Semua orang suka melayari internet, kan? Seperti yang kita nampak dalam dunia internet sekarang ni, ianya dihiasi dengan laman-laman web, blog, forum dan lain-lain yang kebanyakkannya dikendalikan oleh seseorang secara manual mahupun auto.
Ini menunjukkan setiap orang dalam dunia ni menggunakan internet sehingga ada dikalangan mereka tu dah ketagih bermain internet. Mereka yang dah tahap ketagih tu rasa macam kurang nikmat hidup bila tiada internet!
Yang ni dah tentu la bagi blogger-blogger tegar dan juga ‘blogger pagar’ (bak kata Kak Jie). Diorang ni kalau dipisahkan dari intenet rasanya boleh mati kutu dibuatnya. Silap haribulan boleh bertambah kegiatan tak bermoral di luar sana.
Nasib baik internet wujud. Ada juga faedahnya diorang ‘jadi pagar’ kat depan laptop, berkongsi info-info berguna dengan semua orang melalui blog.
Keburukan dan Kebaikan Internet
Keburukan dan kebaikan sentiasa ada dalam setiap perkara dalam dunia ni. Begitu juga dengan internet. Kalau disalahguna, boleh membawa kepada keburukan. Kalau digunakan dengan cara yang betul, internet boleh memberi banyak kebaikan kepada kita.
Persoalannya sekarang ni, mengapa kita menggunakan internet? Untuk apa? Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Ishh.. banyak pulak soalan.
So, kat sini aku nak berkongsi la dengan korang 10 sebab kenapa aku menggunakan internet.
10 Sebab Menggunakan Internet
1. Keperluan Internet Dalam Kerja Seharian
Aku menggunakan internet untuk kerja-kerja seharian sama ada kat rumah ataupun kat office. Internet memang wajib ada setiap kali aku buat kerja.
Hanya di internet sahaja tempat yang paling mudah aku nak cari bahan untuk kerja-kerja grafik seperti gambar, maklumat tentang sesebuah organisasi, di samping tengok tutorial cara-cara yang lebih baik untuk menggunakan Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe InDesign, Dreamweaver dan juga CodelDraw.
2. Tweet Here, Tweet There bersama Twitter
Salah satu kegilaan aku yang hanya ada di internet iaitu Twitter! Bersosial sambil berkongsi info dan tips untuk blogging dan lain-lain.
Bagi yang masih tak tahu tentang Twitter, boleh rujuk di blog JustKhai.com yang juga menyediakan tutorial tentang Twitter bagi yang baru nak mengenali apa itu Twitter.
Bagi korang yang menjalankan business secara online, Twitter memang diperlukan untuk kerja-kerja pemasaran, selain Facebook.
3. Internet Untuk Blogging
Kerja-kerja blogging ni dah tentu perlukan internet untuk menulis di blog. Takde internet pon boleh je blogging secara offline, tapi internet tetap diperlukan untuk publish entri terbaru.
Kalau tak macam mana nak bagi orang baca, kan? Sekadar tulis untuk diri sendiri? Baik aku tulis kat buku je atau taip kat Microsoft Word lepas tu save, takpon print.
4. Check Email, Delete Email
Yang wajib dibuat hari-hari sebab kalau tak bukak walapun 1 hari, nanti boleh lenguh tangan dan senak biji mata dok mengadap email-email yang masuk.
Kat Inbox memang sentiasa ada. Paling kurang 15 email. Paling banyak 73 email. Tu belum kira yang dalam folder Spam lagi tu. Teknologi memang banyak kebaikannya. Kadang-kadang amat menyusahkan jugak.
5. Update Antivirus
Antivirus yang tak diupdate sangat-sangat membahayakan komputer atau laptop. Tak kira la korang cakap Kaspersky terbaik ke, Avira terbaik ke, AVG terbaik ke, kalau tak diupdate takde makna semua tu.
Bagi aku semua antivirus sama je. Kalau nak tahu, pembuat antivirus juga lah yang mencipta virus! Kalau tak macam mana diorang nak berniaga, kan? Cuma sebagai langkah berjaga-jaga, sila update antivirus yang digunakan.
Kalau boleh elakkan daripada guna software antivirus yang didownload daripada laman-laman ‘sharing is caring‘. Kita tak tau mungkin orang yang share software tu dah ‘bind’ antivirus tu dengan ‘sesuatu’ yang membahayakan.
Kalau degil jugak, pandai-pandai korang la ye kalau berlaku apa-apa.
6. YM atau Chatting
YM atau Yahoo Messenger.. Boleh dikatakan hari-hari jugak la aku online kat situ. Cuma sekarang ni lebih kerap invi (jadi orang halimunan) atas sebab-sebab tertentu.
Bagi yang nak ber-YM dengan aku, sila add Twitter aku dan mintak Yahoo ID melalui Twitter. Sebelum tu boleh la berkenal-kenalan dulu kat Twitter. Terutamanya bagi aweks-aweks. Keh Keh Keh.. (mampos aku kalo awek aku baca)
7. Check Duit Dalam Bank dan Bayar Bil Secara Online
Sekarang ni semua benda dah boleh buat melalui internet. Setiap hujung bulan, trafik bagi laman web Maybank2U dan CIMBClicks mesti naik mencanak-canak. Maklum sajalah, time tu gaji dah masuk. Boleh check melalui internet je. Senang!
Dulu nak bayar bil kena keluar pergi pejabat pos yang kadang-kadang jaraknya jauh giler dari rumah. Memenatkan dan membazir minyak motor atau kereta atau bas atau lori. Nak kena tunggu giliran lagi satu hal.
Sekarang ni dengan klik-klik je kat laptop, bil dan hutang boleh langsai terus.
8. Download Movie dan Lagu
Walaupun aku bukan kaki wayang, tapi aku suka layan movie. Daripada habiskan duit untuk tengok wayang, baik aku download je movie yang ada kat internet.
Tengok wayang lagi puas hati? Bagi aku tak. Kalau nak puas, tu.. dalam jamban tu. Lagi puas hati dapat ‘buang’. Tengah tengok wayang tiba-tiba nak terberak. Ape citer? Sanggup tahan sebab nak kepuasan tengok wayang? Sembelit la ko kat situ.
Layan movie kat rumah kalau rasa nak terberak, boleh ‘pause’ kejap pergi ‘buang’. Kalau malas nak ‘pause’, bawak je laptop tu masuk sekali dalam jamban. Aku pernah buat, aku tau laa. Haha..
9. Baca Akhbar Online
Antara laman web akhbar online yang aku kerap masuk adalah Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online dan myMetro.
Selain daripada laman-laman tu memang aku kurang berminat. Baca berita ni pon aku kurang berminat jugak sebenarnya sebab hari-hari banyak berita politik je. Jemu dah. Sekadar tengok susun atur dalam web tu dan cari idea untuk berblog je. Kalau ada berita menarik baru la baca sikit-sikit.
10. Buat Duit Secara Online
Kalau nak cerita bab duit sampai bila pon tak habis. Daripada terjegil bijik mata sebab syok tengok duit, sampai boleh tertidur kot sebab bosan.
Buat duit secara online ni ada banyak cara. Tak semestinya asyik bercerita tentang duit je kat dalam blog. Nanti visitor kat blog boleh jadi bosan dengan kita.
Satu lagi, kalau nampak blogger yang suka tayang duit kat avatar atau gambar-gambar dia, jangan mudah tertipu dengan bisnes yang dia promote. Selidik dulu betul-betul kalau berminat nak berbisnes dan buat banyak duit macam orang tu. Benda-benda macam tu sebenarnya sebagai umpan je.
Cuma perlu diingat, tak semua bisnes tu menipu. Ada juga yang betul dan boleh buat kita berjaya.
Sebelum memburukkan dan memperlekehkan orang lain, jangan pandai-pandai membuat kesimpulan sendiri tentang sesuatu bisnes tu melainkan ada bukti yang kukuh. Setakat mendengar keburukan daripada mulut-mulut orang, tak semestinya bisnes tu menipu.
Yang memburukkan sesuatu bisnes biasanya oleh orang yang tak mampu nak buat macam orang yang dah berjaya. Padahal ada je orang yang dah berjaya melalui bisnes tu. Lain orang, lain kemampuan dia. Kalau rasa tak mampu nak buat, jangan buat.
artikal yg bagus dan ada bahagian yang lawak haha..
kawe guna internet belajar pasal perniagaan jah..
luar dari topik tu jaranf sangat kawe buat.hehe
time boring benar kawe buka youtube cari video gitar
layan gitar jah.. :)
.-= Post terbaru khai wan di blog beliau.. Belajar menulis blog =-.
mantap gakentri ni. ada can menang
.-= Post terbaru ariff di blog beliau.. The Importance of SEO Optimized WordPress Themes =-.
guna internet utk cari jodoh.ahaha
good luck brader
.-= Post terbaru Wan Perlis di blog beliau.. Soaljawab bersama Wan Perlis =-.
Owh…kontest lagi…tapi memang banyak sebab kita berinternet…selain tu…game online lagik…torrent…dan ehem2…haha
.-= Post terbaru rashid di blog beliau.. Biar Buta Hati Tak Apa, Jangan Buta IT. =-.
yup. aku sokong ko bro. kbynkan begitu la. hee. download move tu keje harian r ni. hee
.-= Post terbaru acapz di blog beliau.. Membuat Status Chat Pada Facebook Sebagai Invisible =-.
susah beb kalau tak ada tenet 1 hari. macam2 boleh jadi. aku perlu internet dalam diri seharian
.-= Post terbaru Luth Textile di blog beliau.. Wah! Dah ramai makcik – makcik dan awek – awek muda di Malaysia jadi macam ibu – ibu dalam cerite sinetron! =-.
Aku kalo tak Internet memang mati kutu la sama mcm bro mention tu. Huhu.. Bole jadi gila agaknya. Fulltime income memang dari Internet. :biggrin:
.-= Post terbaru Baloot di blog beliau.. Bina Laman Web Social Secara Percuma (Open Source Platform) Menggunakan Buddypress dan Themes Buddypress =-.
internet buat hidup aku lebih bermakna..takde internet macam bosan je dunia ni..huhu…btw..gud luck bro.. :whistle:
.-= Post terbaru aizuddin di blog beliau.. Kenapa Drama Asmaradana Lagi Best Daripada Adamaya? =-.
ini kalau tenet takda ni boleh mati yerk…hehe
aku berjangkit nak online ni sebab nak happy je :biggrin:
.-= Post terbaru farhan di blog beliau.. Sudah pukul 1.00 pagi ! =-.
salam,wah apa yang saudara anarm tulis banyak betul.. x ada internet x senan duduklah jawabnya..
entri contest rupanya.. tp memang cantik la isi. huhu.. gud luck yer bro :smile:
.-= Post terbaru Encik One di blog beliau.. Nak hantar SMS tapi kehabisan kredit? Ini penyelesaian’nya =-.
” Kalau nak tahu, pembuat antivirus juga lah yang mencipta virus! Kalau tak macam mana diorang nak berniaga, kan? ” – statement berani mati ni…hahaha..kaspersky memang hebat. tapi wa tetap mcm lu, guna avira je…hehehe.
selepas habis baca entri ni, sedikit kecewa sbb pada last skali kat footer entri, ada tertulis pasal ni entri utk kontest…hahaha…wa tertipu…
.-= Post terbaru syinrayafa di blog beliau.. Kali pertama masuk blog seseorang, apa yang perlu di buat? =-.
Untuk aku pula.. internet digunakan untuk cari ilmu dan kongsi ilmu.. dan no 10 tu tetap tak tinggal.. cari rezeki.. :) tak lupa juga cari kawan..
.-= Post terbaru nuaeman di blog beliau.. Negara Kita Negara Orang =-.
no.8 tue membantu menjimatkan separuh perbelanjaan aku.. sebab aku nie jenis yang kumpul citer jepun ngan manga.. hehe, skang dah ader internet.. baya bil jerr.. hohohoho
.-= Post terbaru samanosuke_04 di blog beliau.. Bakat ada, jangan dipendam… =-.
@samanosuke_04, tu la pasal.. kalo beli kat kedai, rasanye duit yg abis tu dah lebih daripada bil internet.. baik bayar internet je, macam2 bleh buat.. saya mesti pileh!
hehe hang saje jek an link kan laptop tu kesitu..habis semua link hang aku baca…
Moga berjaya dapat duit tu :sideways:
@nizam6281, haha.. next entri bukan setakat ‘laptop’ tu je aku nak link.. word lain pon aku nak letak link jugak.. main jahat skit.. wakkakaka
macam2 boleh buat… :-)
heeee~ internet nyawaku
hoho, Internet adalah satu keperluan di zaman moden ni… :sick:
.-= Post terbaru Dauspozi di blog beliau.. (Gambar) Empat Sahabat Mandi Bogel =-.
@Dauspozi, memang satu keperluan.. boleh jimat duit gak kalo pakai internet.. paper utusan, berita harian, kosmo, takyah beli dah.. alam pon tak tercemar.. pokok2 pon dah tak kene tebang.. kah3
yap. aku rasa 10 sebab tu pun adalah antara sebab2nya..
.-= Post terbaru titan di blog beliau.. Aku ingin lindungi dia. =-.
Aku kalau guna internet ni kebiasaannya :-
-buat kerja
-bayar bil
kira semua kat atas tu 1 sampai 10 memang wajib kalau dah guna internet ni , hehehe :cheerful:
.-= Post terbaru wazy di blog beliau.. Driver Checker 2.7.4 =-.
@wazy: aku terpikir2 gak bende ape lagi yg boleh buat kat intenet.. asyik sama je macam org lain buat.. tengok resepi? aku bukan pandai masak pon.. kah3
pehh! sempoi la lu bro! kah3 bawak laptop lam jamban dah tuh sambil berak..
wakakkakkah nikmat tak terkata tuh! woooaaa! bhak3
mcm aku nie kalo tak keje cc tak berON9 la jawabnya
sebab kat umah x dek internet pc pown x dek.. hak3
di sebab kan keje cc jugak la aku akan ketagih tuk men tenet..
kalo sehari x keje ase mcm aduhai bosan nya idup.. ho3 :lol:
.-= Post terbaru yashygsempoi di blog beliau.. Keunikan & Keanehan Kejadian Manusia – Part 1 =-.
@yashygsempoi: sebab tu ko rajin bekerja eh? sampai tengah2 malam baru balik.. hak3
aku bnyk abeskn mase dgn internet untuk berbelog,dolod movie dan chatting termsk skli cek email…yg lain tu smpingan je…aku rela xde gf drp xde internet..hahaha
.-= Post terbaru azizan4444 di blog beliau.. Ada Apa Dengan Username? =-.
@azizan4444: perghh.. sempoi ah statement ko.. intenet lebih penting dr gf.. hahaha..
@Anarm, dengan internet aku boleh cr gf..dgn gf,jgn harap die nk bg internet free kt aku..hahaha :devil:
entri ko terbaik bro.aku setuju dgn point2 kat ats ni….
.-= Post terbaru azizan4444 di blog beliau.. Ada Apa Dengan Username? =-.
kalau takda internet saya pun jadi mati kutu. download-download ni tak sangat kot, tapi yang penting cek email ngan ebanking. senagn sikit. tak payah beratur.
lagi satu, kalau terlepas tengok drama kat tv3, boleh tengok kat website tv3. hehe. saya suka tengok adamaya.
.-= Post terbaru zahida di blog beliau.. Lelaki, Mengapakah Kau Jadi Begini? =-.
@zahida: check email dan ebanking tu memang perlu kalo dah ngadap intenet.. teringin gak nak layan drama kat web tv3 tu.. tp memandangkan pakai maxis broadband yg ade bandwidth, bende2 streaming saya perlu elakkan.. kalau tak takut nanti intenet slow, jadi rasa nak marah2 plak.. :P
Bila ada internet ni asyik dok update blog jer..
.-= Post terbaru meezwan di blog beliau.. Michael Jackson Dibunuh Untuk Sekat Islam Berkembang =-.
@meezwan: ok la tu update blog je, daripada dok menonton bende tak sepatutnya kt intenet.. hehe..
dulu masa guna internet free kat ukm kerap gak la download movie. tapi lepas guna broadband celcom ni haram tak boleh nak download movie langsung. nanti bandwidth habis. T.T
.-= Post terbaru zaiMi di blog beliau.. Seminggu Tak layan Blog =-.
@zaiMi: aku pakai maxis broadband ade bandwidth gak.. masa paling sesuai utk download movie, hujung bulan.. hujung bulan memang aku bantai guna bandwidth kaw2.. awal bulan die reset balik bandwidth tu.. haha
yang 1-9 tu semua same…tapi yg last tu..buat duit ngan internet..lom ke tahap tu lagi..hahah..kalo dah keje mmg kn gune internet jek manjang..kekadang da xtau nk wat pe kan..hohoh =p
.-= Post terbaru eiyda di blog beliau.. eiyDa:: strawberry sangat sweet & cute that way i like!! hohoh :: =-.
@eiyda: ha ah.. tapi kejap jela xtau nk watpe.. pastu terus dapat idea balik nak buat ape kat intenet.. kalo tak bende berfaedah, mesti bende yg tak senonoh dibuatnya.. kah3
@Anarm, xsenonoh??.apekah?/hahah
.-= Post terbaru eiyda di blog beliau.. eiyDa:: strawberry sangat sweet & cute that way i like!! hohoh :: =-.
pergh semart la, leh menang hadiah rm100 neh.. hehehe.. sbb ape aku on9? sbb on9 leh membuang masa aku tanpa sedar dan aku takkan rasa bosan…
.-= Post terbaru syahirul di blog beliau.. Flickr =-.
@syahirul: perghh.. ko punye sebab musabab pon boleh tahan semart gak..
Aku xde no 2 n 10 jer..yg lain lebey kurang same la..hehe
Tmbh2 yg no 10 tu,mmg aku xpndai nk cari duit melalui internet..^_^
.-= Post terbaru oh!dawie di blog beliau.. Outing Blogger =-.
Aku guna internet untuk:
– update blog
– baca berita guna Google Reader
– berfacebook dan twit
– tengok youtube
– promosi produk halal
– bayar bil tiap2 bulan
– layan Wang Cyber hehe
– Baca blog anarm ni.. :)
– layan YM
– download torrent kat EZTV
.-= Post terbaru Syafrizal di blog beliau.. RSS dan Feedburner =-.
@Syafrizal: nice entri.. haha
download and bace komik secara online..
owh, rupe2nya bro nih pereka grapik ek?
.-= Post terbaru CronixxxCancer di blog beliau.. Hong Kong’s Comic: SVC Chaos #03 =-.
@CronixxxCancer: yeahh.. penggila comic.. mesti ade akaun kat deviantart ni kan? aku tengok kat deviantart ramai gak penggila komik berkumpul.. xtau plak kot2 ade tempat2 lain yg boleh berkumpul..
pereka grapik cap ayam je.. huhu
slalu ke tgk movie lam jamban???ahahaha..yg pasti join kontest..huhuhuhu..mne tau nnti menang..hahaha…sllu org letak kontest di pendahuluan,ni letak kontest di penutup..huhuhu.. :tongue:
.-= Post terbaru apiih di blog beliau.. 25 Facebook Tips/Trick =-.
@apiih, citer pasal jamban ni.. ada satu hari tu aku usha netbook kat Plaza Alam Sentral di Shah Alam.. Boleh plak awek kedai laptop tu cakap “Abang boleh bawak ke mana2 netbook ni, toilet pun bole”. Dia ingat muka aku ni suka online sambil membuang ke :biggrin:
.-= Post terbaru Syafrizal di blog beliau.. RSS dan Feedburner =-.
@apiih: saje buat bagi nampak macam entri biasa tp bila baca penutup, rupanya contest.. keh3.. aku kalau nampak entri contest kat pendahuluan, aku takkan baca dah entri tu.. terus klik pergi kat link penganjur, baca kat entri penganjur terus.. haha..
yang last tu mmg menjadi kemestian..
.-= Post terbaru Mus di blog beliau.. Pengalaman Menemani Isteri Bersalin =-.
time stdy dulu takda internet..gi cc jek cari bahan assingment macam nak rak tapi dapat sikit jek..sekarang guna internet cari movie,mp3 dan software dapat jek kan…rasa senang giler plak..byk kegunaan internet nih cuma nak gunakan sebaiknya jek kene pandai…teamaryz baik untuk donater jek..aku pilih jiwang[dot] tv…
.-= Post terbaru Piston Pecah di blog beliau.. [Filem] Hooperz – Lelaki Pon Boleh Tengokkan? =-.
@Piston Pecah, jiwang dot tv aku tengok tak banyak movie bleh donlod.. teamaryzs tu salah satu sumber utk aku donlod movie.. ade lagi beberapa sumber donlod yg lain2.. :tongue:
oh…tujuan ku berinternet paling utama nya kerana mahu cari update pasal artis2 Korea
2nd…facebooking + blogging
(aiseh…blogging kat no 2..padan la blog aku tak naik2)
haha
.-= Post terbaru mokteh di blog beliau.. Qinghai Quake: The Aftermath =-.
@mokteh: huhu.. camtu rupanya kalau dah ngadap internet.. macam2 cara orang gunakan internet sekarang ni ek.. :tongue:
salu abang dwld movie kt mne? hehe
.-= Post terbaru Scromix di blog beliau.. 3 Permainan Kanak-Kanak Yang Semakin Dilupai =-.
@Scromix: lagi mau tanya? hahaha.. ok2.. aku taruk link site tu kat sini.. mane la tau kot2 ko nak donlod2 jugak.. TeamAryzs.com. wakakakaka..
@Anarm,
thanks anarm!
.-= Post terbaru MC di blog beliau.. Kenapa Perempuan Suka Drama Korea? =-.
@Scromix, teamaryz.com tu siapa punya ek?lalala~~~
@Loq: malas aku nak jawab.. :sleeping:
@Loq, tu kwn aku punya loq…
.-= Post terbaru Scromix di blog beliau.. 3 Permainan Kanak-Kanak Yang Semakin Dilupai =-.
@Scromix, haha…. ko budak unisel kn…haha… sama ngan aman :silly:
.-= Post terbaru Taufik Dato Mansor di blog beliau.. gambar Hafiz AF7 bersama kekasih hatinya Fifi Azman =-.
@Taufik Dato Mansor, kah² maaf bro. salah info.
.-= Post terbaru Scromix di blog beliau.. 3 Permainan Kanak-Kanak Yang Semakin Dilupai =-.