Hari Sabtu lepas seawal jam 8:00 pagi aku dah keluar dari rumah menuju ke MIECC, Mines untuk join Perhimpunan Terbesar Blogger Malaysia. Sampai sana lebih kurang pukul 8:30 pagi. Nasib baik ada banyak tempat kosong untuk parking kereta.
Aku letak kereta kat dalam. Tiket parking RM3. Lepas tu aku terus cari kaunter pendaftaran untuk daftar dan tuntut T-shirt blogrrr yang dijanjikan.
Bila dah jumpa, awek yang jaga kaunter tu beritahu kaunter pendaftaran buka pukul 9 pagi. Sementara tunggu pukul 9 pagi aku jalan-jalan dulu sekitar kawasan tempat di mana event blogrrr diadakan.
Tepat pukul 9 pagi aku pergi semula ke kaunter pendaftaran. Pengunjung diberi goodie bag berisi T-shirt blogrrr dan tag yang perlu dipakai sepanjang event berlangsung.
Di event blogrrr anjuran MYNIC hari tu dapat jumpa ramai blogger yang turut hadir. Antaranya Tekong, Encik Titan, Bro Framestone, Cyberfly (JomPHP), Abang Ensem, Kak Kujie, Kak Yanmie, Nisa Kay, Lia Omey, Farisya, Hafiz Rahim, Hazman Fadzil, Aman Firdaus, Farid, Tengku Syukri, Azwan Anuar, Emas Putih, Neyra Shazeyra dan ramai lagi.
Acara pagi tu dimulakan dengan telatah 2 orang artis selaku emcee iaitu Marsha dan Sharifah Sakinah. Kemudian dengar talk daripada Ikhwan Nazri @ Tekong, CEO Amanz.my yang bercakap tentang “Bagaimana Memulakan Blog Anda“.
Lepas tu ada cabutan bertuah dan acara-acara lain. Nak tulis semua kat sini memang panjang cerita dia.
Paling dinanti-nantikan adalah keputusan pemenang Blogrrr Awards 2013. Daripada 5 blogger yang tersenarai sebagai finalis, 3 blogger dipilih sebagai pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan.
Aku terlambat tengok acara penyampaian hadiah untuk Blogrrr Awards 2013 sebab masa tu aku, AE, Titan dan Fazrol baru selesai solat.
Tengah berjalan nak ke pentas tiba-tiba dari jauh dengar pengumuman Denaihati.com menang Best Personal Blog. Tahniah kepada Denaihati, dan blogger-blogger yang menang kategori lain.
Senarai Pemenang Blogrrr Awards 2013
BEST FOOD & TRAVEL BLOG
- thebigsmallboy.com
- stevengoh.com
- kakiberangan.blogspot.com
BEST PERSONAL BLOG
- denaihati.com
- broframestone.com
- cikepal06.blogspot.com
BEST OF DISABILITY BLOG
- amir-hamidi.name.my
- mohdazahar.com
- qiszan.com
BEST BLOGSHOP
- eightdesignsboutique.com
- scarfsweethoney.com
- a-dressing.com
BEST IT & GADGET BLOG
- jomphp.com
- soyacincau.com
- pcmamak.com
BEST ART & PHOTOGRAPHY BLOG
- theeggyolks.com
- blog.fadmanaf.com
- foodphotography.com.my
BEST ENTERTAINMENT BLOG
- rotikaya.com
- ohbulan.com
- munsyeed.com
BEST SPORTS BLOG
- sokernet.com
- sarawakcrocs.com
- wangerrard.com
BEST FASHION & BEAUTY BLOG
- maxmayo.com
- thepinkstilettos.com
- shazwanihamid.com
BEST FAMILY & HEALTH BLOG
- ibubapacemerlang2012.blogspot.com
- yanmieonline.com
- hafizmohd.com
BEST AUTOMOTIVE BLOG
- paultan.org
- motomalaya.net
- dsf.my
(Sumber: Facebook Blogrrr)
Semasa acara penyampaian trofi Blogrrr Awards 2013, ramai pemenang yang tak datang dan terpaksa hantar wakil naik ke atas pentas untuk ambil trofi. Sampaikan aku sendiri tak pasal-pasal kena interview dengan wartawan bagi pihak Denaihati. Muka pun dah keluar paper Harian Metro semalam. Jadi retis kejap. Haha.
Event Blogrrr : Blogger Most Wanted ni aku tengok ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki kalau nak dianjurkan lagi untuk tahun 2014.
Hari event Blogrrr diadakan, pada waktu yang sama juga ada pesta buku Big Bad Wolf. Jalan nak ke sana memang sesak penuh dengan kereta. Sebab tu aku datang awal untuk elak jem. Tapi waktu nak balik pula tersangkut berapa lama entah sebab terlalu banyak kereta sampai tak boleh nak bergerak.
Mungkin next time kena pilih hari yang sesuai, yang tak bertembung dengan event lain, atau mungkin juga ubah lokasi.
Selain tu, mini seminar yang diadakan macam kurang sambutan. Pada waktu yang sama juga diadakan cabutan bertuah dan acara lain di pentas utama. Aku rasa pengunjung lebih berminat dengan cabutan bertuah. Hadiah-hadiah pun menarik. Tambahan pula ada Marsha dan Sharifah Sakinah yang cun. Hehe.
Aku dengar tak ramai yang join mini seminar hari tu. Semua lebih tertumpu di pentas utama.
Harap pihak penganjur dapat perbaiki setiap kelemahan yang ada. Walau bagaimanapun, acara Blogrrr hari tu memang terbaik! Menurut laporan Harian Metro, seramai 600 blogger hadir perhimpunan Blogrrr anjuran MYNIC ni. Memang sangat meriah.
Kalau dibuat lagi tahun depan, semoga acara Blogrrr Awards 2014 nanti akan lebih hebat.
p/s: Sedih tak menang lucky draw. Takde luck.
Tiap-tiap tahun ada buat ke event ni. Macam best je pergi….
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.. Dan tahniah kepada Anarm kerana dapat masuk akhbar Harian Metro… Belum sempat lagi nak menulis review tentang Blogrrr.. Tunggulah saya ada kelapangan masa nanti…
Tahniah buat semua pemenang..So, pecahkan malaysia book of record tak bro?
keretapi lambat sampai tapi sempat bertegur jer tepi jalan..okehlah..hahahaa..
Teringin nya nak pi , tapi de hal di Bintulu =(
Salam,
Bukan mahu pertikai, tetapi perlu tanya diri juga. Betul ke 600? Kalau betul diberikan tag mengikut jumlah pelawat, ada mungkin 600 adalah angka darab 2. Saudara saya hadir selepas maghrib dan membuat pendaftaran, dapat nombor 2 ratus lebih.
Apa-apa pon, saya harap next time timbang tara dulu event tu betul2. Ada gaya semua ini nak habiskan budget tahunan sahaja.
Tak tahu lah betul ke tidak.. 600 tu dari apa yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro.. Jumlah sebenar tak tahu berapa.. Bernama pulak cakap 1,000.. Entah mana satu yang betul..
Blogger rasanya macam tak ramai je.. Mungkin diorang kira sekali dengan visitor biasa kot.. Sebab tu nampak ramai.. Huhu..
Perghh! ramainya yang hadir! sampai 600 orang!, mungkin berdasarkan jumlah tshirt yang diberikan kot!
Pasti akan ada post mortem oleh pihak penganjur untuk baiki penganjuran pada tahun hadapan.
Tak der video ke pasal perhimpunan ni…banyak juga komen aku baca pasal perhimpunan ini. Harap suatu hari nanti dapat menghadirkan diri.
Terlupa pulak nak rakam video hari tu.. Tapi rasanya ada orang lain rakam video.. Kalau tak silap orang tu ada share kat Facebook page Blogrrr..
Sebuah acara yang sangat besar, yang hadir hingga 600 blogger pada Blogrr ini. Selamat bagi pemenang dan semoga tahun depan diadakan acara ini lagi :)
event macam besar jek..tapi aku tengok pentas kecik kemain..macam 100-200 orang je yg datang..:P
Aku pun fikir macam tu jugak.. Macam bukan 600 je..
Awalnya bro datang. semangat tu penting kan! next time kalau buat kat tempat ni lagi, memang sesak la waktu balik. kalau takde event pun jem, bila ada lagi la jem.
Datang awal sebab nak elakkan jalan jem.. Waktu balik tu pulak memang tak boleh nak elak jem dah.. terpaksa sabar jela..
macam macam nak komen tapi, biar ajelah blogger lain je bersuara.
apa pun dapat jumpa rakan2 blogger cukuplah, mcm habiskan cuti hujung minggu je.
program? eeeemmm…………….. no komen!
ohh..lebih 600 rupanya. barulah aku tahu. haha..
Aku pun baru tahu 600 blogger. Tapi macam takde je yang Malaysia Book of Records tu.. Ke kita dah terlepas yang tu sebab lepak minum kat food court?
anarm setia menunggu dari pagi sampai ke petang. hebat sokongan itu.
memang betul, patut ubah lokasi. semoga tahun depan ada lagi
Setia menunggu sebab nak hadiah cabutan bertuah. Hahaha.. Cuma takde luck hari tu.. Tapi dekat2 nak habis event dapat t-shirt blogr.my.. Jadi laa.. Hehe..
Memang seronok dapat berjumpa dengan rakan2 blogger… Thankz kepada pihak penganjur…
Hurmm… sempoi gak diorang buat hadiah top 3… tapi personally harap diorang asingkan kategori FOOD N TRAVEL …. seperti mana yang dilakukan lain-lain anugerah…. pemberat yang seimbang…. hohohoho
betul tu. kedua-duanya niche yang sangat berbeza kot..
setuju.. kategori itu diasing kan.. mungkin ini kali pertama.. hope lagi best tahun depan
Yeahh.. Setuju.. Memang patut diasingkan dua niche tu..
Wakil dari Guinness World Records Malaysia tak datang ke :)
Gua lepas cabutan pemenang iPad Mini terus blah dari pentas utama…. majuk…
alaaaa… naper nak ipad mini lagi bro? Samsung S5 pulak laaa.. hehehe
Aku pun rasa nak blah jugak.. Tapi dok lepak situ lagi sebab nak tengok Marsha dan Sharifah Sakinah.. Keh3..
mintak2 tahun dpn ada lg, tahun ni x sempat nk join..:-)
InshaAllah ada kot.. Tengok sambutan memang ramai datang.. Mesti MYNIC buat lagi tahun depan..
Nama hafiz dah disebut banyak kali..cuma hafiz rahim je takde..mungkin aku punya next year..iphone 6s sebagai hadiah lucky draw..hehehe
mohamad pun bnyak… yang time nak umum ipad tu cam name aku je nak kuar tapi takde luck gak, haha
APESAL NAMA AKU TAKDE? HAHAHAHAHA
Aku pun pelik kenapa nama ko takde.. Bahahaha..
Aku pun ingat ko nak dapat sebab banyak plak dia sebut nama “Hafiz”..