AnarmNet

Blog Kongsi Pendapat dan Idea

  • Home
  • Penulis
  • ONEXOX
  • Hubungi
You are here: Home » Blogging » 1 Tahun Bersama Serverfreak dan Namecheap

1 Tahun Bersama Serverfreak dan Namecheap

03/03/2013 Anarm 37 Comments

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Bulan Mac 2013 ni blog AnarmNet cukup tempoh 1 tahun bersama Serverfreak.

Aku berpindah blog ke hosting Serverfreak pada tahun lepas sebab ada masalah dengan web hosting lama yang pernah berkhidmat selama 3 tahun tapi akhirnya memberi masalah kepada aku. Serverfreak jugak terbaik.

Alhamdulillah sepanjang menggunakan hosting Serverfreak tak pernah lagi timbul apa-apa masalah pada blog aku ni.

Renew Pakej Hosting Serverfreak

Serverfreak dah hantar email kat aku hujung bulan lepas beritahu invoice dah dikeluarkan dan aku kena buat bayaran untuk renew pakej hosting yang aku langgan sebelum tarikh tamat tempoh. Kalau tak bayar nanti blog ni tak boleh buka pulak.

renew web hosting serverfreak

Pakej Web Hosting Serverfreak yang aku langgan adalah pakej Elite dengan bayaran RM300 setahun (percuma 1 domain).

Kalau langgan 2 tahun dapat jimat RM100. Korang rasa mahal atau murah?

Bagi aku harga tu dah kira murah sebab duit earning daripada blog pun dalam tempoh setahun boleh dapat lebih dari RM300. Mesti cukup untuk bayar hosting.

Kadang-kadang aku lepas bayar duit hosting ada lagi baki duit boleh guna untuk online shopping, belanja member makan cendol dan untuk keperluan-keperluan lain.

Memang berbaloi labur RM300 melanggan web hosting untuk hostkan blog yang boleh memberi pulangan.

Domain Blog di Namecheap.com

Selain renew web hosting, bulan Mac 2013 ni juga aku kena renew beberapa domain name. Untuk domain aku pilih perkhidmatan dari luar negara iaitu Namecheap.com sebagai tempat untuk aku beli domain dan menguruskan semua domain yang aku ada.

Semua domain aku letak dalam 1 akaun senang sikit aku nak uruskan domain, setting domain, transfer domain, jual beli domain dan sebagainya.

Selain Namecheap aku ada juga beli domain dengan GoDaddy.

renew domain namecheap

Aku start guna servis daripada Namecheap.com sejak web hosting lama mengalami masalah. Dah fed up nak berurusan dengan pihak hosting lama, aku pun transfer domain ke Namecheap sebab ada promosi transfer domain USD $1 time tu.

Lebih kurang RM3 je dan bayar guna PayPal.

Web hosting pulak sebelum pindah blog ke hosting Serverfreak aku pernah cuba guna web hosting luar negara. Harga lebih murah daripada harga pasaran web hosting di Malaysia.

Tapi aku guna 1-2 bulan je sebab…… Malas lah nak cerita.

Entah macam mana aku boleh tergoda dengan promo dari rakan-rakan blogger yang guna hosting Serverfreak, aku pun beli hosting dan pindahkan lagi sekali data blog ke Serverfreak.

Domain pula aku masih kekalkan di Namecheap.com.

Alhamdulillah sekarang ni dengan menggunakan servis dari Serverfreak dan Namecheap blog AnarmNet masih boleh ‘bernyawa’ sehingga kini tanpa sebarang masalah.

Share on Facebook Share on Twitter Share on WhatsApp

Artikel Berkaitan

  • Welcome To My New Home
  • Kisah Anarm dan Webhosting Cubiex
  • Domain .MY Harga Promosi daripada ichoose.my
  • 10 Tips Memilih Nama Domain Terbaik

Kategori : Blogging Keyword : domain, namecheap, renew domain, renew hosting, serverfreak, webhosting malaysia

Tentang Penulis

Blogger sepenuh masa (tapi malas update blog), bekerja sendiri, pengedar sah syarikat telekomunikasi ONEXOX. Suka habiskan masa terluang di Facebook, Instagram dan Twitter.

Previous article:
Operasi Cat Semula Rumah Pangsa
Next article:
Pokis @ Kuih Keretapi

37 Comments

  1. Arieon says

    13/03/2014 at 11:46 PM

    Okey juga ka namecheap tu? Kalau renewnya setiap tahun berapa ya?Sekarang ni aku guna godaddy,namesilo, dan beberapa domain registrar yang lain.Ada free domain privacy aatau kena beli asing yang namecheap tu.

    Reply
    • Anarm says

      14/03/2014 at 4:13 AM

      Domain privacy Namecheap kena beli asing. Renew dia agak mahal sikit. Sekarang ni aku dah pindah ke GoDaddy.. Lebih murah..

      Tengok Namesilo boleh tahan murah jugak.. 1st time dengar.. Boleh try ni.. Domain Privacy, protection pun free.. Ok tak Namesilo?

      Reply
      • Arieon says

        16/04/2014 at 12:04 PM

        Namesilo kira murah bagi saya sebab termasuk dengan domain protection dan domain defender. Renew namesilo harga 8.99 USD tapi boleh cari kod diskaun di internet bernilai USD 1. Jadi harga yang dibayar cuma 7.99 USD.

        Reply
  2. Hannani Husna says

    11/12/2013 at 4:03 PM

    Salam , saya baru hendak membina web (personal) dan ini adalah untuk pertama kalinya . Kalau boleh , saya ingin memohon jasa baik tuan untuk memberikan panduan kepada saya . Saya telah register domain name di Serverfreak . Tetapi saya masih keliru dengan web hosting . Selepas register domain , adakah saya perlu melanggan untuk web hosting pula ?

    Reply
    • Anarm says

      11/12/2013 at 9:54 PM

      Waalaikumussalam.. Domain name tu cuma URL atau alamat laman web.. Web hosting pulak fungsinya untuk simpanan fail, teks, gambar dan segala kandungan / content untuk laman web supaya boleh dilawati oleh orang ramai..

      Untuk bina laman web, biasanya memang perlukan web hosting dan juga domain.. Web hosting kena langgan berasingan dgn domain name.. Bila dah ada web hosting baru boleh bina laman web dan laman web tu boleh diakses melalui domain name (URL)..

      Kalau laman web yg dimaksudkan tu lebih kepada BLOG, ada 2 pilihan.. Sama ada nak guna web hosting berbayar (guna WordPress), atau guna servis percuma Blogspot.com..

      Reply
      • Hannani Husna says

        11/12/2013 at 9:59 PM

        Terima kasih banyak-2 di atas penerangannya tuan . Saya sudah pun melanggan melanggan web hosting di servefreak . Oh , maknanya saya akan menggunakan WordPress setelah menggunakan perkhidmatan web hosting berbayar ?

        Reply
        • Anarm says

          12/12/2013 at 12:13 AM

          Seeloknya macam tu lah.. sebab guna WordPress ni lebih senang untuk bina laman web.. Boleh guna jugak untuk blog..

          Kalau dah langgan web hosting, boleh login ke cPanel dan dalam tu ada bahagian untuk install WordPress.. Cara install WordPress boleh rujuk sini: http://www.kujie2.com/blog-tutorial/cara-install-blog-wordpress-dengan-softaculous.html..

          Kalau sanggup keluar sedikit modal, mungkin boleh join Kelas WordPress anjuran Akademi Denaihati dan akan diajar ilmu dan tips menggunakan WordPress.. “Kelas WordPress Akademi Denaihati“..

          Reply
          • Hannani Husna says

            12/12/2013 at 7:47 AM

            Baiklah , saya faham . Kalau begitu , saya akan teruskan dengan WordPress . Terima kasih juga untuk link panduan itu .

            Reply
  3. Rina says

    04/08/2013 at 10:27 AM

    Saya beli hosting diluar dan hasilnya kurang begitu puas sebab server sering kali down, mungkin banyak yang memakainya sebab saya pakai share hosting
    Insya Allah kedepannya kalau mau beli hosting bisa pakai serverfreak ni
    Nice info :)

    Reply
    • Anarm says

      05/08/2013 at 1:50 AM

      Kebanyakan blog2 biasanya juga menggunakan shared hosting sebab harganya murah. Kalau guna hosting yang servernya hanya kita saja gunakannya, harganya agak mahal. Tapi kalau shared hosting sering kali down, maknanya hosting tersebut kurang bagus. Memang patut berpindah ke shared hosting yang lebih baik dan kurang server down..

      Reply
  4. Hafizul says

    19/03/2013 at 11:44 AM

    emmm tak susah ke domain kat tempat lain, hosting kat tempat lain?hehe

    Reply
  5. Datin Tyka says

    09/03/2013 at 1:11 PM

    DT pun menggunakan serverfreak. memang terbaik. mungkin sebab dibandingkan dengan jomhosting.. murah tapi service, mengecewakan…
    saya guna serverfreak yang menggunakan promosi dari denaihati tu.. setiap tahun bayar RM80. free domain.. mungkin untuk permulaan. nanti blog dah dapat banyak award (perasaannnn) , bole la tukar plan..

    Reply
    • Anarm says

      09/03/2013 at 3:57 PM

      Pakej RM80 promosi dari Denaihati tu memang berbaloi harga dia dengan specs hosting yg kita dapat.. Nanti bila blog dah banyak trafik masuk, bila hosting dah tak mampu nak tampung trafik yg banyak masuk tu, time tu la kena upgrade amik plan yg lebih besar..

      Buat masa sekarang ni kalau hosting masih cukup untuk tampung trafik yg masuk hari2, tak perlu upgrade lagi.. guna dulu yg tu.. Boleh jimat duit sikit.. :happy:

      Reply
  6. Blog Keperawatan says

    07/03/2013 at 6:13 PM

    Jadi ingin mempunyai domain serta hosting sendiri pula.

    Reply
    • Anarm says

      09/03/2013 at 3:52 PM

      Jika kurang pandai untuk guna hosting, boleh dapatkan Domain dulu untuk blog blogspot.. Harga domain masih murah dan lebih bagus bila blog menggunakan domain .com, .net, atau sebagainya.. Nampak lebih profesional..

      Reply
  7. munir ardi says

    07/03/2013 at 7:57 AM

    murah sangat hebat ya mungkin aku akan beralih juga kalau begini

    Reply
  8. wandisini says

    06/03/2013 at 12:07 PM

    tak berani and tak pandai aku nak berpindah randah ni. munkin akan tiba masa nanti. takut gak… :dizzy:

    Reply
    • Anarm says

      06/03/2013 at 12:20 PM

      @wandisini, Semua orang akan rasa takut bila nak cuba sesuatu benda baru. Aku pun takut jugak dulu. Tapi bila dah cuba sendiri rupanya senang je. Sekejap je belajar dah boleh jadi pandai..

      Reply
  9. titan says

    06/03/2013 at 12:47 AM

    aku plak kalau hosting luar..hostgator. gabung dengan godaddy. so far, memang tak mengecewakan la. haha..

    Reply
    • Anarm says

      06/03/2013 at 12:18 PM

      @titan, Hostgator memang top hosting terbaik dunia. GoDaddy pun ok. Aku ada jugak domain kat GoDaddy..

      Reply
  10. Katak Comel says

    06/03/2013 at 12:06 AM

    bru je blaja psl web hosting..
    wat mse ni gne klserver je dlu..
    hihi

    Reply
  11. KiD says

    05/03/2013 at 11:30 PM

    haaaaa. serverfreak terbaik!! boleh laaa bro bayarkan untuk hosting aku lak.. hehehee

    Reply
    • Anarm says

      06/03/2013 at 12:16 PM

      @KiD, Berapa ringgit hosting ko? Haha..

      Reply
  12. Zulhilmi Zainudin says

    05/03/2013 at 5:49 PM

    NameCheap memang antara domain registrar yang terbaik. Proses belian mudah, support tip top dan selalu ada kupon diskaun. :D

    Reply
  13. Hans says

    05/03/2013 at 3:57 PM

    owh
    teman pun baru tukar domain jer baru
    hehehe

    Reply
  14. Cikgu Hairul says

    05/03/2013 at 11:25 AM

    Kalau silap pilih hosting boleh sawan. Setakat ni dengar dari blogger ramai, SF antara yg terbaik. Saya pun rasanya akan berpindah ke situ juga. Nengok la nanti.

    Silalah buat giveaway… :w00t:

    Reply
    • Anarm says

      05/03/2013 at 3:23 PM

      @Cikgu Hairul, Betul tu.. Boleh sawan dibuatnya kalau hosting asyik ada masalah.. Sekarang guna hosting mana?

      Ramai pulak mintak buat giveaway.. Akan difikirkan nanti.. :wink:

      Reply
  15. Azman Ishak says

    03/03/2013 at 11:53 PM

    lain orang lain selera dia kan. kalau dia rasa yang tu terbaik, ok la tu. dulu pernah gak pakai SF. ok gak ah service dia.

    Reply
    • Anarm says

      05/03/2013 at 3:21 PM

      @Azman Ishak, Sekarang ko guna hosting DataKL eh? Dengar cerita ok jugak webhosting tu.. Pakej hosting pun nampak menarik..

      Reply
  16. akubiomed says

    03/03/2013 at 10:22 PM

    Kestabilan dimahukan. Paling tidak perkhidmatan selepas jualan adalah penting.

    Reply
    • Anarm says

      05/03/2013 at 3:16 PM

      @akubiomed, Perkhidmatan selepas jualan tu memang penting.. Kalau tak servis customer dengan baik, customer akan pergi ke webhosting lain..

      Reply
  17. auc says

    03/03/2013 at 7:15 PM

    acu baru 1 bulan dengan serverfreak ni, ok setakat ni tiada sebarang masalah x macm server lama, hari2 bermasalah yg sama…

    ok sgt tu kalau buat giveaway utk meraikannya :)

    Reply
  18. hafizrahim says

    03/03/2013 at 5:44 PM

    Tak pernah cuba lagi serverfreak..setakat ni hanya datakl je untuk domain n hosting..kalau bro nk buat giveaway cantik gak tu..elok2 nak create blog baru ni..hehe

    Reply
    • Anarm says

      05/03/2013 at 3:19 PM

      @hafizrahim, DataKL pun ok.. Ramai jugak blogger lama yg guna hosting DataKL..

      Reply
  19. Bang Iwan says

    03/03/2013 at 4:38 PM

    Saya juga rencana kalau habis waktunya rencana pindah hosting Bro..

    Reply
    • Bang Iwan says

      03/03/2013 at 4:42 PM

      Sementara berjinak-jinak dengan blog WP sekarang

      Reply
  20. Aiman Aziz says

    03/03/2013 at 4:13 PM

    Belanja Aiman hosting buley? :pinch: :pinch:

    Reply

Kongsikan Komen / Pendapat Anda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow saya di Facebook Follow saya di Twitter Follow saya di Instagram

Entri Terkini

  • Kad Debit Diguna Tanpa Pengetahuan, Duit Dalam Akaun Maybank Hilang
  • AMARON Bateri Kereta Tahan Lama
  • Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online, Tanpa Introducer
  • Bayar Zakat Fitrah (Zakat Selangor) Guna Aplikasi Boost eWallet
  • Diskaun Bil Elektrik TNB Selama 6 Bulan
Jana 4 Angka Seminggu Bisnes di Shopee

Langgan RSS Feed

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan dapatkan artikel terkini terus ke dalam inbox email anda.

© 2021 – Anarm Network Resources

Powered by IWHost • WordPress • Privacy Policy