5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011

Artikel ini merupakan projek yang dikendalikan oleh Encik Denaihati, pemilik blog Denaihati.com.

Seperti yang korang sedia maklum, Denaihati sering adakan blog contest dan bermacam-macam lagi projek lain yang dapat membantu sesama blogger yang turut serta menyertainya.

5 blog paling kerap lawat pada tahun 2011

Projek “5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011” ini merupakan projek terbaru daripada beliau.

Tujuan projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar yang akhirnya insyallah akan menambah kenalan yang mungkin akan menjadi rakan setia kepada blog anda. Network Blogger ini akan sangat diperlukan pada waktu-waktu tertentu.

Sebagai usaha memberi sokongan ke atas projek Denaihati.com, aku pun nak senaraikan 5 blog paling kerap dilawati 2011 sepanjang tahun 2011.

Senarai 5 blog tersebut adalah seperti berikut:

1. Amanz.my

blog amanz.my

Blog Amanz.my ni merupakan blog yang penuh dengan info-info tentang teknologi-teknologi semasa. Sesuai dengan tagline yang digunakan – “Informasi Komputer dan Teknologi Semasa“.

Pemilik blog Amanz.my yang agak geek ini juga mempunyai beberapa rangkaian blog lain yang dibangunkan dengan niche yang tersendiri seperti LinuxMalaya, Berry.my dan Gajet.net.

2. Zulseffort.com

tips twitter dan buat duit twitter

Zulseffort.com, sebuah blog yang banyak bercerita tentang tips-tips Twitter, bagaimana nak buat duit dengan Twitter, dan macam-macam lagi maklumat tentang Twitter.

Aku dah pun berjumpa dengan pemiliknya. Dari apa yang dikongsikan oleh beliau di blognya dan juga secara bersemuka, Twitter memang sesuatu yang sangat menarik.

3. Melayubuntu.blogspot.com

sistem operasi percuma ubuntu untuk malaysia

Artikel-artikel Melayubuntu banyak berkisar tentang ilmu sistem operasi Ubuntu.

Ubuntu merupakan sistem operasi Linux dengan fungsi yang sama seperti Windows dan Mac. Apa yang membezakannya dengan sistem-sistem operasi yang lain adalah ianya PERCUMA. Tidak seperti Windows dan Mac yang perlu bayar dulu sebelum guna (Ori).

4. HilangPunca.com

pipiyapong hilang punca

Blog Hilang Punca kepunyaan ‘Pipiyapong’ ni adalah salah satu blog paling merepek yang aku pernah lawat. Apa yang membuatkan ianya best ialah sebab cara penyampaian dan penulisan dia yang memang sempoi habis.

First time aku baca entri kat blog ni terus membuatkan aku tergelak besar.

5. Ini Belog Saya

ini belog hanis zalikha

Semua mesti dah tau belog ni belog sape kan? Tak salah kan laki baca blog perempuan? Hehe..

Blog Hanis Zalikha ni aku suka baca dan suka tengok gambar-gambar dia dengan gambar makanan macam-macam. Meleleh air liur tengok makanan sedap-sedap.


Itu saja 5 blog yang kerap aku lawat sepanjang tahun 2011 ni.

Syarat lain untuk “projek 5 blog kerap lawat pada 2011” adalah perlu menjemput 10 rakan blogger yang lain untuk turut sama memeriahkan lagi projek ni.

Oleh itu, 10 blogger yang aku nak sangat-sangat diorang join acara ni adalah:

1.    Nurr Style 6.    Syahid.biz
2.    Aku Tak Femes 7.    Ahmard Chuyrys
3.    Lolo’s Kotoba 8.    Suraya Sagi
4.    Army4War 9.    Judinbo
5.    Bistari Corner 10.  Cik Yash Sempoi

55 Comments

  1. salam, selepas kita buat entry ni nak submit apa apa tak kat mereka??

  2. cayalah,Anarm dah siap entri ni,wajib beri sokongan sekali ni :cheerful:

  3. sempena esok hari terakhir 2012, KKO akan join segmen ni…

  4. hmmmm blog th3b0r3dsha masih jauh ketinggalan? huhu

  5. oh..paham sudah … time kasih … :happy:

    insyaallah nak join + wat entry dlm amsa terdekat :wink:

  6. Assalam…saya baru first time lawat sini rasanya…:)

    saya datang dari denai.com….:)

    untuk selalu datang sini kiter muatkan dalam bloglist kiter…

    Sekian Terima kasih….ehhe

  7. hebat lah,,,nak join gak blog gua tak der pun

  8. hebat lah,,,nak join gak

  9. singgah melawat…

  10. Memang terbaik la blog tu. saya da lawat semuanya. dan ni akan menjadi blog yang wajib dilawat

  11. Sabahan Bloggers Club
    Sabahan Bloggers Club

    Tak pernah masuk kat blog hilangpunca jer lagi walau dah banyak kali baca pasal dorang ni kat blog lain.

  12. Pejuang kesenian extreme
    Pejuang kesenian extreme

    Bro anarm pon dah wat entri ni…
    Um,bagi masa,tengah curi masa nak menulis ni…hehe

  13. Singgah buat pertama kalinya…. macam dunia baru rasanya….. sumer kat atas jarang didengari… Selamat berkenalan… :biggrin:

  14. waaa.. cam best jer kontest nie, kalo tak menang pun janji bleh banyak networking. senang trafik masuk.. hohohoh

  15. waaaa..aku pun tsenarai ek anarm..thanks a lot..budi mu akan ku balas..

  16. amanz memang geek. zul pulak banyak ‘pecah lubang’ pasal twitter. malayubuntu perlu perbanyakkan tutor untuk pecahkan keBUNTUan mereka yang baru kenal distro LINUX terutama Ubuntu.

    hilang punca setelah miss contact dengan geng jurnal hehe. ini belog saya sangat menggiurkan!

  17. blog amanz.my memang best
    tak rugi kalau baca semua info dari situ :lol:

  18. Oh nmpknye skali lg blog akuu x tersenarai..huhu :cwy:

  19. suka stalk inibelogsaya rupanya :tongue:

  20. aku layan jugak amanz.my tu..

  21. haha, terbaik ah.
    auwww nak kena tukar header la lepas ni, letak muka lisa surihani, hanis pun kalah..ekeke

  22. hahaha… hilangpunca pon masuk jugak

    memang merepek habis!

  23. hilangpunca ni salah 1 blog owner sokernet kan

  24. Terima kasih bro. Ada blog rujukan Ubuntu seperti Melayubuntu boleh dijadikan rujukan kerana saya sudah pun pasang Ubuntu pada desktop

  25. kena join juga ni..
    ehheheee

  26. Ooo yeah, aku pun suka INIBELOGSAYA. Memang melelehh.. :devil:

  27. eh blog aku pun ada.. terima kasih , terima kasih..

  28. agak geek? haha. aku noob jer. wuuu~

  29. Meleleh air liur tgk makanan ke atau tengok tuan makanan tu?… #kbai :tongue:

Leave a Comment