AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Blogging » 10 Tips Memilih Nama Domain Terbaik

10 Tips Memilih Nama Domain Terbaik

10/11/2014 Anarm 47 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Memilih nama domain adalah sama seperti memilih nama syarikat dan ia memerlukan banyak pemikiran serta pertimbangan yang perlu dibuat sebelum beli domain tersebut.

Sesebuah syarikat perlu membina laman web dan juga perlukan nama domain yang melambangkan jenama perniagaan. Ini kerana nama domain adalah identiti anda di dunia laman web.

Pastikan anda memilih nama domain yang bukan hanya melambangkan jenama atau perniagaan anda, tetapi juga mudah untuk dicari dan mudah dipromosikan.

Tips Memilih Nama Domain Terbaik

Pemilik blog dan laman web disaran menggunakan domain berbayar supaya daripada awal lagi anda sudah boleh membina dan menaikkan jenama anda kerana nama domain merupakan pengenalan pertama untuk proses aktiviti online.

Jika suatu masa nanti bila anda mengambil keputusan untuk mendaftar nama domain, anda tak perlu lagi melalui proses pengenalan semula yang sudah semestinya memerlukan banyak proses.

Tips pilih nama domain terbaik

ISI KANDUNGAN hide
1 10 Tips Memilih Nama Domain
1.1 1. Domain Ringkas, Pendek, Mudah
1.2 2. Domain Mudah Ditaip
1.3 3. Menarik dan Mudah Diingat
1.4 4. Gunakan Kata Kunci (Keyword)
1.5 5. Sasaran Kawasan Anda
1.6 6. Elakkan Nombor dan Tanda Sengkang (-)
1.7 7. Selidik Nama Domain
1.8 8. Guna Domain Extension Yang Sesuai
1.9 9. Lindungi dan Bina Jenama Anda
1.10 10. Bertindak Cepat

10 Tips Memilih Nama Domain

Berikut 10 tips untuk membantu anda memilih nama domain terbaik.

1. Domain Ringkas, Pendek, Mudah

Jika nama domain anda adalah panjang dan rumit, risikonya adalah pelanggan atau pelawat mungkin tersalah taip atau tersalah mengeja nama perniagaan anda. Ringkas dan mudah adalah pilihan nama domain yang terbaik.

2. Domain Mudah Ditaip

Nama domain yang mudah ditaip adalah penting untuk kejayaan dalam talian. Jika anda menggunakan slang atau perkataan dengan pelbagai ejaan, ia boleh menjadi lebih sukar bagi pelanggan untuk mencari laman web anda.

3. Menarik dan Mudah Diingat

Terdapat berjuta-juta nama domain berdaftar. Jadi, memiliki domain yang menarik dan mudah diingat adalah sangat penting. Sebaik sahaja anda mendapat idea nama domain, kongsikan dengan kawan-kawan rapat untuk memastikan ianya kedengaran menarik dan masuk akal kepada orang lain.

4. Gunakan Kata Kunci (Keyword)

Cuba gunakan kata kunci yang menggambarkan perniagaan atau perkhidmatan yang anda tawarkan, termasuk kata kunci (keyword) yang masuk apabila orang mencari produk atau perkhidmatan anda. Ia membantu meningkatkan kedudukan anda di enjin carian dan secara tak langsung meningkatkan trafik.

5. Sasaran Kawasan Anda

Jika anda mengsasarkan perniagaan anda untuk pasaran tempatan, anda boleh masukkan nama bandar atau negeri dalam nama domain. Ini membuatkan pelanggan tempatan mudah untuk mencari dan mengingat nama domain yang anda gunakan. Contoh: KeretaSewaBangi.com, dan lain-lain.

6. Elakkan Nombor dan Tanda Sengkang (-)

Nombor dan tanda hubung atau tanda sengkang sering menjadi salah faham. Orang yang mendengar alamat laman web atau blog anda tidak tahu sama ada anda menggunakan angka “2” atau dieja “dua”, atau mereka tersalah atau terlupa tanda sengkang ( – ) yang digunakan pada nama domain.

Oleh itu, untuk memudahkan seeloknya elakkan penggunaan nombor dan tanda sengkang dalam domain. Kecuali perniagaan anda memang dah dikenali ramai dan modal pemasaran yang besar. Contoh : Maybank2U.

7. Selidik Nama Domain

Pastikan nama domain yang anda pilih bukan trademark, hakcipta atau digunakan oleh syarikat atau orang lain. Ia boleh menyebabkan kesusahan di masa akan datang jika anda didapati menggunakan nama perniagaan atau jenama yang telah dipatenkan, termasuk nama domain anda.

8. Guna Domain Extension Yang Sesuai

Domain extension adalah akhiran seperti .com, .net, .org, .com.my, dan .my pada akhir alamat laman web atau blog. Ini boleh mempunyai kegunaan tertentu. Jadi, pastikan pilih satu extension yang sesuai untuk perniagaan anda.

.com = singkatan untuk company, commerce dan community
.net = teknikal, laman infrastruktur internet
.org = pertubuhan bukan komersial dan non-profit
.info = laman-laman informasi
.biz = perniagaan atau komersial, seperti laman e-dagang
.me = blog, resume atau laman peribadi

Generic top level domain (gtld) extensions

Contoh Generic top level domain (gtld) extensions

9. Lindungi dan Bina Jenama Anda

Untuk lindungi jenama anda, anda perlu beli pelbagai domain extension, dan juga “versi salah eja” nama domain anda. Ini untuk menghalang pesaing daripada mendaftar versi lain dan memastikan pelanggan anda akan diarahkan ke laman web anda, walaupun jika mereka tersalah taip domain anda.

Sebagai contoh, jenama Google dilindungi dengan setiap domain google.net, google.info, google.biz, google.me dan lain-lain yang ditaip akan dibawa ke laman utama Google.com, walaupun tersalah taip gogle.com atau googl.com juga akan masuk ke laman web yang sama milik Google.

10. Bertindak Cepat

Nama domain terjual dengan cepat. Oleh itu, jika anda telah berkenan atau telah jumpa nama domain yang anda minat, segera daftarkan sebelum dibeli oleh orang lain. Harga domain sekarang ni dah murah. Dalam lingkungan RM30 – RM40 sahaja untuk 1 tahun.

Nama domain bina jenama blogger

Untuk mendaftar nama domain anda boleh ke laman web GB Network, DataKL, Internet Webhosting, ServerFreak, Exabytes, dan lain-lain. Kalau nak guna domain provider luar negara boleh beli di Cloudflare, NameSilo, GoDaddy, atau Namecheap.

Itu saja serba sedikit tips memilih nama domain terbaik yang dapat dikongsikan. Semoga bermanfaat.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Domain .MY Harga Promosi daripada ichoose.my
  • Welcome To My New Home
  • Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex
  • 1 Tahun Bersama Serverfreak dan Namecheap

Kategori : Blogging Keyword : domain, domain name, nama domain

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Aktifkan Kad Debit Maybank Untuk Kegunaan PayPal
Next article:
ONEXOX Prepaid Untuk Penjimatan Call, SMS dan Internet

47 Comments

  1. Tanah untuk dijual di Kedah says

    28/12/2014 at 11:02 AM

    Assalamualaikum tuan. kalau nama mcm sy ni ok x? tanahkedah.com.my . Laman web untuk Tanah untuk dijual di Kedah :)

    Reply
  2. Yeen says

    24/11/2014 at 9:29 AM

    Perkongsian menarik dan bermanfaat untuk semua.. tapi sayang, yang kita nak selalu dah ade orang ambik! cepat btol

    Reply
  3. kakipromo says

    23/11/2014 at 12:16 AM

    mmg perlu cepat sbb banyak nama yang menarik dah kena kebas,

    Reply
  4. Norhayati Suaib says

    19/11/2014 at 1:10 PM

    Pilih yang pendek dan senang orang nak ingat.Boleh jadi jenama kepada kita nanti.

    Reply
  5. Arham Md Ali says

    16/11/2014 at 7:29 PM

    Saya guna squarespace ni memang dapat domain name sekali tapi sampai sekarang tak tahu nak letak nama apa.

    Tunggula nanti kalau dapat inspirasi.

    Reply
  6. Kak Kep says

    16/11/2014 at 12:14 PM

    Ini kesilapan pertama saya dalam dunia blog. Tak betul betul brainstorm on domain name.

    Reply
  7. afasz says

    14/11/2014 at 8:59 AM

    tq sharing tips ..
    ada perancangan nak tukar domain tp cam dah lama guna.. so teruskan je. :D

    Reply
  8. mama solehah says

    14/11/2014 at 12:07 AM

    saya pernah daftar godaddy, tapi bertahan sebulan je, agak mahal dan feature agak limited..domain kena beli, nak wat page kena beli….mcm mahal juga rasanya..so dh expired dah

    Reply
    • Anarm says

      14/11/2014 at 2:38 AM

      Nak buat page kena beli tu mungkin webhosting.. Saya guna GoDaddy untuk beli domain je.. Webhosting beli di Malaysia.. Domain di GoDaddy rasanya yang paling murah sebab dia ada bagi kod diskaun untuk pembelian domain.. Untuk beli webhosting pun ada kod diskaun jugak..

      Dari segi feature yang agak limited tu saya tak tahu apa-apa sebab tak pernah langgan webhosting dari GoDaddy.. Cuma beli domain je kat situ..

      Reply
      • mama solehah says

        14/11/2014 at 3:45 AM

        saya rasa saya beli webhosting sekali masa tu…saya x perasan pula kod diskaun untuk domain semua tu..maklumlah pioneer sangat masa tu..semua berpandukan buku…hehe…
        walaubagaimanapun blog encik memang menarik
        mudah dan mudah difahami untuk pioneer mcm saya
        syabas..keep up the good work

        Reply
      • Tanah untuk dijual di Kedah says

        28/12/2014 at 11:04 AM

        btul tu tuan anarm. sy pon suka beli domain di godaddy :)

        Reply
  9. linie says

    13/11/2014 at 3:48 PM

    tips yang sangat bagus..lagi2 baru yg baru berjinak2 untuk berblog..

    Reply
  10. Saljuhumairah says

    13/11/2014 at 2:20 AM

    Terima kasih tips yang berguna. Sebab memang bercadang untuk beli domain baru untuk projek khas.

    Semoga tuan dipermudahkan urusan oleh Allah swt…

    Reply
  11. blogger lelaki says

    13/11/2014 at 12:40 AM

    tips yang bagus bro…jika tak tahu pasal benda mudah macm nie pun ..ramai juga yang akan buat silap

    Reply
  12. Mazni Azmi says

    12/11/2014 at 11:27 PM

    Nak daftar hak cipta tu kena kelaur modal sikit lah. Hehe. Kena naik turun pesuruh jaya sumpah pula. Minta cop dan tanda tangan

    Reply
    • Anarm says

      14/11/2014 at 2:31 AM

      Daftar hak cipta memang banyak prosedur dia.. Tapi bila dah dapat memang puas hati..

      Reply
  13. Oja Samid says

    12/11/2014 at 6:28 PM

    bagus share tips macam nie. utk newbies macam saya, memang blur juga masa awal2 dulu, jadi agak hentam keromo lah juga. memang patut follow panduan nie sebenarnya.

    Reply
  14. KiD says

    12/11/2014 at 4:05 PM

    waaaah, banyak juga perkara-perkara yang kena ambil kira.. thanks for tips..

    Reply
  15. watiey says

    12/11/2014 at 1:44 PM

    banyak info baru dapat.
    tq kongsi info ni,,
    sekarang dah mula faham tentang domain ni,,

    Reply
  16. Yana says

    11/11/2014 at 11:36 AM

    betul tu.. nama kena pilih yg simple2 senang nak sebut.. kalau unik sgt nak eja pun ssh jd mslh jugak kat org :)

    Reply
  17. akubiomed says

    11/11/2014 at 11:03 AM

    Ramai online marketeer guna domain yang berkaitan keyword panas. Strategi yang bijak.

    Reply
    • Anarm says

      14/11/2014 at 2:25 AM

      Sebab tu ramai yang buat kajian keyword dulu sebelum pilih domain yang sesuai untuk dibeli.. Bila domain tu guna keyword panas, memang strategi akan menjadi lah.. Tapi “keyword panas” tu jangan yang bukan2 dah la..

      Reply
      • Tanah untuk dijual di Kedah says

        28/12/2014 at 11:06 AM

        btul tu. buat keyword resaerch dulu

        Reply
  18. Devy Mitchel says

    10/11/2014 at 6:59 PM

    wah..ini yg saya cari2 selama ni..thanks bro..sangat berguna bagi saya yg newbie ni…

    Reply
  19. Maria Ismail says

    10/11/2014 at 6:28 PM

    Saya baru saja membeli domain & hosting sendiri. Dan saya mengambil keputusan utk memilih nama sendiri sebagai domain,mariaismail.com

    Reply
    • Anarm says

      14/11/2014 at 2:10 AM

      Domain guna nama sendiri pun bagus untuk blog.. Tambah2 blog personal.. Orang senang ingat..

      Reply
  20. titan says

    10/11/2014 at 5:38 PM

    hoho..

    senang sebenarnya.

    cuma ramai yang suka pilih tanpa fikir kesan jangka masa panjang.

    Reply
    • Anarm says

      14/11/2014 at 2:08 AM

      Betul tu.. Tak ramai yang fikir kesan jangka masa panjang masa pilih domain yang nak dibeli..

      Reply
  21. eXplorasa says

    10/11/2014 at 5:23 PM

    explorasa keliru tak abam anarm?

    Reply
    • Anarm says

      14/11/2014 at 2:05 AM

      Explorasa nama dia unik.. Kombinasi “Explore” dan “Rasa”.. Niche pulak jalan-jalan cari makan.. Sesuai sangat dah tu..

      Reply
  22. sohoque says

    10/11/2014 at 5:22 PM

    sohoque.com okay tak abam?

    Reply
    • Anarm says

      14/11/2014 at 2:03 AM

      Domain sohoque.com dah ok sangat.. Cuma mungkin ada yang keliru dengan ejaan.. Tapi kalau SEO power macam sohoque.com tu rasanya takde masalah..

      Reply
  23. diana says

    10/11/2014 at 4:02 PM

    Dianarashid.com selalu orang keliru nak tulis Rasyid atau rashid…heheh..awal2 dulu la..sekarang tak dah kot..eheheh

    Reply
    • Anarm says

      14/11/2014 at 1:59 AM

      Sekarang dianarashid.com dah ramai orang kenal.. Takde yang keliru dah kot nak tulis Rasyid atau Rashid.. Hehe..

      Reply
  24. fyna says

    10/11/2014 at 2:30 PM

    tips yang menarik. ok x nama domain fyna? blogfyna.com

    Reply
    • Anarm says

      14/11/2014 at 1:47 AM

      Ok dah tu nama domain blogfyna.com.. Ramai dah kenal..

      Reply
  25. Noriza Rahman says

    10/11/2014 at 2:28 PM

    Dulu tak pernah ambik kisah pasal nama domain yang sesuai,now baru tau apa fungsi nya nama domain ni..thanks info yg bagus ni

    Reply
  26. AZENI AHMAD says

    10/11/2014 at 12:55 PM

    Saya pun sebenarnya duk terpikir jugak nak tukar dari blogspot ke .com..
    Banyak prosedurnya kan..
    Sebab blospot dah lama diperkenalkan.. so kalau upgrade atau transfer nnt boleh hilang rank kan..

    Reply
    • Anarm says

      14/11/2014 at 1:44 AM

      Betul.. Rank akan hilang.. Tapi biasanya akan kembali seperti biasa lepas dah siap semua proses transfer.. Trafik pun sama.. Cuma akan ambil masa sikit..

      Itu semua perkara biasa bila kita nak blogging ke tahap yang lebih baik.. Penjenamaan blog akan lebih dikenali bila guna domain sendiri..

      Reply
      • AZENI AHMAD says

        14/11/2014 at 5:00 PM

        boleh saya tahu brape lama masa untuk rank kembali ke asal?
        bergantung pada proses transfer data tadi tue ke?

        atau mungkin ia akan terus hilang ke rank tue disebabkan faktor teknikal?
        Boleh kongsikan tak?

        Reply
        • Anarm says

          14/11/2014 at 7:04 PM

          Rank memang akan terus hilang tapi sementara je. Berapa lama akan kembali ke asal tu tak boleh nak bagitahu dengan tepat sebab bergantung pada blog jugak. Ada yang cepat, ada yang lambat. Tapi biasanya rank akan lebih bagus bila guna domain sendiri.

          Reply
          • Azeni Ahmad says

            17/11/2014 at 6:26 AM

            memang betul.. berdasarkan apa yang saya baca ttg wp mmg darisegi SEO totally bebeza dgn blogger..
            So untuk naikkan ranking dan tarik traffik semula, mmg kena sellau update dan buat SEO semula la kan…

            Reply
            • Anarm says

              17/11/2014 at 1:13 PM

              Bila kita tukar domain, bermakna kita bermula balik daripada ZERO. Jadi, kena usaha balik dari awal, sentiasa update blog, blogwalking, tinggal komen di blog2 lain, dan sebagainya. Kalau blog lama dah ada trafik dan follower tersendiri, ada kelebihan sikit kat situ..

              Tapi macam mana sekalipun, ranking tetap akan jatuh juga bila tukar domain baru.. Tak perlu risau sebab nanti dia akan naik balik..

              Reply
              • AZENI AHMAD says

                17/11/2014 at 4:13 PM

                owwhhh..
                blog lama saya mmg ada trafik..
                memandangkan blog saya menjual produk, sebab tue amat penting trafik utk tarik customer datang…
                Takpe bersusah dahulu sekarang utk lebih mudah kemudian..
                Thanks for sharing bro…

                Reply
  27. SentiasaPanas says

    10/11/2014 at 12:39 PM

    Info yang baik dan bermanfaat..:)

    Reply
  28. razis says

    10/11/2014 at 12:06 PM

    Saya pun beli domain dari Godaddy. Pembelian utk proses seterusnya dalam penjenamaan Blog.

    Rugi rasanya kalau ada Blog tapi tak ada domain khas.

    Reply
    • Anarm says

      14/11/2014 at 1:36 AM

      Setiap blog lagi bagus kalau ada domain khas.. Baru senang nak bangunkan jenama..

      Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy