8 Sebab Kenapa Perlu Bertukar ke Prepaid ONEXOX

Pernah tak anda rasa tertipu dengan telco sekarang? Call sekejap tapi kena caj mahal. Bila call tak dapat, masuk ‘voicemail’ pun kredit kena tolak banyak.

Speed internet slow. Bila habis kuota, kredit kena tolak. Bila terhidupkan internet pun kredit kena tolak juga.

Kalau kredit banyak lagi tapi tempoh sah kredit dah tamat, tak boleh guna dah. Terpaksa keluar duit lagi untuk topup baru boleh guna balik.

Aku pernah rasa semua tu. Menyusahkan.

Tapi sekarang dah tak kisah masalah-masalah tu semua sebab aku dah jumpa telco yang sesuai dengan aku, yang tak mencekik darah dan tak membebankan pengguna. Alhamdulillah.

Paling best aku dapat lebih penjimatan dengan telco yang aku guna sekarang iaitu ONEXOX.

8 sebab kenapa perlu bertukar ke prepaid ONEXOX

Aku dapat tahu tentang telco ONEXOX semasa buat survey di internet untuk pilih telco yang mampu jimatkan duit topup.

Bila aku tengok kadar panggilan, SMS dan internet yang ONEXOX tawarkan dan aku cuba bandingkan dengan kadar telco-telco lain, aku nampak lebih penjimatan dengan ONEXOX.

Kadar rendah ONEXOX buat aku tertarik untuk terus tukar daripada postpaid Celcom kepada prepaid ONEXOX.

8 Sebab Perlu Bertukar ke Prepaid ONEXOX

Di sini aku kongsikan 8 sebab kenapa aku pilih untuk bertukar ke ONEXOX.

1. Tempoh Sah Kredit 28 Bulan

Aku tertarik untuk guna prepaid ONEXOX kerana ada tawaran tempoh sah kredit 28 bulan atau 2 tahun 4 bulan (validity) bagi setiap pengguna prepaid ONEXOX. Telco lain kena bayar kalau nak panjangkan tempoh sah kredit.

Maknanya, walaupun kita topup RM10 (contoh) kredit tu akan kekal aktif selama 28 bulan dan boleh guna untuk SMS dan buat panggilan macam biasa tanpa perlu risau kredit tamat tempoh.

Kecuali kredit habis, yang tu memang kena topup lah kalau nak guna.

Bila kita topup, tempoh sah tu akan bertambah lagi ikut nilai topup dan ditambah pada tarikh akhir tempoh sah sebelumnya.

Lagi banyak kita topup, tempoh sah akan bertambah lagi dan jadi lebih lama.

Tempoh sah kredit 28 bulan prepaid ONEXOX

Kedai jual topup prepaid ONEXOX
Pusat Tambah Nilai (Topup) Prepaid ONEXOX

2. Kadar Panggilan Serendah 5 sen

ONEXOX menawarkan kadar panggilan serendah 5 sen (bawah 10 saat) ke semua rangkaian termasuk talian tetap TM. Bila panggilan masuk ‘voicemail’ pun kita dicaj hanya 5 sen.

Kalau telco lain dah kena caj banyak dah.

Kadar caj panggilan masuk Voice Mail ONEXOX

Untuk pengetahuan semua, setiap caj panggilan dikira per blok. Tak kira pakai postpaid atau prepaid mana-mana telco sekalipun, semuanya sama. Cuma caj yang dikenakan je berbeza.

Bila kita buat panggilan, telco akan kenakan caj untuk setiap blok panggilan.

Contoh: 33 sen / 3 minit (1 blok). Nampak macam murah seminit 10 sen je.

Tapi sebenarnya walaupun kita call cuma 1 minit, caj yang dikenakan tetap dikira untuk 3 minit (1 blok) iaitu 33 sen. Kalau jenis ‘bergayut’ lama tu mungkin ok sikit lah.

Dengan prepaid ONEXOX, panggilan ke mana-mana rangkaian hanya dikenakan 6 sen / 30 saat (1 blok). Call 1 minit (2 blok) baru 12 sen. Sesuai dengan orang yang jenis suka call sekejap-sekejap je macam aku.

3. Kadar SMS Serendah 2 Sen dan Ganjaran 1800 SMS Percuma

Kadar SMS yang dikenakan oleh ONEXOX serendah 2 sen / SMS ke semua rangkaian. Pengguna ONEXOX juga akan dapat 1,800 SMS percuma (150 SMS x 12 bulan) untuk SMS sesama rangkaian.

Dengan ONEXOX juga inbox SMS kita tidak akan diserang SPAM kerana mesej-mesej berbayar yang dilanggan sama ada sengaja atau tidak sebelum ni akan disekat.

Caller ringtone pun dibatalkan. ONEXOX tak sediakan perkhidmatan Caller Ringtone. Ini untuk memastikan penggunaan kredit prepaid kita lebih menjimatkan dan tidak membazir.

4. Internet Berkelajuan Tinggi Tanpa Terma “Pay Per Use”

Pay Per Use‘ bermaksud telco akan kenakan caj mengikut berapa banyak penggunaan kita selepas kuota internet dah habis digunakan. ONEXOX tiada terma ‘Pay Per Use‘. Jadi, tiada risiko kehilangan kredit akibat ‘Pay Per Use‘.

ONEXOX bukan simkad ‘Unlimited Internet’, yang ada cuma unlimited speed.

ONEXOX internet berkelajuan tinggi tanpa Pay Per Use

Speed internet ONEXOX tiada ‘capped speed’ atau sekatan speed, dan tak dikawal oleh pihak telco.

Speed internet ONEXOX bergantung pada setting phone. Kalau nak laju, boleh setting guna 4G. Nak slow sikit, tukar ke setting 3G. Kita sendiri yang tentukan kelajuan internet yang nak diguna.

ONEXOX juga tiada istilah ‘Peak Hour’ atau ‘Off Peak’. Internet ONEXOX sentiasa laju dari awal guna sehingga kuota internet habis.

Langganan data internet ONEXOX serendah RM3 untuk 1GB (1 hari), RM10 untuk 2GB (7 hari) dan RM12 untuk 500MB (30 hari).

Harga pelan data internet ONEXOX
Harga pelan data internet ONEXOX

5. 10 Nombor ‘Family & Rakan’ Semua Rangkaian

Dengan ONEXOX kita boleh setkan 10 nombor ‘Family & Rakan’ semua rangkaian telco untuk dapatkan lebih penjimatan.

Dalam senarai ‘Family & Rakan’ boleh masukkan semua nombor termasuk rangkaian lain seperti Maxis, Celcom, DiGi, TuneTalk, Altel, U Mobile dan lain-lain, serta nombor talian tetap TM (rumah atau pejabat).

6. Jana Pendapatan dengan Program UGU (User Get User)

Ini pun menarik juga. Perkenalkan prepaid ONEXOX kepada rakan anda, dan anda akan dapat komisen setiap kali rakan anda topup iaitu sebanyak 6% dari nilai topup rakan tersebut.

Selain tu, ada peluang bisnes jadi pengedar ONEXOX dan dapat komisen juga.

7. Jaminan Tiada Caj Tersembunyi

ONEXOX memberi jaminan tiada caj tersembunyi, kehilangan kredit dan juga tiada SPAM ke atas handphone pengguna-pengguna prepaid ONEXOX.

Caj dikenakan ikut apa yang kita guna je dan telus tanpa sebarang caj tambahan yang tersembunyi.

8. Harga Simkad Hanya RM10 dengan Kredit RM5 Tersedia

Untuk guna prepaid ONEXOX ni boleh beli simkad (sama ada beli nombor baru atau kekalkan nombor lama) dengan harga RM10 sahaja dan dalam simkad tersedia kredit RM5.

Boleh terus guna untuk call dan hantar SMS selepas dah aktifkan simkad.

Dapatkan penjimatan menggunakan telefon dengan Prepaid ONEXOX

Itulah 8 sebab kenapa aku pilih ONEXOX. Kalau nak rasa sendiri penjimatan dia, jom bertukar ke ONEXOX. Confirm tak menyesal sebab dapat jimat duit topup.

Siapa berminat nak bertukar ke prepaid ONEXOX boleh beli simkad ONEXOX secara online. Nak beli nombor baru boleh, nak kekalkan nombor lama (MNP) pun boleh.

MULAKAN PENJIMATAN SEKARANG DENGAN ONEXOX

33 Comments

  1. Maaf nak tanya.One XOX ada bagi tak data free apabila top up?Saya banyak guna data berbanding SMS.Nak habiskan 150 sebulan memang banyak.1800 SMS setahun lagi banyak nak dihabiskan.Kenapa One XOX hanya bagi SMS berbanding data percuma yang jadi keutamaan pada zaman smartphone ini?

    • ONEXOX takde bagi free data. Tapi kalau nak, ada cara nak dapatkan semua free dengan ONEXOX.

      Telco lain yang bagi “free” data tu sebenarnya berbayar jugak.

      Kos internet dah dimasukkan sekali dalam kos topup masa pelanggan membuat reload. Kos internet mereka mampu serap dalam nilai topup kerana kualiti speed yg diberikan sangat rendah, dan dicaj pada kadar panggilan pulak.

      Free bermaksud sesuatu yg kita perolehi tanpa syarat, tanpa bayar apa-apa utk dapatkannya. Yang kata “free” tu tapi tetap kena topup jugak untuk dapat, kan? Jadi, apa yang free nya?

      Itu satu cara marketing utk buat org ramai SENTIASA TOPUP akaun mereka supaya kekal aktif agar terus boleh gunakan internet yg disangka “free” tu.

  2. Betulkah ini? Murah sangat, susah nak percaya.

    Prepaid saya dalam Celcom blue sudah terkumpul RM 168.00. Kalau pindah ke onexox, credit dalam Celcom itu boleh dibawa ke onexox?

    Saya menggunakan desktop dan line telefon TM dengan modem, untuk internet. Bagaimana untuk menukar kepada onexox?

    • Credit Celcom yang terkumpul RM168 tu tak boleh pindah ke ONEXOX . Nak tukar ke ONEXOX cuma perlu dapatkan simkad MNP (tukar dan kekal nombor), harga RM10 .

      Hanya nombor je yang boleh bawa masuk ke telco ONEXOX . Credit tak boleh . Sama juga bila nak tukar ke telco2 lain .

      Sebelum tukar kena habiskan credit dulu atau jual dan share kpd user Celcom yang lain .

  3. Aku dh rgister n dh msukkn smcard dlm phone tp x bleh call n msj so cmner nk buat ni?

    • Register nombor baru atau MNP? Simkad tu beli dari siapa? Cuba tanya dengan dealer yang jual simkad.. Mungkin dealer tu belum registerkan simkad tu.. atau cuba dail *132# tengok status simkad tulis apa dia..

    • Ya.. 10 nombor FnF akan dapat call / sms rate lagi murah, ke semua rangkaian.. Call 6sen / 30saat.. SMS 2 sen..

  4. Diam2 je tukar ke ONEXOX.. Biasanya orang yang guna ONEXOX ni dia bising2, perkenalkan kat ahli keluarga lain atau kawan2.. Bising2 baru boleh dapat insentif 5% bila ada orang nak tukar. Hehe..

  5. memang jimat sanagt ..hari tu topup pun sampai hari ni tak habis guna lagi..pelik jugak la sebab topup 10 ringgit je.call ke no lain pun masih jimat…

    • Alhamdulillah.. Topup RM10 pun masih jimat.. Kalau topup RM50 tak tahu berapa lama nak habis guna.. Hehe.. Tempoh sah kredit pun dah takyah fikir dah.. 28 bulan.. lama tuu..

  6. assalam. bro anam. mana yg “RM18 (500MB) atau RM29.99 (1.5GB)” tu ye. sy baru check kat 1xox yg adam “RM18 (500MB), RM38 (1GB), RM48 (2GB) dll”. post dis 2014 ni. huhu. ke ada promosi ke? smpi bila?

    • Waalaikumussalam.. Pelan internet RM29.99 untuk 1.5GB tu sebelum ni promosi.. Sekarang dah jadi pelan tetap dah..

      Dalam entri saya dah tambah screenshot daripada apps “ONEXOX Prepaid”, ada tunjuk pilihan pelan internet yang ONEXOX tawarkan..

  7. bab lain sudah boleh buat aku tertarik dengan ONEXOX nie..tapi jika itu 3 tahun lepas..sekarang zaman internet…kalau ada pakej 29.90 tu jadi kouta 2 GB memang hari ini juga aku tukar sim aku..huhuhu

    • Memang tak dapat 2GB harga macam tu.. Kalau ada 2GB harga lagi murah bagitau aku.. Celcom pun 2GB harga RM38.. Tapi kena hati2. Terlebih guna sikit je terus tolak kredit RM10 pay per use..

      • hahaha,,okey la bro..sebenarnya aku memang dah tertarik dengn ONEXOX nie

        • Kalau nak cuba boleh try ambik satu nombor baru.. RM10 aje.. Lepas tu cuba bandingkan dengan telco yang guna sekarang.. Nak lagi best, nombor yang tgh guna tu terus MNP je tukar ke telco ONEXOX.. Hehe..

Comments are closed.