Cypher sebelum bersara.
Tapi berlaku ribut asteroid dalam misi tersebut menyebabkan kapal angkasa diorang terpaksa mendarat di bumi. Bumi waktu tu merupakan planet yang tak dibenarkan sesiapa pun mendarat atas sebab keselamatan.
Kapal angkasa diorang terhempas semasa nak mendarat di bumi. Semua dalam kapal angkasa tu mati kecuali Kitai dan ayahnya, General Cypher.
Tapi kaki Cypher patah. Alat untuk minta bantuan pun rosak. Harapan untuk diorang hidup adalah alat minta bantuan yang ada di ekor kapal angkasa, tapi ekor kapal dah terputus dan jatuh sejauh 100KM dari tempat diorang.
Oleh sebab Cypher tak dapat jalan kerana kaki dia patah, Kitai terpaksa keluar seorang diri mencari ekor kapal angkasa untuk dapatkan alat minta bantuan.
Dalam misi untuk dapatkan alat tu, Cypher membantu Kitai dengan memberi arahan menggunakan alat komunikasi dan memantau pergerakan Kitai.
Dalam misi mendapatkan alat minta bantuan tu, Kitai lalui banyak perkara bahaya sehingga menyebabkan alat komunikasi dia rosak dan tak dapat berhubung dengan Cypher.
Cuaca di bumi juga berubah menjadi terlampau sejuk pada satu-satu masa dan Kitai terpaksa berlari ke kawasan yang bersuhu panas sikit. Tanpa alat untuk berhubung dengan bapanya, Kitai terpaksa bertindak sendiri dalam misi antara hidup dan mati.
Kalau nak tahu jalan cerita After Earth korang kena la tengok sendiri atau download. Bagi aku cerita After Earth ni best jugak la. Tapi bagi korang tak tahu la korang rasa best ke tak.
Ada orang cakap banyak perkara merepek dalam movie ni. Dah nama pun “MOVIE”. Sains fiksyen pulak tu. Nak real punya ko tengok la cerita melayu. Keh3..
Cuma dalam movie After Earth ni dia lebih ketengahkan watak lakonan Jaden Smith. Will Smith banyak duduk rilek je dalam kapal angkasa.
Dalam After Earth juga ada seekor makhluk dipanggil “Ursa”. Makhluk yang ganas dan hodoh giler tu menyerang manusia yang ada rasa takut. Macam mana agaknya nak buang rasa takut dalam diri kita bila berdepan dengan makhluk tu, atau dalam apa jua situasi?
“Fear is not real. It is a product of thoughts you create. Do not misunderstand me. Danger is very real. But Fear is a choice.” – Cypher Raige (Will Smith)
Bintang: 3/5
Hehe..selesanya..dalam pawagam ke tu anarm?siap ada selimut lagi tuh..hehe
kawan saya ckap citer nie tak berapa best…..ye ker,,,? saya tak tengok lagi….
banyak movie aku dah miss..ahh..sabtu ni pulun habis2an
Teringin gak layan GOLD CLASS.. tapi kena pilih movie yang action packed or romantic comedy baru best
Movie Superman dengar cerita agak menghampakan.. Tapi banyak action..
gold class tue.. :biggrin:
waaaa.. nak g tgk lah mcm nih…
film ini sering di pormosikan di tv2 Indonesia, nampaknya bagus ya tuk di tonton kalau dah direkomendasikan oleh anda juga ni. Insya Allah saya akan nonton juga After Earth ini
nice info
fuh…bayaran RM60 untuk wayang memang sasaran golongan elit..
Masa gi tengok wayang kat hall Gold Class hari tu ramai cina je.. Cina kaya..
tgk trailer mcm best juga
ada kesempatan boleh tgk nanti :)
macam best je ni, tunggu kat TV je nnti, x sempat nak g panggung :)
Lambat lagi tu nak tunggu main kat TV.. Tunggu link download cepat sikit..
wahhhh layanzzz vvip time nampakkkkk hehe
Sekali sekala rasa macam vvip best jugak.. Hehe..
Kerusi empuk memang boleh lena tidur.
huhu..aku kena tengok gak cerita nih..tak sabar tunggu hujung minggu ni..
Selamat menonton.. Nak tanya, ko pernah bawak masuk cendol tak dalam panggung wayang? Haha..
mana boleh lepas maa..basah seat gua nanti..
amboi gold class memang best lah boleh tertidur kot pernah cuba sekali dulu hahah memang puas, pasal cerita ni overall best lah 7/10 aku kasi hehehhe
Sedap je sejuk2 dok dalam selimut.. Nasib baik tak tertidur je hari tu.. Haha.. Memang best jugak cerita After Earth ni..
hahah betul tu, tambah2 midnight punya movie memang tetidur lah kalau dah sedap sangat, sedar2 jer dah gelap nanti huhu
macam seronok jer tengok movie kat panggung kan, nikmatilah saat berdua ni sepuas-puasnya sebelum ada “orang ketiga” yang tidak membenarkan aktiviti tengok wayang begini..hehe
aku kena sabar tunggu versi muat turun nampaknya..hehe
Kalau dah ada orang ketiga memang susah nak tengok wayang.. Dah dapat bayangkan dah.. Nanti nak kena tunggu link download keluar jela..