AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Santai » 52 Tahun Malaysia Merdeka

52 Tahun Malaysia Merdeka

30/08/2009 Anarm 41 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

52 Tahun Malaysia Merdeka
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Malam ni, tepat jam 12.00 tengah malam, semua rakyat merdeka akan melaungkan kata-kata “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. 12.00 tengah malam nanti genaplah 52 tahun usia Malaysia merdeka setelah bebas daripada kuasa penjajah.

Malaysia yang dulunya sengsara di bawah penguasaan penjajah kini mampu hidup bebas selepas mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Laungan Pertama Malaysia Merdeka

Kata-kata “Merdeka” yang pertama secara rasminya telah dilaungkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahmad Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan juga merupakan Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Jolokan nama Bapa Kemerdekaan Malaysia diberi kepada Tunku Abdul Rahman kerana jasa-jasa beliau yang penuh bermakna dalam usaha memerdekakan tanah air kita yang tercinta, Malaysia.

Malaysia Dikenali Seluruh Dunia

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tunku Abdul Rahman

Malaysia sekarang ni dah terkenal di seluruh pelosok dunia. Juga terkenal sebagai sebuah negara yang unik dengan rakyatnya yang pelbagai kaum, pelbagai bangsa dan budaya.

Tapi sedikit kesal dengan majoriti rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu. Apa yang jelas tentang Melayu ni, Melayu suka berkelahi sesama sendiri. Mungkin sebab tamak kuasa kot.

Dari dulu sampai sekarang, yang banyak buat masalah, buat jenayah adalah kaum Melayu. Melayu jugak lebih pentingkan perut sendiri sampai sanggup lakukan apa saja untuk kepentingan diri.

Bukan maksud aku nak burukkan bangsa sendiri tapi tu la yang aku nampak. Merdeka ke camtu kalau asyik nak bergaduh sesama sendiri? Merdeka ke camtu kalau sanggup pijak-pijak bangsa sendiri? Pastu bangsa lain ramai-ramai pakat gelakkan Melayu. Ishh..

Perkataan “Merdeka” sekarang ni hanya kat mulut je. Tapi fikiran masih lagi dijajah, masih lagi mengagungkan budaya dan cara hidup yang tak berteraskan Malaysia.

Tengok la fesyen-fesyen pakaian yang rakyat Malaysia pakai. Dengan tak cukup kainnya, seluar ntah apa-apa, baju singkat, rambut pacak-pacak macam landak.

Bulan-bulan puasa macam sekarang ni pon ada lagi yang still ikut budaya camtu. Kalau korang pergi bazar Ramadhan, tengok la berapa ramai yang masih lagi buat perangai tak senonoh. Dengan jalan berpeluknya. Kalau peluk badan sendiri takpe la, tapi ni peluk awek bai..

Pakaian takyah cakap la.. Pak Imam pon boleh kurus puasa kalau tengok. For sure, yang buat benda-benda camtu adalah kaum Melayu. Hmm..

Malam ni malam kita sambut Merdeka. Dah tentu korang dapat tengok camne rakyat Malaysia sambut Hari Merdeka. Datang ramai-ramai, berpuak-puak, berkumpulan-kumpulan.

Lepas dah setel pekik Merdeka dah tentu ada gaduh sana gaduh sini. Ada yang pergi melepak kat kelab, shuffle la dangdut la, tonggang sana tonggang sini, mabok air kencing setan. Pastu ada la yang buat maksiat lagi. Dok berdua-duaan dalam gelap, dalam kereta.

Pastu bila dah termengandung, terberanak, cakap tu anak merdeka. hoishh!! Wak lu!! Apa nak jadi tak tau la..

Akhir kata.. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 52.. Semoga merdeka kali ni dapat memerdekakan lagi diri kita.

“1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan“. Semoga slogan kali ni benar-benar dilaksanakan. Jangan sekadar disebut-sebut. Insyaallah..

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

No related posts.

Kategori : Santai Keyword : malaysia, malaysia merdeka, merdeka

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Motor Aku Yang Sakit
Next article:
Beradab Dalam Berdoa

41 Comments

  1. Kill-Vearn says

    01/09/2009 at 12:21 PM

    salam merdeka mate.. hoho.. baru ada masa aku nak on9.. kalo tak mmg bz aje manjang… hehehe.. awat smlm tak dtg?
    .-= Post terbaru Kill-Vearn di blog beliau.. Kill-Vearn & Gathering Buka Puasa =-.

    Reply
    • Anarm says

      01/09/2009 at 3:55 PM

      @Kill-Vearn,
      smlm dh planning buka puasa dgn awek..
      xpe laa.. dh pegi dh ari tu kan..
      tahun depan plak.. xpon lepas raya ni ke..
      buat la gath raya pulak.. ramai2 pakai baju raya.. :w00t:

      Reply
  2. mohdisa says

    01/09/2009 at 11:51 AM

    salam merdeka bro. hehe…lupa plak..:P
    .-= Post terbaru mohdisa di blog beliau.. Merdeka Ke-52 =-.

    Reply
    • Anarm says

      01/09/2009 at 1:41 PM

      @mohdisa,
      selamat menyambut hari menyak naik.. :pinch:

      Reply
      • mohdisa says

        03/09/2009 at 5:58 AM

        @Anarm, tahu takpa. tension2.
        .-= Post terbaru mohdisa di blog beliau.. 5 iPod Shuffles Untuk Dimenangi =-.

        Reply
  3. JHafiz says

    31/08/2009 at 10:02 PM

    merdeka!!! tahniah! minyak naek lagi. trimas Pak Najib!
    .-= Post terbaru JHafiz di blog beliau.. Hello world! =-.

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 11:34 PM

      @JHafiz,
      yeaa.. terima kasih najib sbb telah sedarkn saya utk terus menyokong Nik Aziz.. :cool:

      Reply
  4. x-po says

    31/08/2009 at 9:37 PM

    rakyat didahulukan, tp esok harga minyok naik..hoho :unsure:
    .-= Post terbaru x-po di blog beliau.. ALAHAI MERDEKA =-.

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 11:32 PM

      @x-po,
      dh bajet dh ade je yg akn nyusahkn rakyat nnt..
      tak paham btol laa.. fak!!

      Reply
  5. Jaws says

    31/08/2009 at 6:17 PM

    mentega!!!!
    aku pon dok depan komp jer..semalam..
    sampai tetido..
    huhu..
    bosan tak buat ape2.. :w00t: :w00t:

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 11:32 PM

      @Jaws,
      aku dk dpn laptop dr pagi smpai ke sahur, smpai subuh..
      punggung tumbuh akar melekat kt tilam.. hahaa

      Reply
  6. aktechpage.com says

    31/08/2009 at 5:28 PM

    Salam Merdeka….

    Perghhh…panas jugak post merdeka demo kali ni… :happy:
    .-= Post terbaru aktechpage.com di blog beliau.. Salam Merdeka 2009 =-.

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 11:30 PM

      @aktechpage.com,
      panas ke? nnt buat panas lg.. isu minyak naik plak.. demm :getlost:

      Reply
  7. luth textile says

    31/08/2009 at 3:49 PM

    selamat merdekaaa!
    bro, pegi mana semalam?

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 4:14 PM

      @luth textile,
      merdeka! merdeka! merdeka!

      semalam aku lepak umah je ngadap laptop..
      nk kuar pn xtau nk g mane.. dok umah jela..

      Reply
  8. hanc says

    31/08/2009 at 2:16 PM

    Salam merdeka gaKzzZ bRo~~ :biggrin:
    .-= Post terbaru hanc di blog beliau.. Merdeka~ Merdeka~Merdeka!! =-.

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 4:13 PM

      @hanc,
      Selamat Hari Merdeka :smile:

      Reply
  9. Kujie says

    31/08/2009 at 1:55 PM

    Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan…
    marilah kita mencapai target seorang blogger..hehehe
    .-= Post terbaru Kujie di blog beliau.. 52 Teman Terhangat Hari Merdeka 2009 =-.

    Reply
    • Anarm says

      01/09/2009 at 3:54 PM

      @Kujie,
      hehe.. yeahh.. mari.. mari.. :tongue:

      Reply
  10. Kreuger says

    31/08/2009 at 12:50 PM

    gigih sungguh buat entri merdeka.
    hahaha.. tahniah memang terserlah
    semangat patriotik hang.

    erk.. petang ni macam mane beb?
    mai la join sekali.. dah isi borang?
    jangan lupe isi ok~ :devil:
    .-= Post terbaru Kreuger di blog beliau.. TOP Komentor : Merdeka 2009 =-.

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 1:19 PM

      @Kreuger,
      blog aku masalah skit sblom ni.. lepas dh setel masalah tu ingt nk active balik sblom merdeka.. tgk jam baru pkul 9 mlm.. tu yg dok taip panjang2.. sblom kul 12 aku bukak balik blog ni pastu publish artikel merdeka.. huhuu..

      Reply
  11. Amirez says

    31/08/2009 at 12:38 PM

    ye. aku pun harap slogan yg dibangga2kan najib tu betul2 diamalkan. jangan sekadar ucapan dibibir saja huhu
    .-= Post terbaru Amirez di blog beliau.. Merdeka di Google =-.

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 1:20 PM

      @Amirez,
      yup.. betol betol betol.. perlu dilaksanakan.. harus!! jgn sekadar ckp je..

      Reply
  12. safar says

    31/08/2009 at 11:53 AM

    Selamat hari merdeka ke-52….
    .-= Post terbaru safar di blog beliau.. Mesej Daripada Dr. Anasufiza Berkenaan H1N1 =-.

    Reply
  13. beliamuda says

    31/08/2009 at 9:35 AM

    Salam Kemerdekaan yang ke-52..

    ~~yang atas tu, kawe silap anta.. kopipes.. haha
    .-= Post terbaru beliamuda di blog beliau.. (EdCoustic) Nantikanku di batas waktu – Sanggupkah aku? =-.

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 1:16 PM

      @beliamuda,
      owhh.. patut la.. pelik gk tiba2 je Khalil Gibran :lol:

      Reply
  14. beliamuda says

    31/08/2009 at 9:32 AM

    Persahabatan – Khalil Gibran
    .-= Post terbaru beliamuda di blog beliau.. (EdCoustic) Nantikanku di batas waktu – Sanggupkah aku? =-.

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 1:15 PM

      @beliamuda,
      apo ni? :ermm:

      Reply
  15. ajue says

    31/08/2009 at 7:06 AM

    mlm merdeka layan hati malaya.
    Tunku ke london duit xda….Umno xda fund.
    rakyat serah gelang..rantai…duit..
    tampung perbelanjaan demi merdeka.

    bapak sedih.

    orang sekarang?

    nothing.

    selamat merdeka!
    .-= Post terbaru ajue di blog beliau.. fuck you <—————– with love from me to you!! =-.

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 1:14 PM

      @ajue,
      aku x tengok pon cite tu.. kt umah xde tv.. :cwy:

      Reply
  16. CypherHackz says

    31/08/2009 at 6:00 AM

    Walaupun begitu, Malaysia juga tetap dikenali dengan kes H1N1 terbanyak di Asia Tenggara, isu samseng jalanan dan juga cetak rompak. Selamat hari merdeka semua! :w00t:
    .-= Post terbaru CypherHackz di blog beliau.. Photoshoot Nana di Taman Tasik Perdana =-.

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 1:14 PM

      @CypherHackz,
      tu la pasal.. isu-isu kurang elok je yg byk kt Malaysia ni..
      bila laaa nak setel.. :wassat:

      Reply
  17. sickchild72 says

    31/08/2009 at 2:59 AM

    weh merdeka!
    haha jom sambut di twitter.
    meriahhh!

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 1:12 PM

      @sickchild72,
      time org tgh meriah sambut merdeka ko bleh tdo plak ek..

      Reply
      • sickchild72 says

        01/09/2009 at 3:47 PM

        @Anarm, wakakaka mane aku tau. dah tade rezeki.
        hahaha sume salah lappy aku sape suh hang. kan aku da tido =DD

        Reply
  18. matju2509 says

    31/08/2009 at 2:05 AM

    selamat ari merdeka bro
    .-= Post terbaru matju2509 di blog beliau.. MYVi VS NEO =-.

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 1:12 PM

      @matju2509,
      happy merdeka..

      Reply
  19. KertaZ says

    31/08/2009 at 12:49 AM

    Huh.. Data2 blog anarm berjaya diterbangkan dari Califonia ke Malaysia dengan jayanya.. :w00t:
    Ngam2 time merdeka plak tu blog ni open to public balik.. Huahahha.. Ngam2.. :biggrin:
    .-= Post terbaru KertaZ di blog beliau.. Penipuan technician komputer.. Beware!! =-.

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 1:37 AM

      @KertaZ,
      hahaha.. tu la pasal.. dh bajet dh.. :whistle:

      Reply
  20. nzms_ein says

    31/08/2009 at 12:12 AM

    org cuma nampak iklan raya mamee 2 la
    kihkihkih
    menarik sguh iklan 2

    SALAM KEMERDEKAAN UTK ANARM

    good entry
    full wit info

    good job frenz
    .-= Post terbaru nzms_ein di blog beliau.. MERDEKA!!! =-.

    Reply
    • Anarm says

      31/08/2009 at 1:36 AM

      @nzms_ein,
      hehe.. kalo nmpk iklan tu tlg la klik2.. :tongue:

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy