Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dah umumkan tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pada 5 Mei 2013 (Ahad). Manakala hari penamaan calon telah ditetapkan pada tarikh 20 April 2013 (Sabtu). Tarikh pengundian awal pula adalah pada 30 April 2013.
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof. Beliau turut menyatakan tempoh berkempen kali ni adalah selama 15 hari.
Masa untuk mengundi nanti bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang. Kalau taknak menunggu giliran lama sangat kena la datang awal. Selamat mengundi semua.
Tarikh Penting Pilihan Raya Umum ke-13
Pembubaran Parlimen : 3 April 2013
Penamaan Calon : 20 April 2013
Hari Pengundian : 5 Mei 2013
Selamat menjalankan pesta demokrasi kepada seluruh rakyat Malaysia semoga dapat memilih pemimpin yang terbaik bagi kemaslahatan umat,
Tak sabar rasanya nak mengundi. Hehehe
oh 5 Mei yer , baru tau..tq for the info bro…
Parti yang bertanding ada 15 hari untuk berkempen selepas penamaan calon. Harap kempen tidak membangkitkan isu peribadi dan lebih kepada membaiki taraf hidup rakyat dan hala tuju negara pada masa hadapan.