2012 Tahunku Yang Kacak. Kenapa?
Sebab tahun 2012 ni banyak perkara yang ‘kacak’ berlaku dalam hidup aku. Antaranya adalah dalam tahun 2012 aku bertunang dengan awek aku. Lebih kurang 6 bulan kemudian aku dan dia berkahwin dan secara rasminya telah sah menjadi suami isteri.
Rasa kacak bila ramai orang tengok aku dan isteri bersanding atas pelamin. Masih dalam mood pengantin baru lagi ni. Hehe.
Tahun 2012 ni juga aku tengok ramai rakan blogger dan rakan forum yang kacak-kacak dan cantik-cantik akan tamatkan zaman bujang mereka. Baguslah! Semoga Allah memberkati dan memberi rahmat kepada korang semua.
Selain tu, sepanjang tahun 2012 ni aku juga berpeluang join banyak event blogger membuatkan aku rasa 2012 Tahunku Yang Kacak. Event yang aku pergi baru-baru ni, Malaysia Social Media Week 2013 Soft Launch, dapat jumpa beberapa rakan blogger yang sebelum ni hanya kenal dalam blog, Twitter dan Facebook je.
Macam tu la setiap kali join event blogger, mesti akan jumpa rakan-rakan blogger yang lain.
Satu lagi yang membuatkan 2012 tahunku yang kacak adalah sebab sekarang ni aku dan isteri dah berjaya miliki kereta sendiri. Senang sikit nak pergi mana-mana walaupun hari hujan.
Kalau dulu masa bergerak ke sana ke mari menggunakan motor, bila hujan terpaksa berteduh dan kadang-kadang terpaksa basah kuyup meredah hujan. Motor pun asyik bermasalah je. Maklum sajalah motor lama. Kejap-kejap tayar pancit, kadang-kadang enjin tak boleh hidup. Macam-macam dugaan.
Sejak dah berkereta ni, motor tersadai kat tempat ‘parking’. Bila tengok keadaan motor macam tu rasa sedih pun ada. Dah banyak jasa beliau kepada aku dan isteri sebelum ni. Tengoklah, ada duit lebih nanti aku hantar repair semua kerosakan yang ada kat motor kesayangan aku tu.
Dan.. Kenapa aku rasa 2012 Tahunku Yang Kacak? Kerana dapat belajar banyak perkara tentang ilmu sepanjang tahun 2012 ni. Dapat belajar ilmu blogging, ilmu agama, ilmu kerja, ilmu rumah tangga, ilmu kehidupan dan macam-macam lagi.
Semua hasil dari perkongsian rakan-rakan blogger dan rakan-rakan yang berada dekat sekeliling aku, serta daripada pengalaman sendiri yang dilalui setiap hari.
Tak lama lagi 2012 Tahunku Yang Kacak akan berundur pergi meninggalkan kenangan dan sejarah dalam hidup ni. Oleh itu, kena hargai setiap detik yang masih berbaki.
p/s: Selamat tahun baru 1434H (yang kacak) diucapkan kepada semua yang mengenali diri ini. Semoga Allah memberkati rezeki, usia, kesihatan dan hidup kita. Aminn…
Contest SEO Extravaganza anjuran blogger Syaifuddin Alias ini ditaja oleh Ciktom, mksyahir, FauziBlues, Eizil Network, Lepakk[dot]com, LadFeamir, My Arazzi, penmerah[dot]com, nurmisnan dan puanbee[dot]com.
banyak perkara yang baik berlaku sepanjang tahun ini…semoga maju jaya…
As-Salam. Kacak sebenar ialah apa yang ada di sisi dalam diri … tak gitu? Hmm belum sempat lagi bertemu dengan blogger2 kacak … sbb duduk nun di utara ni … :)
semoga berjaya dan mencapai kejayaan
selamat berjaya bro.. :biggrin:
selamat pengantin baru dan good luck untuk contest seo ini
Semoga tahun yang kacak akan menghiasi sepanjang tahun, Semoga berjaya bro….
sy lah yg blum lagi berumah tangga.. haihh bila la agaknya.. hehe.. apa pun semoga berjaya dengan contest ni :-)
selamat tahun abru 1434h..emm kesian memang kesian bila tgok keadaan mutor sepi tanpa diguna..ok jugak ideal tu..ada duit lebih, elok la di baiki…sy dah lama pakai kereta dan sekarang ni rasa selesa menaiki motor sahaja..dulu time tak ada kereta rasa nak kereta..bila da kereta rasa nak naik motor pulak..mcm2 hidup ni..
@Hafizul, aku tak lama lagi jadi macam bro jugak la kot.. dah lama nanti mesti bosan dah naik kereta..
@Anarm, Haha..nanti merasa la tu..ramai dah kawan2 yang ckp bosan naik kereta..hehe
gud luck awak ! nice entri :)
@miss hearty, terima kasih.. semoga tahun 2012 awak pun cantik.. good luck jugak..
good luck. semoga menang!!
@rozuan, terima kasih!
ehh..isteri pun ada blog juga??
@ohcikgu, yup.. isteri pun ada blog.. cuma dah lama tak update..
Tahun 2012…. Rasanya tahun 2013 mungkin lagi kacak pada bro…. Tunggu je la
hebat mung! :) power lah!
fuhh dah ada kereta.. tahniah.. semoga hari-hari yang mendatang akan lebih kacak lagi hehe btw good luck!
@topo, yelaa.. sampai bila nak guna motor je.. dah hidup berdua ni kena la beli kereta.. nanti coming soon jadi bertiga pulak.. lepas tu berempat.. hehe..
Good luck dengan kontes ini
Ranking teratas sekarang nie. semoga berjaya bro Anarm.
@hatiputera, wahh.. aku ranking teratas ke? camne bleh dok atas plak ni? hari tu no.2.. hohoho..
untunglah dah jd suami org.. hee.. keto beso ni x best klau stakat duduk 2 org je.. paling koman, kena ada 8 org dlm tu.. faham2 sdh :biggrin:
@Zon Bebas Crew, buat masa ni biar 2 orang dulu.. yang lebih2 nanti coming soon.. in shaa Allah cukup 8 orang.. haha..
Kacaknye dia….bila la tahun aku nak jadi KACAK jugak..bujang je lagi ni..hihikhik
Wah alza pepel yer..cantik.
Banyak perkara kacak sepanjang 2012 kau..semoga 2013 kau akan bertambah kacak bila mendokong baby sendiri.
Doa aku dan keluarga agar kau dan isteri dilimpahkan rahmat dan rezeki lebih lagi.
@ejam, TQ.. orang rumah yang nak alza kaler pepel. belikan jela.. hee.. mendokong baby tu taktau lagi bila.. in shaa Allah ada rezeki nanti dapat la rasa kacak bersama baby..
Semoga berjaya bro anarm. Nice entry.
@hairulafiz, terima kasih..
semoga berjaya bro dlm contest ni.. :)
Ingat tahun baru azam baru tapi azam lama macam mane, dah berjaya ke belum? :wink:
tahniah di atas kejayaan awak sepanjang tahun 2012.. semoga terus sukses dan good luck untuk contest ni
Terbaik bro, banyak betul benda-benda kacak yang berlaku ya sepanjang 2012 ni, semoga tahun 2013 nanti lebih kacak dari tahun ini… ;)
byk pencapaian..mmg dh kira kacak dah ni.. :)
Salam kenal…kira masih boleh digelar pegantin baru lagi lah ni..selamat pegantin baru ya :)
Gud luck for the contest juga.
alhamdulillah…semoga berterusan kekacakan bro…amin…:)
@papa mifz, InsyaAllah akan terus kacak.. amin.. hehe..
kacaknye bro … tahniah atas semuanya
salam perkenalan.. tahniah pengantin baru.. Datang berjalan-jalan ke sini..maaf datang tak dijemput.. hehe.. gudluck dalam contest itu!!. ^_^.
salam maal hijrah drpd saya bro .. :D
terima kasih kerana sudi menyertai contest ni..
Moga-moga bro akan sukses selalu
@syaifuddin alias, sama2 meriahkan contest seo extravaganza..
@Anarm, memang kacak :]
ok. ko memang kacak sebab kahwin tahun nih. haha..
@titan, tapi aku tak sekacak ko..
@Anarm, itu sudah semestinya. haha..
Selamat berjaya dengan penyertaan Contest SEO ini.
Semoga berjaya abang anarm yang kacak :-)
pelbagai ilmu yang bro dapat.. Alhamdulillah.. mmg kacak! =)
Ko memang kacak pun.. tak dapat di nafikan.. tahniah!! :tongue: