50% Diskaun Bayar Saman Trafik (18 Jun hingga 18 Julai 2021)

Berita baik kepada sesiapa ada saman trafik yang masih belum dijelaskan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50% kepada semua saman yang boleh dikompaun, termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

Bayar saman dengan diskaun 50% boleh dibuat bermula 18 Jun 2021 hingga 18 Julai 2021 secara dalam talian melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman:

Kempen bayar saman PDRM secara online melalui MyBayar Saman

MyBayar Saman merupakan inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai (cashless society) melalui perkhidmatan e-Pembayaran. Ianya juga bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran saman trafik secara dalam talian (online).

Untuk tawaran pengurangan kompaun saman kali ini, fungsi aplikasi MyBayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi berkenaan.

Korang boleh buat semakan dan bayaran saman secara online melalui portal laman web dan aplikasi telefon bimbit tanpa sebarang caj perkhidmatan.

Daftar Akaun MyBayar Saman

Untuk bayar saman melalui portal MyBayar Saman, korang perlu daftar akaun terlebih dahulu. Langkah-langkahnya seperti berikut:

  1. Buka aplikasi atau layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Tekan butang ‘DAFTAR’ atau ‘NEW USER SIGN UP’
  3. Kemudian isi maklumat peribadi dengan betul
  4. Kod pengesahan OTP akan dihantar ke nombor telefon bimbit
  5. Isi kod OTP 6-digit tersebut di ruangan yang disediakan
  6. Lepas tu isi password yang nak digunakan untuk login
Daftar akaun MyBayar Saman PDRM
Daftar akaun MyBayar Saman PDRM

Log Masuk Akaun MyBayar Saman

Login akaun MyBayar Saman guna Nombor IC dan Password yang dah didaftarkan tadi.

Kemudian korang akan nampak jumlah Saman Belum Jelas, Jumlah Kompaun, dan butiran saman yang belum dijelaskan tu.

Aku ada 2 saman atas kesalahan PANDU LAJU. Kena speedtrap kat lebuh raya. Dah masuk lebuhraya takkan nak bawa kereta perlahan pulak kan.. Hehe..

Jumlah kompaun asal RM600 untuk 2 saman tu. Diskaun 50%, jadi RM300 je..

Nasib baik ada tawaran 50% diskaun bayar saman. Boleh terus bayar semua sekali bagi clear rekod saman trafik tu.

Bayar saman melalui portal MyBayar Saman
Senarai saman yang belum jelas

Cara Bayar Saman Melalui Portal MyBayar Saman

Untuk buat bayaran, hanya perlu tandakan pada saman yang nak dibayar. Lepas tu tekan butang “BAYAR“.

Kemudian akan dipaparkan Butiran Pembayar, Senarai Saman yang nak dibayar, dan Pilihan Pembayaran. Boleh pilih nak bayar melalui akaun bank apa atau bayar guna Kad Kredit / Debit.

Dah pilih kaedah bayaran, tekan butang “Bayar Sekarang“.

Kaedah pembayaran saman melalui MyBayar Saman
Pilihan pembayaran melalui MyBayar Saman
MyBayar Saman Maybank2u
Bayar saman guna Maybank2u
Status bayaran saman trafik melalui MyBayar Saman
Status bayaran saman trafik melalui MyBayar Saman

Lepas dah berjaya buat bayaran, boleh kembali ke laman utama.

Saman yang dah dibayar tadi akan terus clear. Kalau korang bayar semua saman yang ada, kat paparan akaun MyBayar Saman akan tunjuk “Anda tidak mempunyai saman yang belum jelas!“.

Jika data saman tak dikemaskini setelah bayaran dibuat atau resit tak dapat, tunggu dalam tempoh 48 jam untuk sistem proses maklumat sedia ada dan kemaskini data.

Biasa la bila ramai sangat yang guna sistem ni, sistem terpaksa memproses jumlah data yang tinggi. Macam-macam hal boleh berlaku.

Disarankan simpan segala bukti transaksi pembayaran saman untuk semakan rekod sekiranya diperlukan.

Senarai Saman Tidak Layak Diskaun

Untuk makluman, diskaun 50% yang ditawarkan ni untuk saman terpilih sahaja.

Secara umumnya, semua saman trafik layak dapat diskaun 50% tersebut, kecuali saman-saman berikut:

  • Tidak patuhi lampu isyarat merah (2021)
  • Menggunakan lorong kecemasan (2021)
  • Potong secara bahaya / potong Q (2021)
  • Potong di garisan berkembar (2021)
  • Kemalangan (2021)
  • Status ‘Dalam Perbicaraan’
  • Status ‘Tidak Boleh Kompaun’ (Non Compound)
  • Kesalahan berkaitan Lori
  • Pengubahsuaian ekzos
Senarai saman trafik tidak layak diskaun
Senarai saman trafik tidak layak diskaun

Maklumat Lanjut

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau ada masalah berkaitan MyBayar Saman, boleh berhubung dengan Cawangan Pengurusan Saman PDRM.

No. Telefon:
03-2266 3346/47

Waktu Operasi:
8.00AM – 4.30PM

Selamat membayar saman..

Dikemaskini pada 22 Jun 2021
 

2 Comments

  1. memang murah diskaun saman, cadangan saya bangun pukul 3 pagi buka apps then bayar, xperlu beratur panjang. sy dh buat and berjaya :) kalau malam pagi atau siang, mmg xdapat la nk buka apps asyik server down je haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *