Terbaca entri di blog Kak Jie tentang satu aplikasi Android iaitu AES Detector. Menarik!
AES Detector ni merupakan aplikasi mudah alih (smartphone) untuk mengesan Kamera AES yang baru dikuatkuasakan di Malaysia.
Sistem automatik dari aplikasi ni akan mengeluarkan bunyi amaran untuk mengingatkan kita bila terdapat sebarang Kamera AES dalam lingkungan 1,000 meter dari kedudukan kita berada.
Pastikan pembesar suara telefon bimbit dihidupkan untuk mendengar bunyi amaran.
Lokasi Kamera AES
Berdasarkan data yang diterbitkan di Portal JPJ, terdapat 831 lokasi akan disasarkan untuk melaksanakan Kamera AES.
Sila rujuk Portal JPJ untuk maklumat lanjut lokasi pemasangan kamera AES.
Cara Guna Aplikasi AES Detector
Phone perlu ada aplikasi Adobe AIR untuk membolehkan AES Detector ni dijalankan. Kalau phone korang belum ada Adobe AIR lagi, install dulu. Search kat Google Play.
Lepas dah ada Adobe Air baru AES Detector boleh dijalankan. Bila korang klik aplikasi AES Detector yang dah dipasang dalam phone, korang akan nampak paparan berikut:
AES Detector tak memerlukan talian internet. Cuma perlu aktifkan fungsi GPS pada phone. Bila sedang memandu dan tiba-tiba kita berada dalam lingkungan 1,000 meter dengan Kamera AES, aplikasi AES Detector akan mengeluarkan bunyi amaran.
So, perlahankan lah kenderaan anda untuk mengelakkan disaman.
Aplikasi AES Detector boleh dipasang melalui Google Play (Install AES Detector) atau boleh scan QR Code di bawah ni. AES Detector dibangunkan oleh Kevin Chua.
Ada sape-sape dah cuba aplikasi AES Detector ni? Aku baru install AES Detector dalam phone. Petang nanti lepas habis kerja nak pergi test kat Putrajaya.
Credit gambar: MotorTrader
emm macam2 teknologi sekaranmg ini…hehe..lepas ni makin laku la gadjet mcm tu android tu..hehe
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.iconmobi.android.aesmata
Rsnya ok, tp xdo bunyi signal yg sy Nye, just timbUi Kat x interface shj…… good knobs Kevin Chua
Aku pun kena sambar android jugak ,btw terima kasih untuk info aplikasi berguna ni
nak kena sambar hp android juga ler nampaknya, hp cokia ni pun dah mula meragam skit2, kira ada alasan kukuh ler kan utk tukar hp iaitu nk pakai apps AES detector ni…padahal…haha
*memang smart gak avatar komen bulat.
@ejam, sambar la Samsung Galaxy S3 sebijik.. takpon 2 bijik.. sebijik lagi tu hadiahkan kat aku.. hahaha..
menarik app ni, haritu 500m sekarang dah tukar 1km baru berbunyi
@kartikel.com, ramai yang minta developer tambahkan jarak kot sebab 500m tu macam dekat sangat.. kalau yang bawak laju melampau tu maybe tak sempat nak perlahankan kenderaan.. kalau 1km ok sikit kot..
Setiap kali saya guna GPS memang akan ada bunyi alarm Speed trap.. Tapi kadang tu disebabkan nak cepat sampai ke destinasi, bawa lajulah juga..
Senarai Peserta terkini Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular 2..
@Anuar, bawa laju takde masalah.. yang penting hati2 jangan sampai berlaku kemalangan..
ada pro n kons apps ni
kons–> orang tak takut nak pecut ;)
@cikgu naman, yup.. apa2 pun benda memang ada pros n cons.. nothing perfect.. bab orang tak takut nak pecut tu memang betul.. setuju sangat..
mmg bijak sapa yg reka apps ni.. :)
@Jebeng Otai™, yes! memang bijak..
dah install..mmg berkesan..!!tapi alarm dia slow sangat..dah set volume besar dah
@captain, ye eh? kena bagitau developer mintak kuatkan lagi alarm..
tu dia..semua keluar dah aplikasinya..
@titan, ko taknak buat apps ‘Titan AES Detector’?
@Anarm, kalau aku buat..ko nak beli ker? haha..
oh baru tau pasal apps nih…nak install la pasnih…thx kongsi bro…:)
@papa mifz, sama2.. thanks jugak pada Kak Jie sebab dia yang share dulu info tentang apps ni..
Lebih baik ubah cara pemanduan. Kalau sudah berbunyi sempat ker lagi untuk perlahankan kenderaan.
@akubiomed, sempat rasanya.. kadang2 terlebih 1KM/J pun dah bleh kena dengan AES ni.. terlebih 1KM/J takkan tak sempat nk tekan brek sikit..
wah kena download ni
utk peringatan senang sikit nak speed :)
@auc dot com, mesti download.. membantu di saat2 tgh speeding, tiba2 amaran berbunyi.. sempat la perlahankan kenderaan..
Menarik aplikasi ni. Tapi kalau sudah menggunakannya dan tetap disaman, disarankan ubah cara pemanduan!
@anif, betul tu.. kena ubah cara pemanduan..
good jobs