10 Ciri-Ciri Designer
Berikut adalah 10 Ciri seorang Designer:
1. Mata selalu lebam dan merah
Gara-gara tak cukup tidur, tambah-tambah bila menjelang dateline dan banyak lagi keja yang tak siap.
2. Mempunyai sebuah laptop atau PC
Dah nama pun designer, tentunya benda-benda tu keperluan yang wajib. Kalau takde PC atau laptop macam mana nak buat kerja?
Boss jangan marah pulak kalau bil eletrik melambung sebab designer terpaksa stayback kat ofis untuk siapkan kerja.
3. Sentiasa sibuk
Maklum saje lah, Kerja bertimbun. Nak buat research, nak berfikir lagi. Kadang-kadang nak ajak makan pun susah.
4. Kepala gila-gila
Kreativiti yang tidak terbatas mendorong kepada perkara macam ni.
5. Berfikiran kreatif dan rajin explore
Antara ciri yang biasa dan sangat perlu bagi seseorang designer.
6. Handphone murah
Tak cukup duit nak beli handphone mahal-mahal sebab duit dah banyak habiskan kat kamera digital, upgrade PC, tablet dan lain-lain barangan keperluan untuk kerja grafik.
7. Penampilan sempoi dan stylo
Kebanyakan designer biasanya berpenampilan yang kelihatan stylo dan sempoi di mata orang lain. Walaupun begitu, tapi otak tetap 1st class.
8. Sketch Book tak pernah lekang
Antara benda yang selalu dibawa ke mana-mana oleh seorang designer untuk curahan idea pada bila-bila masa.
9. Ada pendrive atau external hard disk
Mesti ada salah satu benda ni. kalau takde macam mana nak save/back-up artwok design. Takkan guna disket kot?
10. Ada kemahiran guna Photoshop dan Illustrator
Ini adalah satu keperluan yang penting bagi seseorang designer kerana software Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator tu sangat penting untuk membuat sesuatu rekaan design.
Oleh itu, anda wajib tahu menggunakannya walaupun sedikit.
P/S: Amacam? Anda ada ke ciri-ciri seperti yang disebut di atas tadi? Kalau ada, anda mungkin layak untuk bergelar seorang designer.