10 Perkara Rosakkan Puasa Ramadhan

Hari ni dah masuk hari ke berapa ye kita berpuasa dalam bulan Ramadhan 2012? Hari ke-6 eh?

Aku tak pernah kira berapa hari kita puasa. Kalau kira berapa jam lagi nak berbuka tu selalu la jugak. Tak sabar nak makan.

Alhamdulillah, puasa penuh lagi setakat ni. Ada sape-sape puasa tak penuh ke? Harap-harap puasa kita pada hari-hari seterusnya dapat dijalani dengan sempurna sampai ke penghujung bulan Ramadan.

puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga

Dalam bulan Ramadhan ni kita perlu ingat, berpuasa bukan saja setakat menahan lapar dan dahaga, tapi setiap amalan dan perbuatan kita juga memberi kesan kepada pahala puasa sama ada ianya membawa kebaikan dan menambah pahala atau sesuatu yang akan mengurangkan pahala puasa kita.

Kat sini aku nak kongsikan senarai 10 perkara yang boleh rosakkan puasa kita. Mungkin dalam tak sedar kita ada terbuat mana-mana perkara ni.

Jadi, jagalah tingkah laku dan setiap apa yang kita buat dalam bulan puasa ni ye.

10 Perkara Boleh Rosakkan Puasa Ramadan

Perkara Yang Terbit Dari Lidah / Mulut

Berbual tentang keduniaan, menyanyi-nyanyi, berdusta, mungkir janji, mengumpat, membantah-bantah, mendoakan dengan kejahatan, memaki hamun, bergurau dengan cara mengejek.

Penglihatan / Pandangan Mata

Jauhi dari melihat perkara-perkara yang dilarang seperti menonton filem yang kurang sopan atau lucah, melihat aurat orang lain, memandang seseorang dengan keinginan nafsu.

Kalau boleh, tundukkan pandangan mata kita ketika sedang berpuasa supaya terpelihara daripada melakukan dosa-dosa yang berkaitan dengan apa yang kita pandang.

Perbuatan Yang Melibatkan Tangan

Mencuri, merompak, memukul orang atau haiwan, merosakkan harta benda awam atau harta benda orang lain, dan segala perbuatan dilarang yang boleh dibuat menggunakan tangan.

Pendengaran / Telinga

Mendengar perkara-perkara yang mendatangkan dosa seperti mendengar cerita keburukan orang lain, berita fitnah yang belum tahu kesahihannya, mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan lain-lain yang berkaitan dengan pendengaran (telinga).

Senang cerita, jauhilah daripada mendengar perkara yang sia-sia dan tak mendatangkan faedah.

Perkara Yang Menggunakan Kaki

Antara contoh perbuatan atau perkara yang melibatkan kaki ialah pergi ke tempat-tempat hiburan, pusat perjudian, pesta-pesta yang melekakan, dan semua tempat yang bercampur lelaki dan perempuan.

Mengisi Perut / Nafsu Makan

Keinginan mengisi perut dengan pelbagai juadah berbuka sehingga berlebih-lebihan dan boleh menjadi pembaziran. Membazir atau membuang makanan adalah tak baik. Ada sesetengah orang cakap haram hukumnya membuang makanan, iaitu rezeki yang Allah SWT bagi kepada kita.

Oleh itu, janganlah mengurangkan pahala puasa semasa sedang berbuka dengan mengikut apa yang perut kita nak. Perut yang berpuasa kalau diisi dengan sedikit makanan pun dah boleh rasa kenyang. Tak perlu ikut nafsu yang meminta dihidangkan pelbagai juadah sewaktu berbuka.

Kemaluan

Contohnya seperti berzina, mengeluarkan air mani dengan sengaja di siang hari dalam bulan Ramadhan, dan sebagainya.

Berhias / Bersolek (Bagi Perempuan)

Berhias dan bersolek akan menarik perhatian kaum lelaki yang ada kemungkinan memandang seseorang perempuan itu dengan keinginan nafsu.

Lelaki itu berdosa dan puasanya rosak, sementara bagi perempuan itu pula dia juga berdosa kerana membiarkan lelaki yang bukan mahram memandang kecantikannya.

Mendedahkan Aurat

Mendedahkan aurat bagi lelaki dan wanita hukumnya adalah haram dan berdosa. Oleh itu, puasanya dikira rosak kerana melakukan perkara yang memang sudah nyata diharamkan oleh Allah SWT dan agama Islam.

Meninggalkan Solat Fardhu

Orang yang meninggalkan sembahyang atau solat fardhu 5 waktu adalah telah melakukan dosa besar.

Orang yang berpuasa tapi tak solat tetap berdosa walaupun puasanya sah. Cuma, puasa orang yang tak sembahyang atau tak solat ni tiada nilainya di sisi Allah SWT.

Semoga kita sentiasa berhati-hati dan mengelak atau menjauhi perkara-perkara yang boleh rosakkan puasa Ramadhan. Jangan terlalu ikutkan nafsu.

Puasa yang sempurna InsyaAllah kita akan berjaya menguasai nafsu syahwat di bulan puasa, bukannya diri kita yang dikuasainya.

Selamat berpuasa.

15 Comments

  1. Terimakasih admin kerana kongsikan artikel yang sangat bagus sebagai memperingatkan kita semua tentang adap menjaga puasa ramadhan kita semoga kita dapat menunaikan puasa mengikut hukum yang ditentukanNYA.

  2. Banyak perkara merosakkan puasa,
    Harus beringat ketika melakukannya,
    Jangan terabai perkara yg sia-sia,
    Pasti puasa kita akan terbatal dengan sengaja.

  3. Emm perkara lain aku rasa boleh kawal lagi kot..yang perkara no. 2 tu yang susah sikit nk kawal..hahaha..terima kasih share entri mcm ni..berguna untuk aku…

  4. Bab jaga telinga dan mata tu yang agak berat sikit. Sebab benda-benda yang boleh datang kat kita melalui 2 pancaindera tu kita tak expect langsung.

    • @Fadzmie, kalau tiba2 terpandang atau terdengar sesuatu yang tak elok, cepat2 pergi jauh dari situ.. pancaindera tu kan kita punya, mesti kita dapat kawal dia.. InsyaAllah boleh buat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *